Sunday, March 10, 2013

Cerita Cinta Seorang Ayah

Bermula lahirnya saya di dunia ini di iqamahkan oleh insan yg bagi saya amat bererti dan tiada tara kasihnya . Ayah . Sungguh anakanda mencintaimu y terlalu seperti mana kasih sayang yang telah kau curahkan tanpa syarat . Mak tahniah dapat kekasih yg hensem, comeyyy dan tabah seperti ayah , bangge lettew ! Hahahaha ...

Ok , sebenarnya saya ingin ceritakan serba sedikit peringkat pemahaman saya terhadap ayah . Saya selalu memikirkan sebab mengapakah ayah saya yg tersayang ni tidak mahu membuka perniagaan secara setempat atau dalam erti kata lain membuka kedai . Pilihan nya cuma satu dan muktamad ingin borong barang meniaga dan menolaknya secara pukal kepada pembeli dan masa yg selebihnya memilih untuk berjaja meniaga masuk ke kawasan-kawasan pedalaman di sekitar Jelapang, Guntung , Bukit Layat dsb. Jika ayah x larat sekalipun ayah rela suruh driver bawak lori TAJ1200 kesayangan nya dan meneruskan rutin meniaga daripada berhenti sehari bekerja. Subahanallah . Cekal nya hati dan semangatmu ayah . Kedai setempat yang dibuka, ayah hanya mengupah orang menjaganya berikutan bukan minatnya nak menunggu, kata ayah dengan penuh gaya muka menunjukkan yang tidak suka keadaan menunggu terbabit. Ayah2, dush kat perut sekali! Hahaha ~

Waktu balik bercuti bulan lepas , sempat saya mengikutnya berniaga . Saje ingin melawat kawasan pedalaman yg masih lagi terpelihara kehijauannya, walaupun orang2nya xberapa nak 'hijau' which mean Islam dan amalan dalam masyarakat di situ tak berapa nak amalkan sangat Islam secara kesuluruhannya , ape taknya suasana agak tidak muslim dengan makcik2 yang suka berkembam serta anak gadisnya yang hanya selesa berT-shirt dan berkain sarung serta tidak bertudung . Kehadiran saya pula bagi mereka adalah seperti asing kerana bertutup litup walaupun rock ok , hehehe .

Berbalik pada ayah , kebahagiaan nya terserlah dan jiwanya seakan hidup apabila rutin meniaganya itu dijalankan. Senyuman ayah pada customer dia yg sedang memilih barang amat meyakinkanku ayah teramat suka dengan pekerjaan begini. Sudah sebati dan berdarah daging . Sekilas sempat juga ku menoleh wajah2 customer ayah yg ceria dan seakan rindu dengan kehadiran ayah yang sememangnya sangat mengamatkan suasana dengan lawak jenakanya dan bahan membahan yg akan tercetus dalam kalangan pakcik dan makcik di situ . Saya hanya memerhati dan turut ketawa dalam gembira . Ayah , sifat mu menjadi kerinduan ku .

Ketika sedang asyik mengambil barang-barang yang diminta saya terdengar suara dari jauh menjerit nama ayah 'Pak Ya datang yeay3 ! ' A few kanak-kanak berkerumun , ayah hadiahkan keropok yang dijual . Kata ayah , mereka adalah anak-anak orang miskin. Ayah bergurau dengan mereka , subahanallah sumpah saya sangat touching . Kasih sayang ayah tak pernah kedekut , <3 u ayah . Moga Allah merahmatimu . Setelah sekian lama meneruskan meniaga , tetiba ayah berhenti di hadapan sebuah rumah yang sangat dhaif keadaannya. Ayah menekan hon berkali2, ada seorang makcik keluar bersama nenek . 'Tak nak !' laung makcik tu berkali2. Ayah tetap turun , seraya saya bertanya mendapatkan kepastian kenapa ayah turun kerana yang pastinya mereka tidak mahu membeli. Ayah explain bahawa makcik terbabit ibu tunggal , menjaga mentua yg sakit serta anak-anak yang ramai . Musim hujan begini di Terengganu sudah tentu sukar mendapatkan bekalan bahan mentah. Ayah mengambil ayam, ikan serta sayur dan beberapa barang lagi. Ayah memberikan barang2 tersebut kpd makcik itu dan menjerit 'Xpayah bayar ! Mu masok ke anok mu bia kenyang, mudah ceket ngaji ...' Makcik tu melaungkan terima kasihnya dengan senyuman yang terukir. . Saya sekadar menjadi pemerhati. Terdiam dengan kemuliaan hati ayah. Subahanallah...


Walaupun kehadiran saya menemani ayah bukanlah banyak membantu (cuma pandai menghabiskan buah tomato yang dijual adalah.. Hahaha) Tapi ayah sepertinya sangat gumbira, yelah rindu dengan saya la tu, cepat ngaku ayahhhh! Hehehe. Dahlaaa pakai baju perwakilan time saya universiti dulu, hamik sekali my name pun ade kat situ okehhh, bkak mata besar2 carik ye. Kat lengan sebelah kiri . "JAWAHER" Pink colour lagilah x menahan. Kesah plak kannnn ayah..Hahaha. Sepanjang perjalanan ayah asyik bercerita, bercerita dan bercerita... Indahnya masa bersamamu ayah. Rezeki yang telah ayah berikan dari saya kecik sampai besar xkan pernah terbalas, begitu jua dengan kasih sayang yg tercurahkan...Semoga saya menjadi anak solehah yg menerangi alam kuburmu nanti..Amin3. Sayang Ayah kerana Allah. 



Saya doakan ayah panjang umur , murah rezeki dan cepat-cepat dapat cucu, hahahaha. XOXO. 
Allah rahmatilah ayahanda saya yang tercinta ini, semoga syurga Allah menantimu. Aminnnn ~



No comments:

Post a Comment