Thursday, December 22, 2011

Musibah agar lebih TABAH!

Sungguh tidak berdaya sang semangat tatkala berdepan dengan ujian yang maha dahsyat, malahan bertubi2 datang seperti undangan yg telah lama tersimpan. Wahai sang hati, mampukah kamu menanggung segalanya? Air mata, mampukah menahan mutiaramu dari jatuh berguguran bagai kemboja di baham taufan? Subahanallah, hebat pergelutan perasaan ketika berdepan dengan situasi yang tidak pernah kita impikan. Perit.


“Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji
siapakah yang terbaik amalannya.”
(Surah al-Mulk: 3
“Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja,
mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”
(Surah al-Ankabut: 2)


Namun itulah yang biasanya terjadi, ujian untuk menguji tahap ketahanan dengan mengikut kemampuanmu sang hamba! Terimalah dengan hati yang terbuka, lapangkanlah dadamu, yakinlah Allah akan membelanya. Bukankah Allah itu cukup untuk menyakinkanmu terus gagah melangkah?

Berbalik kepada dunia realiti, sama seperti manusia lain kita sebenarnya lemah. Dimana pun mesti ada khilafnya, anggaplah jua ujian itu untuk menghapuskan dosa2mu yg kecil yakni kifarah. Orang lain tidak mampu untuk memahami permasalahan kita, kerana orang yang tepat berdepan dengan ujian itu adalah kita sendiri, jadi bangkitlah dan selalulah bersangka baik. Itulah ubat dan penawar bagi sang hati.

Cerita perkongsian ujian yang melandaku waktu ini jua banyak merenggut kesabaranku, namun setelah mengamatinya barulah disedari rupanya hikmahnya indah dan lebih baik. Allah tidak pernah sesekali menganiayai hambanya malahan mengajar kita erti hidup dan kesabaran. Jika syurga adalah matlamat hidup kita, mengapa di endahkan lagi nikmat dunia yang sementara itu di tarik balik. Cubalah lagi! Berusaha lagi! Insha'Allah Dia pasti menolongmu.

Coretan ini bukan sahaja peringatan pada diriku, malah untuk tatapan sahabat di luar sana yang sedang mengalami kekecewaan serta ujian yang terlalu berat dan terhimpun banyaknya. Jangan bersedih! mohon pertolongan Dia Yang Maha Mendengar,tapi ianya juga bukan lah tiket untuk memendam rasa dan tertekan, menangislah! Itulah tanda lemahnya kudrat sang hamba, merayu lah pada Allah Yang Tidak Pernah Tidur dan Maha Mengetahui..

Setelah habis segala usaha yang telah kita lakukan tawakkallah kepadaNya, redha dengan apa yang telah terjadi. Berikan lah ketengan buat hatimu.. Segala musibah membuatkanmu lebih tabah! berterima kasihlah kepada Allah dengan ujian di beri, itulah tanda cinta dan kasih sayangNya buat hamaba-hambaNya.



Cukuplah ALLAH sebagai pembelaku.

Friday, December 16, 2011

Semangat Berusaha!


Mengejar mampu dalam tepu,
Hati berlari tiada berhenti
Bagai mentari menahan bahang
Bukan bergantung benang seutas
Sejuta rasa benihnya sama
Impian dicita genggam harapan
Kemudi pilihan natijah dihadapan
Sepenuh hati matang kendiri.

Ayuh gagah sang khalifah!
Bangkitlah lagi walaupun rebah
Sepi hati bukan penghalang
Cinta sejati menanti pelangi
Menanti bunga kembang dihari
Bawalah jambangan selangi tangisan
Biar bermakna seribu pengertian...



Ya Allah...
Letakkan DUNIA ini ditanganku,
bukan dihatiku...

Friday, November 25, 2011

What if ...







Ever wonder what would happen if we treated our Quran 
like we treat our cell phone? 





What if we carried it around wherever we went? 


What if we flipped through it several time a day? 

What if we turned back to go get it if we forgot it? 

What if we used it to receive messages from the text? 

What if we treated it like we couldn't live without it? 

What if we gave it to Kids as gifts? 

What if we used it when we travelled? 

What if we used it in case of emergency? 

This is something to make you go....hmm...where is my Quran? 




Oh, and one more thing. 


Unlike our cell  phone, we don't have to worry about our Quran being 

Disconnected because Allah already paid the  bill. 

Makes you stop and think 'where are my priorities? 
And no dropped calls!





From my email,


Wednesday, November 23, 2011

Saat Terindah DenganNya...


SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam.Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.

Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi. Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan. 

Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam. Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya.

Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:
“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji." 
(Surah Al-Israk: Ayat 79)


Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 
“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” 
(Hadis Riwayat: Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. 

Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. 

Kurniaan di dunia ialah:
a. Jauh daripada segala penyakit
b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:
a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.

Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik.

Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.

Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.


sumber:Tazkirah.blogspot


Wednesday, October 26, 2011

Terima kasih ya Rasulullah..




Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan. Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Sumber:iluvislam.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.


 Sungguh sayu aku membaca artikel ini kt iluvislam.
Rasa kerdilnya aku.
Rasulullah, aku mencintaimu.
Rasulullah, aku merinduimu.



Sunday, October 16, 2011

Bukan Tertekan tp Menekan!

Merujuk kepada kekuatan kata yang telah aku guna pakai sejak zaman berzaman, (Huhuhu..) tekanan sebenarnya bagus untuk mematangkan diri. Ianya jugak membuktikan kebolehan  diri mengolah sesuatu masalah menjadi suatu penyelesaian yang baik. Insha'Allah baik. Tapi, kalau x? Ha, tu diaa... Tepuk dada, tanyalah iman. Bagiku, segala keputusan yang telah kita buat dengan menebarkan keyakinan 100% kepada Allah sikit pun x patut ada istilah MENYESAL. Itu takdir Allah, takdir terindah yang akan ada hikmah di sebaliknya.

Berbalik  kepada permasalahan, lebih tepat dipanggil ujian sebenarnya. Mengukur sejauh mana keimanan dan keyakinan kita terhadapNya. Semua orang ada ceritanya masing2, ada ujian masing2, ada TEKANAN masing2. Ok, sekarang waktu ku bercerita, mengarang sebuah gambaran yang berharap menjadi hiburan/perkongsian bermanfaat terhadap insan lain, mudah2an. ^^

Yakin dengan segala dirancanakan, aku gagah mengatur langkah menuju ke fasa baru dalam hidupku. Alam kerjaya sememangnya terlalu mencabar, sametelah lagi di akhir2 zaman ini. macam2 kene fikir, kne jaga..dan sudah tentu dalam segala perbuatan itu mesti meletakkan agama ditangga yang teratas, barulah  hidup akan diredhai.

Kekadang yang menjadi dadaku sesak dengan perebutan antara udara dan minda yang tersekat2 adalah halangan dan pilihan yang berlaku setiap masa dan ketika dalam hidup ini. Aku sememangnya yakin dengan ketentuan, tapi mereka2 yang bernada sumbang aku akui sedikit sebanyak telah merampas ketenangan hati dalam melangkah menyusuri denai dunia yang akhirnya berpenghujung ini. Su'uzonku tidak cukup tatkala melihat kesan dan satu persatu permasalahan serta perkelahian berlaku terkumpul menjadi satu beban yang maha hebat di benakku. PadaMu sahaja yang aku hulur memohon segala kekuatan.

Kemampuanku waktu ini hanya menadah tangan dan meneruskan segala rutin harianku. Melakukan ape terdaya aku capai.. Aku x akan sesekali mengalah..biarpun lelah, takkan ku dekati sang kalah..Jadi, sesiape senasib atau tengah menghadapi masalah @ ujian yg besaaaaaaaaaaaarrr punya sekarang senyum dan yakinlah ada cahaya dihadapanmu. Allah takkan pernah menganiayai hambaNya, ingat... (^_^)

Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:
     “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
     “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”



Jangan pernah berputus asa dengan  Allah,
bukankah ujian juga kasih syg Allah kpd kita...,



Saturday, September 24, 2011

Nilaian Kasih



Kebergantungan bukan pada hamba.
Terus menjurus pada yang Maha Pencipta.
Jangan terlalu merintih nasib, kelak kau akan merasa dunia ini sungguh sepi.

Selalulah menghintung segala kurnia..
Teruslah bersyukur dengan nikmat demi nikmat,
tak kunjung putusnya padamu.

Bertimpa-timpa ujian itu tandanya kau terpilih,
Insan di sayangi kerana kekuatannya.
Bukan sekadar keluhan andai terlalu berat beban perihnya.
Bertahanlah, nur rahmat di hadapan menantimu.

Wajah2 tersayang,
Bening kasih melambai meniupkan kekuatan kasih padamu.
Bekal semangat di perjalanan tika jatuh segala daya kudratmu.

Yakin Allah tahu apa yang terbaik buatmu.
Kasih sayang Nya terlalu besar buatmu.
Ingatinya dengan bersungguh2 akan membawa ketenangan,
Seperti lautan menyimbah seluruh hati mu.
Itulah lambang kasih abadi.

Tuesday, August 2, 2011

Peringatan DariMu ~

Kelu seribu bahasa.
Rasa diri penuh cacat dan cela.
Bagai luluh segala kekuatan.

Bila ucap keramat itu terluah,
Aku kaget
Bagaikan aku berada di dunia kedua
Terasing.

Malam ini,
Sungguh lama ku berfikir,
Cara alir ku merungkai, 
Rasa yang aku lalui,
Rupanya berbeza.
Terlalu~

Hilang aku dalam laut resah.
Memutar kembali apa yang telah aku jalani,
Ternyata ada titik lompang di situ,
Tidak seharusnya terjadi,
Namun masih yakin segalanya adalah tanda.
Peringatan yang maha tertusuk di sudut hati.

Muhasabah.
Seharusnya menjadi pendindingku.
Jangan lalaikan  aku  lagi,
Maaf atas segala kekhilafan.
Aku mohon padaMu~

Jangan palingkan aku lagi setelah ku tersedar~

Friday, July 29, 2011

Ramadhan Ku Tunggu-Tunggu ...


Aku tidak mengerti langkah ini,
Kudratku makin lelah menghimpit..
Jerih makin galak mengusik.
Sungguh tercorot riak wajah ceriaku.

Namun,
Berita mengenai kedatanganmu melakarkan senyum di hariku,
Yakin sesuatu kekuatan terbentang,
Bisa membuatkan semangatku menjulang-julang,
Itulah isinya Ramadhan,
Mampu memecahkan segala kekusutan.
Kuasa jahat akan di cengkam biar x mampu berdamping,
Semoga roh-roh akan makin berseri,
Dengan putih berkilauan menolak segala noda hitam.
Aku dengan seribu pengharapan.

Moga ini bukan Ramadanku yg terakhir,
Kerana aku rindu saat bersua,
Aku tagih sepenuh cinta~
Lailatul Qadar mu aku tidak mengerti gerak masanya,
Begitu indah jika memilikinya,
Tiada kata mampu lagi terucapkan...



Ramadhan yg ku rindu, bawalah barakah mengiringiku.

Sunday, July 24, 2011

Yakin.



Sering hembusan disalah tafsir,
Mata dipejam rapat.
Mengamati luka itu dengan penuh nikmat.
Bukankah segala adalah kurnia?
Jadi mengapa harus ada sedih dipenghujung rasa?
Syukur biar ada.
Baru hidup akan selesa.

Ahhhhh...
Lega sungguh jika jawapan dihadapan,
Berbanding kekusutan selalu mencengkam~

Usah mengeluh menunggu,
Kerana destinasi itu pasti..
Telah Dia siapkan kita sesuatu terindah,
Tapi memilih buat sang tabah,
Tempuh hidup dengan amanah.

Senyuman terukir ketika sukar,
Menjadi tanda kecekalan terlakar..
Yakin dengan takdir yang berjalan.
Kerana di situlah kekuatan.
Ayuh, jangan berhenti melangkah.

Teruskan dengan berani!



Thursday, June 23, 2011

Malam ~~~


Malam bukan pengukur sepi yang ketandusan,
Ia bererti buat yang faham,
Sangat bermakna buat yang rancak mengejar ilham,
Itu erti malam buat sang pencinta kedamaian.

Bukan menuju pada yang tak setia,
Mengganggap malam bagai tiada bermakna.
Jangan marah pada yang berbeza, kerana itulah citranya dunia.
Tempat percaturan untuk perhintungan.


Wednesday, June 22, 2011

SuperHero ku..


Ayah,
Kebiasaan dengan caramu.
Letihmu tiada pernah kau mengadu, 
Tanggungjawab sselalu kau tegaskan,
Biar ia selalu berpadu,
Kekal dalam jatidiri seorang insan.
Akan ku ingat itu.

Walau kita berbeza...
Tapi syg telah sebati dalam satu jiwa,
Mencintaimu sepenuh kasihku seorang anak,
Seluruh soleh ku harap moga akan menerangimu,
Di suatu masa nanti.
Aku selalu berdoa.
Tanpa jemu.

Segala yg terindah,
Aku harap menjadi milikmu,
Kerana telah terlalu lama kau pendam,
Segala jerih yg menyapa,
Dalam keadaan sungguh di lemma.
Aku tahu itu.

Superheroku,
Aku jua ingin berjiwa kental sepertimu,
Menongkah badai dengan langkah yg tak pernah mengalah,
Agar aku menjadi serikandi,
yang mampu memberikan mu senyuman berpanjangan.
Dalam gembira mahupun duka,
Kerana,
Aku bangga adanya Ayah sepertimu.




TerimaKasihAyahAtasPengorbananmu.

Tuesday, June 14, 2011

Perjalanan ini...


Aku terdiam.
Sebuah janji telah termetrai
Sebuah harapan telah tumbuh
Sebuah penantian telah bermula.

Hitam putih telah aku corak ia,
Telah berlalu musim demi musim...
Pergi dengan arus caranya,
Mencari pelangi sama warnanya..

Dalam perjalanan,
Gelita jua adalah peneman,
bukan semua gelap itu menakutkan..
Jadi tiada pernah ku pergi tanpa menoleh...
Kerana kenangan itu pengalaman,
Sentiasa hidup dan sukar di usir,
Bahkan sebati dalam darah sang pencinta,
Jangan tipu diri lagi...
Aku ternyata terlalu lelah.

Suara itu,
Aku tahu ia perungkaiku,
Ketenangan abadi di balik riakku yang cemas...
Coretan yang bisa membuatkan aku terlena,
Mengalir air mata dalam jiwa yg gembira...
Terlambatkah aku?

Sayu dan begitu shahdu getarnya..
Ku tahu Sang Segala tidak pernah mungkir,
Azimat itu telah ku gengam! Tuntunilah sepanjang jalan..
Terima kasih atas nikmatmu tak kunjung padam.



Hanya Hamba Allah yg kerdil:

Wednesday, May 25, 2011

Maaf Untuk Ketidaksempurnaanku...

KESALAHAN : Saya selalu buat kesalahan yang tidak sepatutnya saya buat, saya selalu buat awk sedih, saya selalu diam ketika awak bertalu-talu bertanya, saya selalu menangis bila awak marah saya, saya selalu patah semangat bila awak munghukum saya, saya selalu cuai dalam membuat pelbagai perkara dan ianya sangat menyakitkan hati awk, saya takut untuk bercakap dengan awak semasa awak naik angin sbb saya takut saya x kuat untuk itu dan saya takut awak akn bertambah marah ngn saya, saya selalu buat awak terasa dengan saya, saya selalu tak memahami awak, saya slow nak tangkap apa awak cuba sampaikan, kata-kata saya mungkin kadang-kadang bagi awak kurang ajar, saya juga mungkin membuatkan awak sentiasa stress, saya cepat pening bila ditanya berulang-ulang dan ia amat memenatkan awk untuk jelaskan lagi, saya hanya pandai menulis, tapi sukar menzahirkan dengan kata-kata, ini adalah 1% daripada 100% kesalahan yang telah saya lakukan,saya adalah penuh dengan segala kekhilafan.. (T_T) (saya tahu, tapi demi Allah saya tak sengaja, itu kelemahan saya)




RAYUAN : Saya sgt sedih setelah membaca mesej kakak lam FB saya.. seikhlasnya saya,

minta maaf buat awk sedih.
minta maaf tak memahami
minta maaf lambat mesej
minta maaf buat awk kecewa
minta maaf selalu cuai
minta maaf selalu wat silap
minta maaf emosi
minta maaf diam bila awk tnye
minta maaf pandai tulis je
minta maaf jika kurang ajar
minta maaf buat awak geram
minta maaf buat awk moody
minta maaf buat awk stress
minta maaf slow nak tangkap
minta maaf kekadang cpt touching
minta maaf sgt sensitip
minta maaf suka nangis
minta maaf cpt down
minta maaf ikut kpala je
minta maaf tak sempurna
minta maaf sukar berkomunikasi lisan
minta maaf lambat
minta maaf lukakan hati
minta maaf buat awak tertunggu2
minta maaf susahkan awk
minta maaf bg awk mls nak layan saya
minta maaf untuk segalanya....




Moga ALLAH merestui kasih syg ini...
Kak Jamilah saya mohon maaf.  

Friday, May 13, 2011

Bukan mudah, tapi tak MUSTAHIL...




Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” 



Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..
Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..
Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..
Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..
Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..
Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..
Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..
Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..
Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..
Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..Allah makbulkan doaku..



Amin.....
Madinah. Tunggu jejakku.



Sunday, May 8, 2011

Sajak Buat Mak...

Mak, saya sayang mak.


Sajak buat Mak.
(ikhlas dari lubuk hati anakmu.)

Payah kau kata boleh.
Jerih kau kata cubaan.
Sedih kau kata pelajaran
Derita kau kata ujian
Sukar kau kata teruskan.

Suka kau kata berpada
Kasih kau kata memilih
Sayang kau kata berpanjangan
Rindu kau kata ingatan
Cinta kau kata berharga
Hati kau kata sucikan.

Sesal kau kata biar berlalu
Resah kau kata biar berzikir
Marah kau kata biar berakhir
Dendam kau kata biar terhapus.

Tabah kau kata perlu 
Gigih kau kata berusaha
Semangat kau kata dorongan
Kuat kau kata dekat padaNya. 

Sepi.
Sepi kau kata jauh.
Sepi kau kata terasing.
Sepi kau kata kifarah.
Sepi kau kata jangan sesekali menyepi.
kerana Allah ade di sisi.

Aku terdiam.
Sungguh terkesan.
Sayang padamu mak tetapku zahirkan.
Mak, aku mencintaimu.



Mak, terima kasih bagi saya kekuatan sepanjang jalan ni.
Terima kasih menjadi kekasih hati saya yg selalu mebawa ceria dgn gelak ketawa serta mendorong,
memimpin tika saya resah kecewa.

Thursday, May 5, 2011

Hening Malam ...



Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi

Bangunlah insan bangunlah
Buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu...

Panjatkanlah doa
Pohonkan ampunan dari-Nya
Agar bersih hatimu dan juga akalmu
Tundukkan nafsumu kepada kebenaran
Pangkat dan darjat yang tertinggi
Bagi yang berjaga malam

Di waktu malam yang sunyi sepi
Untuk Tuhan tertinggi lagi terpuji
Jadikanlah malam merintih dan mengadu
Kepada Tuhanmu
Agar kerja kita dipimpin-Nya...

(Song by: Diwani)

Saturday, April 9, 2011

Kerlipan Cinta..


Hidayah ..
Kerlipan Cipta Cintaku 
Harum Rembulan Mawar 
Dingin Dihakis Cita,

Keseorangan .... 

Aku,

masih menghitung diri .. 
Kesiangan yang panjang 
Ingin mengisi hati… 

Padamu kasih 
satukan aku 
Dengan rahmatmu 
Dengan Kalimah 
Malam Siangku 
Berliku liku 
Duri Dugaan 
Siratan Cinta 

Biar di jemala mentari 
Dan di bahu gunung berapi 
Pasrahku abadi untukMu...

untukMu 

Ku kembara setia disisinya ... 
Ku inginkan Bahagia abadi 
ku impikan sentosa naungannya 
selamanya…


Lirik:Rabbani(kerlipan cinta)