Friday, March 8, 2013

Isu Merunsingkan : Pencerobohan di Lahad Datu


Polis Lahad Datu Sabah 150x150 Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah VS Waris Sultan SULU Filipina : Berita Terkini Dari Sabah?


Anda perlu fahami jikalau mahu semak sejarah semula, Filipina tiada kena mengena dengan Sabah sekarang.
  1. Singkap semula sejarah sekitar 1654 di mana Sultan Brunei yang telah berikan Sabah.
  2. Jadi, jikalau diikutkan Brunei yang lebih berhak menuntut Sabah sebenarnya kerana Sultan Brunei yang telah berikan Sabah ini kepada kepada Sultan Sulu (yang memerintah sebahagian daripada apa yang dikenali Filipina sekarang)
  3. Pada tahun 1878 sultan Sulu memajak Sabah selama-lamanya kepada Syarikat Borneo Utara British
  4. Pada tahun 1946, syarikat itu menyerahkan Sabah kepada Britain.
  5. Sebelas tahun kemudian, Sultan Sulu mengisytiharkan pajakan dibatalkan.
  6. Tetapi Brunei telah reda yang Sabah sekarang sudah berada dalam Malaysia selepas bersetuju masuk Malaysia 1963 dan telah diiktiraf PBB, menjadi sebahagian daripada Malaysia.

PUNCA PENCEROBOHAN LAHAD SABAH OLEH PENCEROBOH SULU?

 

  • Kumpulan 100 warga Filipina lengkap uniform + senjata (M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol). Sekali lagi kami tekankan mereka lengkap bersenjata api
  • Mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu Sabah sejak 12 Februari lepas sebagai waris berketurunan “Raja Sulu” dari selatan Filipina.
  • Mendakwa memperolehi mandat daripada Sultan Jamalul Kiram III dan ekspedisi mereka diketuai seorang tengku mahkota dengan nama Rajah Mudah Agbimuddin Kiram.
  • Pencerobohan Lahad Datu Sabah disebabkan mahu menuntut Sabah yang didakwa dipajak kepada Malaysia
Semoga rakyat sabah tenang dan selamat sepanjang saat cemas yang melanda pada waktu ini. Hanya kepada Allah tempat pergantunggan , Aminn . Secara kronologi anda semua boleh membaca info dari  BERNAMA.



No comments:

Post a Comment