Thursday, September 30, 2010

Kisah Rama-Rama ^^

Bagiku  rama-rama adalah cukup simbolik.
Lambang perjuangan HIDUP.
Dengan terbangnya seekor rama-rama pasti mampu memukau setiap mata yg memandang....

Namun,
dlu ia xlebih hanya seekor beluncas!
Di benci org dan di anggap mkhluk perosak...
Nah, setelah transform dr kepompong & akhirny mnjadi rama2 cantik,
Dunia memandang ke arahnya...
si Rama2...


 

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan  hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik. Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya. Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri. Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu. Berusaha!!!! Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain. Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut. Rama-rama ini berhasil ‘di’keluarkan dengan mudahnya. Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini? Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup. Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang? Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata –kata ini sering kita dengar di mana-mana, “setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Ia adalah janji Allah...Kuasa Allah yang maha mencipta.


Hadapidengankesabaran : Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatunya.


 

Andai ku PERGi......


Cerita
hidup kian berlalu
membawaku ke penghujung
kaku langkah kian lemah
kelu lidah untuk bicara
langit jingga warna senja
desir bayu membisik duka
kealpaan nan semalam
inginku lepas luka silam...
bersama rayu DOA
damba keampunanNya...

Andai diriku pergi
tinggalkan mu sendiri
usah kau sedih
usah kau tangisi duga dari ilahi

Andaiku pergi dulu
tiba tika dan waktu
telah tertulis takdir untukku
perjanjian yang Maha Agung
Rasa gentar rasa rindu
bertarung di fikiranku
wajah ceria, senyum manja
kisah kita menghapus resah
maafkan diriku kasih
kerna buat kau menangis
restuiku dengan cinta
jangan kau titiskan air mata
pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya...

Hidup ini sementara
ujian pasti setia hati
padamu kekasih
Moga rahmat hidayahMu
mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu
bersaksi diriku
tiada yang lain hanya kau satu
memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu...
(Ya ALLAH)



jikatelahtertulis : Mga diriku mencapai matlamat utk mnuju 'syurga' ilahi & tlh

berbakti kpd yg seharusnya..sebelum ia hadir menjemputku...





Tuesday, September 28, 2010

Puisi Buat Sahabatku..



Tak mengenal rasa dan bahasa
Jangan pandang ia dari warna
Papa dan kaya bukan bencana
Susah dan senang lalui cerita...

Terdiam kita dalam kesunyian
Merenung ia tak kunjung datang
Menangisi kenangan mati dijalan
Seribu keceriaan tak terlupakan

Jagalah kesucian dari sang hitam
Lebih dan kurang jadi bimbingan
Menutupi fitnah doa xputus bermalam
Jauhkan beban dari sang kelam…

hatiterusik: Allah ampunkan dosaku yg lalu..


Saturday, September 25, 2010

Jamuan Hari Raya 2010... (^_^)

Alhamdulillah... program nmpknya bjln ngn baik.
Cuaca baik.
Mood baik.
sume baiklah,
huhu...

Terima Kasih ALLAH!



Mcm2 tlh brlaku hari ni, tp part yg pling best pat jumpa ngn n beramah mesra ngn anak2 yatim.
Sweet sgt dowang..mcm adik aku sendrik.
Rindu lak tetibe ngn adk2 ak,
faiz mest lega UPSR da bis..
bali, aqil, pday, balqes....
arah n tkah,
amal!
worried pn de gak ngn adik2,
Allah berikan mereka rahmat dan perlindungan Mu, Aminn..

****************************************************************
ok,
berbalik pade RAYA yg besor niyh...
Mcm2 kueh, lauk, air, cendol! ha...nikmat mkn xputus2,
anak2 yatim pon nmpk seronok sgt...
urmmm, sbb jumpe aku? mgkinnn???hehe....
mcm2 ak mkn, nikmat tol...

MENU :

STAFF sate
LECTURER Ns Briani
INSSO cendol
HRS bihun sup
MASA Lontong
IB laksa
FIN ketupat n kuah kacang
TESL mee kari udang
BASS kue teaw
ACC lemang n Rendang
OM mcm2 air...
denganhatitulusikhlas : terima kasih semua! sy sgt hepi hari n, alhamdulillah. ^^







Saturday, September 18, 2010

Berlalulah sudah...Ihya' Ramadhan...



Tanggungjawad & sifat,
2 benda yg berkait rapat,
Sukar menjangka dengan tepat,
Sbb manusia banyak bersebab...
Bukan mengeluh atau kecewa,
Lglah jauh utk mngata,
Disudut hati ingin berdikari,
Mengajak sahabat beramal islami...
Wlupon ia berlalu sudah,
namun ianya tlh mnjadi sejarah,
Adakah ia silap pengarah,
berbalik kembali ttg sifat terarah...
Sedih sukar dibendung lg,
Menyusahkn sahabt xpernah diingini,
Nmun segala tlh sifat membelakangi,
Rsa tanggjwb dan hormat ke mana pergi?
Maaf ats segala nasihat,
Bkn sekali terniat berbuat jahat..
Semoga sifat dididik iman,
brulah tangjwb rsa tertanam...



PesananPenaja: Cetusan rasa sang penulis (Aku) shj, xde kne mngene ngn sesape yg xberkenaan....so, yg baik d jdkan iktibar...sebaliknya, jdkn tauladan...
Gagah melangkah sang khalifah! slmt brjuang & beramal.... ^^



Friday, September 3, 2010

Balik kampung BERAYE!!!!!!

Raye da dkt...xsabar rasenye....
Esok ak da balik kg!!!



Dr melaka ke terengganu...
Sempat la berbuke d rumah...moge2 ye..
Nk mkn tumis lada ayam mak,
nak g surau nge tokwe, terawih sesame...
nak gura ngn adik2...
nk mandi air fresh d ganu...dsb lg hok akn wat aku tersenyum sapa linge...hmmmmmmmm.....
segala2ny wat ak sgt2 excited...
sgt.......



Alhamdulillah ,
dugaan...
cabaran...
ujian...
kat mlaka ni tlh berlalu sekejap...tp...
bekalan kueh raye dr lec. still proceed, iaitu :

Journal 5 kne carik n wat projek group..
(mcm tart nenas enaknye yerrr...)
All final ques... in All subject...
(mmg mngncam kueh nih) *_*
Individual Esgmnt..Sume Subject gak...
(lec mmg sygkan aku...hehe)

bes kan kueh rayenye???huhuhu....

 
SETERUSNYE.......


blik kg niyh aku kne handle prog. bbuke pose ngn geng alumni dlu...
'IHYA' RAMADHAN"
pon bnyak g dok setel peringkat2 terakhir listcheck utk kelancaran...
As org yg lead prog. n, aku sgt kne bertanggungjwb...
berat tuk pikul tapi manfaatnya insha'ALLAH berbakul2!
Berusaha!!!!!!



ERTI sebuah PERSAHABATAN....



Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.

Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?


Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?


Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..
Kita tidak tahu.
Tetapi...jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu..


RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA 
TERSIMPUL SEGALA-GALANYA...