Wednesday, August 28, 2013

Benteng ~


Segala hamparan yang terbentang
Bukan semua perlu kita tadahkan
Pun bukan untuk kita curahkan..
Berfikirlah sejenak wahai peminjam dunia ! 

Hintung karma sejarah yang lalu…
Agar tidak tersesat dalam ambilan.

Kita berdiri bukan seorang
Terjadi kita penuh konflik perjuangan
Hayunkan langkah demi langkah memotong kebatilan
Terserlah nanti cahaya kebenaran..

Aduhai,Jangan sesekali kau tertipu 
Maksiat itu sementara nikmatnya
Sedangkan janjiNya adalah nyata.Tanpa dusta!

Wujudkan benteng cinta,
Berikan sempadan pemisah.
Agar tidak bercampur yang hitam dan putih
Barulah harmoni dalam membatasi..
Indah dalam berhikmah
CaraNya halus…
Tak terbayang sang mata,
Tak terfikir dek akal
Tak ketahuan masa ketika
Hanya halawatul iman bisa merungkai segala.
Perkukuh segala senjata.
Doa itulah utama.






 Puisi lama yg duk je dlm draft...huhuhu.. =)

Monday, July 29, 2013

" Himpunan Kasih Ramadhan "

Alhamdulillah... Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana keizinanNya membuatkan programku julung-julung kalinya ini berjalan dengan lancar. "Himpunan Kasih Ramadhan". Allah terimakasih sangat2, sungguh segala kurniaMu tidak pernah putus buat hambaMu.. Sayang Allah <3

For VIPs

Segala kenangan serta pengalaman akan tetap terpahat 27/JULAI/2013 bersamaan 18 Ramadhan pada tahun ini memberikan ubat hati yang amat manis buatku. Semoga Allah memberkati segala usaha ini. Amin.

*************************************************

Gift dari Kak zayda, so suwett.. Tmksh.


Persiapan awal. Semangat naa...

Ketibaan Ibu2 Tungal, Anak Yatim dan tetamu y lain... ^^

Menyambut para tetamu dengan sesantun mungkin, In shaa Allah.

Before program bermula. Posing dulu kayyy..

Menunggu waktu berbuka. =.='

Maajlis Penutup



 ****************************************************************
Para Jawatankuasa Pelaksana, TQ so much.. y'all suweet ok. =)

Biarlah gambar yg bercerita, subahanallah.. Indahnya berada di Masjid Selat Melaka.

Indah Himpunan Kasih Ramadhan,
Tempat cantik di Selat Melaka,
Disini bermula kasih dieratkan,
Semoga ukhuwwah sampai ke Syurga.


[Pantun spontanku time bagi ucapan yg mcm hape ntah..hahaha]
Walaupun pelbagai kesukaran terpaksa dilalui, sungguh..kemanisannya terasa. Moga setap inci pengalaman menambahkan lagi kekuatan hati menempuhi pancaroba dunia ini yang senantiasa melelahkan. Majulah Islam untuk negara ! Jom , kejar malam LailatulQadar pula, dunia-dunia jugak, Akhirat paling utama ye anak-anak...


Cekedout ~









Sunday, July 21, 2013

PengertianNya



Sedalamnya udara ku hirup..
Nyaman tiada tara.
Indah dan sempurna segala ciptaanNya.
Subahanallah.

Tangan aku gengam erat.
Khilaf yg berkali-kali aku lakukan
Masih Dia memberi peluang untuk ku kembali.
Suka duka hidup ini..padaNya juga aku mencurah cerita.
Tanpa sebarang suara, Dia mengerti setiap perkara.
Aku tenang.

Tarbiahnya,
Keyakinanku teguh padaNya.
Dia aturkan segalanya terbaik.
Pembelajaran buatku.

Tak perlu aku berkata apa-apa lagi.
Semuanya jelas.
Allah izinkan semua berlaku menurut takdir terindah.
Terlalu pasti.




Tersenyum dalam hikmah pengalaman.
Terima kasih Allah.



 


Sunday, July 14, 2013

My Ramadhan Story .

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan nikmat kesihatan kepadaku setelah demam yg teruk hampir seminggu. Kifarah untuk hapuskan dosa kecilku yg maha banyak tu T.T , aku cuba untuk mengumpul kekuatan dibulan Ramadhan ni. Moga-moga segala urusan ku di permudahkan. Pelbagai perkara lagi mencuri setiap genap masa-masa ku yang tersisa. Cuba lakukan terbaik dibulan ibadah ini..


"Ramadhan tiba ! Ramadhan tiba ! Ramadhan tiba !
Marhaban ya Ramadhan , marhaban ya Ramadhannn..."
Lagu opick berkumandang setiap hari dlam keretaku.

^___^
Excited. 
Harapan Ramadhan bermula.
Kumpul pahala banyak2.
Tenang.

********************************************

Tiga hari sebelum puasa aku , Zara dan Nor pergi ke KL kerana urusan Interviewku, casting dan sebenarnya lebih kepada berjalan-jalan mencuci mata di KLCC. Bahagia sangat aku tengok si Nor dengan Zara bergumbira begitu. Tapi aku sedikit sayu, mungkin mood demam masih ada. Hambar semua pemandangan bagiku, dengan kekuatan yang ada aku cuba tersenyum dan bergelak ketawa agar mereka akan lebih seronok berjalan-jalan. Da macam photographer aku meng'snap' gambar dorang tanpa henti. [Aku sekali. Huhuhu] Padahal di Melaka esok macam-macam perkara aku kene kejarkan, x apalah ... dunia2. Tak pernah sudah melelahkan. Dengan jem dan kesesakkan KL, bersyukur sangat aku bukan membesar di kota, love my kampong !



Program untuk berbuka puasa amat membutuhkan kerja keras dari segi semangat masa dan tenagaku, moga Allah memberkati. Pelbagai perkara harus disegerakan, ke hulu kehilir aku dibuatnya. (Macam dah kurus rasanya...huhuhu) Hikmahnya, segala kerja dan pembelajaran agak mudah aku fahami, serta banyak benda baru yang aku belajar..syukur sangat2. Betul kata tokwan ku merangkap penasihat setia, Man Jadda Wa Jada ! Segala benda yang kita buat, kene berusaha sehabis baik kerana Allah tidak melihat dan menilai hasilnya sebaliknya Dia menilai kerja keras kita ye anak2.. [Bajet macam makcik-makcik dah sekarang, keh3..] *Sengeh terpakse.

Ramadhan kali ini aku lebih suka memasak, seleraku kurang sedikit. Berat badanku juga susut sedikit. Selsema belum sembuh sepenuhnya kot. Zara adik yang menjadi penghiburku di sini, melayan kerenahnya membuatkan aku mengerti betapa besarnya kasih sayang seorang Mak. Dan adanya Zara disini, aku lebih kuat membebel, menjerit, dush2, rajin, concern bla, bla, blaaa... besar hikmahnya. Yang pasti , kenapa saya suka rumah saya, sebab dia BEST !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! [Tetibe.. =.=']

Kalau di Terengganu, aku akan  bersama-sama tokwan tersayang ke surau berdekatan, tp sekarang my tokwan tengah di uji dengan Strok, Allah rahmatilah tokwan . Aku mencintainya. Namun jauh di perantauan nim, aku akan ke surau ngan tokwan juga ! Tapi tokwan jiran sebelah rumah kananku.. Tokwan Melaka ni banyak persamaannya dengan tokwan di Terengganu. Suka sangat memberi nasihat, gaya bercakap pun sama..subahanallah. Rindunya kat tokwan Ganu. Paling cumil adalah apabila masuk je jam 8.20, tokwan Melaka ni akan terpacak depan umah aku serta dengan merdunya melaungkan namaku serta salam yang membuatkan aku x tentu arah.. Biasala kalu dah bercakap ngan adikku memang leka laa ceket.. [Adikku S.Zaharah tinggal bsamaku di sini, menghilangkan sedikit rinduku pada keluarga] Dan kami beriringan ke surau berdekatan bersama-sama. Banyak perkara yang berlaku padaku, moga Allah tabahkan hatiku. Allah bersama hambaNya yg sabar.... <3 Allah.



Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna ~
Agar dapat ku lalui dengan sempurna...


Jenis Tingkahlaku Langsang






Gambar diatas sekadar gambaran ceket mengenai tingkahlaku langsang, btw saya sekeluarga suka sangat2 drama korea nim. Happy day kejap kalo tengok si Sakaki Makio nim berlakon...Lawak. Ianya adalah dibawah topik yang telah saya pelajari dalam Psikologi Sosial. Orait, secara lebih senangnya ianya adalah tingkahlaku yang x bagus kerana lebih bersifat negatif. Tingkah laku langsangan berbeza antara satu dengan yang lain . Sebagai contohnya, ada orang menyerang balas orang yang menyerangnya, ada yang memukul berkali-kali isterinya ketika bergaduh tanpa belas ehsan dan ada juga yang memaki hamun ketuanya kerana tidak dinaikkan pangkat atau seumpamanya. Dalam erti kata yang lain tingkah laku langsangan ini mempunyai dua jenis :-


1.Langsangan Emosi dan Langsangan Instrumental
Dalam kes-kes yang tertentu langsangan dirangsang oleh emosi yang kuat. Seseorang itu akan bertindak ganas dan diluar kawalan apabila berada didalam keadaan yang terlalu marah yang biasanya bertujuan untuk mendatangkan keederaan dan kesengsaraan kepada mangsa. Langsangan emosi ini juga dinamakan sebagai langsangan yang bersifat permusuhan, afektif, kerengsaan, impulsive dan kemarahan. 

Sementara itu untuk langsangan instrumental terjadi apabila manusia menggunakan keganasan untuk mengawal dan mempengaruhi orang lain. Misalnya, seseorang yang menembak orang lain boleh menyebabkan orang berkenaan tercedera,tetapi tindakanya itu adalah cara beliau untuk menyelamatkan diri. Dengan kata lain tingkah laku lansang itu merupakan cara atau alat seseorang untuk mengawal dan mempengaruhi orang lain,dan bukanlah disebabkan emosi beliau (marah atau benci)


2. Langsangan sah atau langsangan tidak sah.
Kita biasanya tidaklah mengutuk atau mengkritik semua bentuk langsangan. Misalnya,kita tidak akan mengutuk polis yang membunuh penjenayah. Begitu juga,kita tidak akan mengutuk tindakan tukang gantung yang mengggantung penjenayah yang dihukum mati. Dalam contoh ini,kita mengetahui bahawa tindakan mereka ini disahkan atau diterima oleh masyarakat. Manusia biasanya akan membuat pertimbangan tertentu sebelum memastikan sesuatu tingkah laku langsangan itu  sah ataupun tidak. 

Dalam kebanyakan kes,kita menganggap bahawa tindakan langsang itu sah apabila pelaku langsangan itu menduduki rol-rol sosial tertentu, misalnya pegawai polis dan askar menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat. Walaubagaimanapun tindakan ini akan dianggap sah apabila ia berada dalam rol yang ditetapkan,sebaliknya pula tindakan langsangan itu dianggap tidak sah. Misalnya,seorang anggota polis boleh menembak penjenayah sekiranya penjenayah tersebut melawan atau membalas tembakan. Sekiranya penjenayah tersebut tiada senjata dan menyerah diri seara aman,maka anggota polis tidak dibenarkan untuk menebak penjenayah tersebut. Sekiranya beliau masih melepaskan tembakan tingkah laku langsang dianggap tidak sah. 

Kita biasanya memikirkan bahawa tindakan kita melindungi diri daripada pengganas adalah satu bentuk tindakan ganas yang sah. Misalnya kita menembak mati seseorang yang cuba menyerang dan membunuh kita merupakan tindakan yang sah. Budaya juga memainkan peranan yang penting dalam pentafsiran kita terhadap tindakan yang boleh dianggap langsang. Misalnya didalam masyarakat feaudal dahulu, tindakan raja yang “mengkasari” atau menghina rakyatnya tidaklah dianggap sebagai agresif. Lebih-lebih lagi apabila rakyat dalam masyarakat tersebut menganggap raja sebagai wakil tuhan di dunia ini. Tapi dalam masyarakat moden sekarang ini (misalnya Negara kita Malaysia),memukul anak dalam bentuk yang agak keterlaluan oleh dianggap sebagai tindakan langsang(penderaan) yang boleh membawa kepada hukuman. 

Namun,lain masyarakat lain penafsirannya terhadap sesuatu tigkah laku yang dianggap langsang. Cekedout !






1st esgmtku ^.^

Friday, July 5, 2013

Terlalu berat ...

Bismillahirrahmanirrahim. "Allah sedang menguji, Allah tengah menduga . Allah sayang hambanya, Dia aturkan yg terbaik. In shaa Allah, pasti ada nanti pengakhiran yg terbaik . " Sehabis mungkin aku bersangka baik, separuh jiwaku melayang sebenarnya. Ya Rabbi, hanya Engkau yang mengetahui apa yang tidak aku ketahui. Sembuhkanlah hatiku, kembalikanlah semangatku. Allah...


Ya Allah jangan lah aku meletakkan hati pada yg salah, andai dia jodohku permudahkanlah. Jika tidak..jauhkanlah dia dari hatiku. Aminn...

Tuesday, June 11, 2013

Keindahan Cinta



Kalimah yang semestinya sangat menarik hati manusia kerana cinta adalah sisi yang tidak dapat dipisahkan oleh hati anak cucu adam. Cuba tarik nafas sekejap dan hintunglah kecintaan yang berada dihadapan kita sekarang ! Sungguh Maha Cinta Allah hadirkan segalanya dengan penuh berhikmah dan menurut apa terbaik yang tertakdir. Bermula alam ciptaannya yang mendamaikan , keluarga yang melengkapi, jambangan cinta dengan sifat belas ihsan dalam diri kita…subahanallah, tidak terhintung apa yang telah kita ada.

“Dan Dialah yang mengurniakan kepada kamu daripada tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Sekiranya kamu menghintung nikmat Allah pasti kamu tidak dapat menghintungnya (satu persatu). Sesungguhnya manusia itu sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya serta tidak menghargai nikmat tuhannya”
[Surah Ibrahim 14:34]

Melihat kepada tafsir ayat Al-Quran diatas, diri ini juga terasa terpukul dengan keterangannya kerana sebagai seorang hamba yang penuh khilaf dan dosa teramat malu dengan diri sendiri. Perjalanan hidup kadangkala tanpa sedar mengutip sekadar dosa dan noda dan terkadang jauh dari mengingati Allah, semoga Allah selalu menuntuni hati agar berpegang teguh pada jalanNya.

Walau bagaimana hebat kita dalam merencana, hanya Allah dapat mengizinkannya terjadi. Jadi bagaimana kita merasa gah dengan segala yang kita lakukan wahai sahabatku? Mulai terfikir matlamat asal segala cinta didunia ini sebenarnya untuk ke syurga yang segalanya penuh cinta! Ya, pernah juga saya mendengar kisah tentang keindahan yang sebenar dalam ceramah agama di kampung dahulu, yang terindah di dunia adalah yang diciptakan oleh yang Maha Terindah iaitu Allah. Jadi perkara yang paling perlu kita kejar ialah untuk melihat Pencipta itu, yakni Allah! Yang Maha Indah…

Benar istiqamah dalam memujuk hati ini amat sukar dididik. Terkena juga pada diri saya sekadar hamba yang hina ini.. (nak update blog pun kadang malas, ishk3..) Padahal kenyataan kebaikan yang hendak dilakukan itu tidak pernah mengambil masa yang terlalu lama, contohnya solat tidaklah sampai berjam-jam lamanya, membaca novel atau majalah terkadang lagi banyak helaiannya daripada AlQuran yang terkadang separuh helai pun sudah mengeluh panjang bacaan..apa nak jadi dengan kita kan, pun sama dengan diri ini yang terkadang hanyut juga dengan fatamorgana dunia yg menjanjikan kelazatan yang sementara. Jom lah pakat-pakat insaf..  -.-‘ Mak saya selalu berpesan, ‘Dohh2 lah duk jahil tukil sokmo..’  


Moral: Jangan biarkan diri hanyut dengan godaan syaitan, cuba terapkan kembali nilai islam, barulah nanti jadi insan terbilang, membanggakan makayah di hari kemudian.

Cekedout!



Tuesday, April 30, 2013

Komunikasi Interpersonal



Komunikasi interpersonal ialah komunikasi antara individu dengan individu lain atau individu yang berkomunikasi dengan sekumpulan individu lain. Komunikasi interpersonal adalah dinamik kerana sentiasa bergerak dan sentiasa mempengaruhi antara satu sama lain. Komunikasi interpersonal merupakan tingkahlaku yang dipelajari. Ia bukan terjadi dengan sendirinya sebaliknya adalah hasil pemerhatian dan pengalaman lalu. Selalunya komunikasi interpersonal mempunyai makna yang tersurat dan tersirat. Tidak asing bagi kita membaca atau mendengar istilah komunikasi interpersonal ini dalam kalangan masyarakat kita lebih-lebih lagi pada peringkat alam bekerja. 

Istilah ini nampak sederhana. Pemahaman masyarakat luas mengenai komunikasi, justeru memperincikankan lagi mengenai  pengertian komunikasi interpersonal. Komunikasi interpersonal merupakan suatu proses penyampaian mesej dari seseorang kepada orang lain atau pihak lain. Menurut pemahaman seperti ini, komunikasi dikaitkan dengan pertukaran maklumat yang bermakna atau penting dan harus membawa pemahaman di antara orang-orang yang berkomunikasi. Komunikasi interpersonal menghendaki maklumat atau mesej dapat disampaikan dan hubungan di antara orang yang berkomunikasi dapat terjalin. Oleh sebab itu setiap orang dengan apapun tujuan mereka, dituntut memiliki penyampaian komunikasi interpersonal supaya mereka boleh memberi maklumat, bergaul dan menjalin kerjasama untuk meneruskan kehidupan bermasyarakat ini. 


Komunikasi interpersonal telah melingkupi aspek kehidupan yang luas dan dapat membantu manusia bergerak maju ke hadapan. Komunikasi interpersonal adalah aspek yang paling utama bagi penghantaran maklumat berlaku secara tepat kepada masyarakat. Komunikasi interpersonal membina percakapan, koordinasi dan kerjasama masyarakat agar produktif, dinamik dan inovatif sekaligus menghubungkan tujuan-tujuan organisasi dengan tingkat penglibatan anggota dan dinamika kemajuan masyarakat. Dalam perkembangan hubungan kerjasama yang makin efektif dan meluas, konteks komunikasi interpersonal seseorang menjadi menyeluruh bagi semua kelompok  yang lebih besar. Konteks komunikasi interpersonal, khususnya dalam bentuk diad (dua-orang) selalu melibatkan tingkat intrapersonal.


Tingkatan dan konteks komunikasi ini mewakili kelompok terkecil interaksi manusia sebelum beranjak ke dalam tingkatan dan jangkauan komunikasi kelompok, komunikasi organisasi, komunikasi publik, komunikasi massa dan komunikasi antara budaya. Komunikasi interpersonal dapat mencakup semua jenis hubungan manusia bermula dari hubungan yang paling singkat, sederhana dan biasa, yang seringkali terpengaruh oleh kesan pertama, hingga hubungan yang paling mendalam dan relatif kekal.


 “Allah yang Maha Agung telah mengajarkan Al-Quran; Dia telah menciptakan manusia; Dia telah mengajar manusia bertutur.”(Al-Quran, Surah Ar-Rahman: 1-4).


Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran . Melalui interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya.Manusia melakukan komunikasi setiap saat dalam kehidupan seharian.  Proses komunikasi yang dilakukan oleh manusia berlaku setiap masa tanpa disedari.  Komunikasi amat penting samada dalam memuaskan kehendak-kehendak hayat atau biologi seperti makanan dan minuman ataupun kehendak sosial dan psikologi.  Maka komunikasi merupakan satu kehendak dasar selagi manusia ingin hidup bermasyarakat .

Selain itu, komunikasi juga bertindak sebagai penyebaran dan penyampaian maklumat di mana manusia sering memberitahu atau diberitahu tentang sesuatu perkara.  Pensyarah biasanya akan memberitahu tentang tugasan yang akan diberikan kepada pelajar, begitu juga dengan cara melaksanakan tugasan.  Pelajar perlu mendapatkan matlumat melalui komunikasi dengan pensyarah, rakan sekuliah ataupun dengan pihak ketiga yang lain. Komunikasi interpersonal merupakan komunikasi antara individu yang berlaku dalam keadaan yang membolehkan individu itu membalas secara terus antara satu sama lain atau lebih tepat lagi interaksi dua hala .  Ia melibatkan pasangan atau dalam bentuk kumpulan kecil. 


Proses komunikasi interpersonal juga boleh dikaitkan dengan kemahiran psikomotor yang mana ia meliputi penerimaan dan penterjemahan setiap persepsi, serta memberi maklum balas yang bersesuaian secara verbal atau non verbal .  Menurut Mohd Hamdan Adnan (1986), perbualan merupakan contoh komunikasi dua hala yang baik iaitu selepas orang yang bercakap berhenti maka si pendengar akan terus memberi reaksi terhadap apa yang telah diperkatakan dan seterusnya.  


Saturday, March 30, 2013

My Summer ~


The grass so green
The sun so bright
Life seems a dream
No worries in sight 

Loves and smile in tops
Laughter and bliss
Each moment passes
Without even a miss

Friends and all my strength
Memories and laughs
Good times to remember
But how long will lost...

The grass soon fades
Leaves begin to fall
Class replaces sleepover
Oh, i'ill miss it all.




Poem presentation . -_*

Sunday, March 24, 2013

True Love .









Cinta pada Allah dengan sepenuh keyakinan.
Cinta pada Pencipta tanpa mengenal tempat dan masa, tanpa mengira pangkat dan harta , tanpa mengharap redha sang manusia. Pengharapan terus menjurus kepadaNya sahaja. Yakin dengan segala yang telah tertulis, dengan senyuman terukir indah dalam ujian iman buat sang hamba.

Cinta pada Ibu bapa dengan penuh kasih sayang.
Cinta padanya kerana kasih yang tiada tara dalam membesarkan anak tercinta, cinta tanpa ada garis sempadannya. Menitis air mata dengan pengorbanan mereka, selayaknya syurga tempat tersedia. Semoga sentiasa dalam rahmat yang Esa.

Cinta pada Pasangan dengan penuh kesetiaan. 
Cinta itu luas dan dalam maksudnya. Namun, segalanya adalah untuk yang benar-benar layak. Pada yang benar-benar halal. Allah tuntunlah hati ini buat jodohku yang sebenar agar tidakku salah dalam meletakkan hati ini. Jangan jatuhkan aku dalam jurang cinta yang palsu. Hanya padaMu tempat ku memohon.. Aminnnn.







TRUE LOVE : YOUR HEART IS NEVER CHANGE . [dup.dup.dup]
Ashaduallaa ilahaillallah , waashadu anna muhammadarrasulullah !







Like the word on pic so much. Agreed.

Saturday, March 23, 2013

How to Overcome ???

This post is actually for my friend from Cambodia . I dedicated my writing in english just because to help her easy  understand and no need to make a wonder face  (>.<)  like this . [Dah la kekadang loghat Pantai Timurku tak terbendung, kesian awak yeppp...hahaha. Nasib lahh !] Hahaha. Just joke, I think her know Malay a lot, right ? Peace . ;)

Orait, I wish I can  give something. I know motivated genre is one of your favorite. You have to nevermind if my writing is so long, usually like this when my mood is coming. Ha ha ha. [Gelak jahat!] So, we probably noticed that it's hard to be motivated all the time. Same goes to me... no matter what we are working on or studying , there are bound to be days when we don't feel like showing up. There will be workouts that we don't feel like starting. There will be reports that we don't feel like writing. There will be responsibilities that we don't feel like handling. And there will be "off days" when our energy and emotions are in the gutter. I'm also always like this sometimes. Huh ! =.='

For me its also usefull when you're not feeling motivated. Cekedout !   
One needs to form the will to change this habit and take immediate steps to reach one's goal. Once your intention is sincere and you follow it up with consistent action, trusting in the Lord, success is guaranteed. Allah assures us in the Qur’an:

“And those who shall strive for Our Sake, We shall surely guide them unto Our ways.” (Al-`Ankabut: 69). 

While combating laziness, the first thing to do is to recognize that like all negative habits we have formed, it is a habit that we have acquired through consistent practice. We persist in it because we find comfort and gain pleasure in it. So we cannot be expected to get rid of it entirely unless and until we learn to link this habit with ugliness, pain and suffering rather than glamorizing it. So, list all the negative aspects and dire consequences associated with laziness. List everything you stand to lose if you were to persist in this habit. Do this as many times as possible until laziness becomes automatically associated with pain and suffering in your consciousness. 

Secondly, every time you have a tendency to feel lazy, take whatever steps you can immediately to counter the tendency and nip it in the bud. By doing these things consistently and repeatedly you will be empowered to overcome laziness. 




Here are a few more practical steps you can take to fight this all-pervasive habit: 

1. Think of and list all the successes you could achieve if you were to shake yourself free of this negative habit. 

2. Think of and meditate on the success stories of the great leaders who, through sheer determination, hard work, and trust in Allah, achieved what was thought to be impossible. Think of the success story of the Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) who, without hardly any material supports, did what no other person has done. Think of those who have been physically challenged and yet accomplished what others could not do through sheer determination and hard work. 

3. List all the positive strengths you have which, even the Prophet (peace and blessings be upon him) or those who have been physically challenged or those who achieved great feats, did not possess. 

4. Until such time that you have overcome laziness, it is important for you to associate with those who are successful or hard working. If you are a student, try to choose a study environment to read or study. Fight the temptation of studying at home until you have succeeded in mastering laziness. 

5. Last but not least, start your day by counting the blessings of Allah and thus focusing on your strengths rather than on your weaknesses; and pray to Allah to grant you a day of glory, blessings and success. You may consistently make the following du`a’s: 

Allahumma inni asbahtu minka fi ni`matin wa `afiyatin wa sitr fa atimma `alayya ni`mataka wa `afiyataka wa sitraka fi ad-dunya wa al-akhirah 
(O Allah! I enjoy this morning Your gift of blessings, well being, and protection, all because of Your sheer favor; so consummate these gifts for me in this world and the next). 
Allahumma inni as’aluka khayra hadha al-yawmi nasrahau wa fat-hahu wa barakatahu wa a`udhu bika min sharri hadha al-yawmi wa sharri ma ba`dahu 
(O Allah! I beg You to grant me the best that this day holds out in terms of success, victory, and blessings; and I seek refuge in You from the worst that this day holds out and the day after).” 

Also

“The perfect remedy for procrastination is to nurture sound faith in the manner of the Salaf As-Salih (pious predecessors)."

Prior to Islam, they were a people without any sense of human achievement or performance, but once they were exposed to the empowering message of the Qur’an, they became energized and utterly transformed; they shook off their complacency and lethargy, and became peak performers and achievers. Whatever they touched was changed anew through their dynamic faith. 

The Qur’an spoke thus about their faith, “Is he - who was once dead and then We revived him (through the message of Islam) and thus We appointed for him a light whereby he walks among people - comparable to one who is steeped in darkness, never able to come out of it?” (Al-An`am: 122) 

The remedy for fighting procrastination, therefore, is to nurture such dynamic faith. Dont give up to change our bad habit , Allah always give us opportunity to back to 'fitrah'. Open your eyes sahabat.. Aja-aja fighting !!!!!!!!!!!! ;)







Its also advice for me..

Friday, March 22, 2013

Tokwan & saya :)


Gambar tertera adalah merupakan nostalgia antara Tokwan tersayang dengan saya sebelum saya bertolak ke Melaka. Bagi sesiapa yang pernah mengikuti post mengenai Tokwan saya, ketika 2 tahun lepas, beliau masih sehat walafiat dan ujian bermula pada tahun lepas bilamana Tokwan tersayang mulai strok a.k.a lumpuh. Hampir luluh dan tidak berdaya sang semangat ketika pertama kali di khabarkan berita ini. On the spot saya balik Terengganu, namun setelah sekian lamanya... Saya mengerti perjalanan yang Allah takdirkan ini penuh hikmah. Redha dan yakin dengan ketentuan, saya harus menjadi semangat dan pembawa keceriaan buat masa-masa Tokwan yg tersisa. Allah, saya mencintainya... T.T

Memungkinkan setiap masa saya bersamanya adalah sesuatu yang sangat mustahil. Allah berilah perlindungan dan penjagaan terbaik buat Tokwan saya. Kami amat rapat sejak dari kecil lagi, beliau juga merupakan guru mengaji saya (selalu kene rotan, malas naik mengaji..hehehehe) terlalu penyabar dengan kedegilan saya. Tokwan sangat aktif berusrah serta mengikuti bacaan2 yasin dikampung. Merupakan orang yang terlalu menjaga bab agama dan sangat tidak menyukai orang yang memperlekehkan soal agama. Tokwan sangat terer memasak, sungguh! Lauk favorite kami adalah Tumis Lada Ikan Ebek. Superb! Subahanallah.. Begitu juga dengan nasi dagang, best3! Sempat jugak lah belajar dengan Tokwan sebelum ni tapi macam ada je yang x kena. Selalu kene marah, sebab main2. Haahahaha.. Chill~ Learning Process. :)

Tokwan mangajar ngaji dari budak-budak sampai lah ke orang dewasa. Walaupun tengah memasak beliau sangat peka dengan bacaan, haaa... kalau yang main-main kenelah jerit dengan Tokwan saya dari dapur, pastu kene rotan. Hak3, geli hati pulak saya tengok. Saya akan jadi assistant Tokwan jika ke pasar, macam2 benda wan nak beli. Kalau pegi dengan motor saratlah bakul. Jadi nak selamat kene pegi dengan kereta..1 bonet okehhh barang-barang. Untuk cucu-cucunya xkan seorang pun akan tertinggal! Baik sangat Tokwan, tapi ayat berbisa akan keluar sebelum tu ... "Ngaji rajin ceket, ni dokkk... ngaji malas! Makan nok! " Cucu2nye mulai terdiam, sentap lettew! Haahahhaha, Padan Muka.

Tokwan sangat "punctual". Kalau kata pukul 8.00, 7.55 Tokwan dah tercegat depan pintu. Biasanya rutin Tokwan selain pergi ke majlis ilmu beliau harus ke klinik untuk rutin kesihatannya. Dan, saya adalah merangkap driver no.1 yang telah dianugerahkan pangkat kehormat untuk mengiringi Tokwan kemana-mana sahaja haluan beliau. Hahaha, Tokwan dah jadi my bestfriend  dan saya telah membesar dengan keadaan itu
sejak kecik. 

Setiap kali Tokwan bercerita saya akan ternganga, macam-macam perkara baru dan banyak benda saya belajar darinya. Pesanan dari Tokwan, Man Jadda Wa Jada. Kadang2 dia suka cakap Arab dengan saya, saya manalah paham...pastu dia cakap maknenye agar saya tidak terkebil2 terlalu lama. Towan jugak pencetus semangat saya untuk saya belajar bahasa AlQuran ini =.=' Im try, In shaa Allah. Aminnn~

Now, everything is change , Tokwan terlantar sakit. Selalu air mata mengalir di pipi even senyuman x pernah putus mengukir. Tokwan cakap sambil nangis, "Allah sayang Tokwe nimmm, sebab tu dia bagi ujian macam ni.." Saya hanya mampu tersenyum mengiakan menahan sebak dalam dada yang maha menghempap. Allah. Gugur juga airmata mengenang apa yang berlaku. Doktor selalu pesan, jangan biarkan Tokwan patah semangat. Dont cry in front her. Kene kuat, baru Tokwan pun kuat. Jadi hari-hari yang berlalu~ Time mandi, makan, sembang dan sebagainya akan pastikan keceriaan menyelubungi.Kami selalu menyanyi zikir ni bersama jika ada masa terluang, Tokwan x nak lagu lain 'Laro' katenye.. Hehehe:

"Bismillahillazi la yadurrumasbihi shaiunfilardi walafissama'ie wahuassami ulalimmmm~"

Semoga Allah akan memberikan yang terbaik buat Tokwan dan menuntunku menjadi cucu,anak murid dan kekasih Tokwan yang solehah agar dapat memberikan sesuatu buatnya di alam seterusnya. Aminnnn..




Sunday, March 17, 2013

KESAN DAN SUMBANGAN IBN SINA TERHADAP TAMADUN DUNIA ~



Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut adalah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.


Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.

Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.


Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan. Penyelidikan dan penulisan ibnu sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu.


Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali. Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Beliau melakukan method pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan cara ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.


Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas. Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Sehinggalah berkat pertolongan yang telah di berikan oleh Ibnu Sina baginda (Sultan Nuh 11 bin Mansur) telah kembali pulih sepenuhnya.   

Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah."


Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim. 


Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi kuat atau denyutan yang lemah, kedua ialah masa antara denyutan dan terakhir adalah kandungannya lembap diparas kulit dekat denyutan itu dsb.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara iaitu untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.



Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.




Present Pengajian Islam, :)

Friday, March 15, 2013

(^_^)



Tersenyum . 
Semoga Allah permudahkan segala-galanya .
Aminnn..



Air Muka Dalam Komunikasi silang budaya :)

Ianya boleh diterjemahkan sebagai lambang kepada perasaan dalaman seseorang yang diluahkan dalam bentuk mimik muka yang lebih di kenali sebagi air muka. Tidak semua air muka dapat dibaca oleh individu lain tetapi kebanyakan air muka yang ditonjolkan adalah sama sekali memaparkan perasaan dalaman seseorang yang tidak terluahkan. Hal ini demikian kerana berikutan beberapa faktor iaitu keadaan dan situasi yang berlaku dlam kalangan persekitarannya menyebabkan individu terbabit sukar untuk menterjemahkan melalui lisan. Antara contoh air muka:



Komunikasi Silang Budaya

Komunikasi ialah pemberian makna kepada perilaku iaitu apa yang diperhatikan. Budaya 
akan membentuk perilaku seseorang yang akhirnya terus menjurus ke dalam proses komunikasi. Komunikasi adalah dinamik iaitu terus berlangsung dan selalu berubah-ubah. Komunikasi adalah interaktif antara sumber dengan penerima dan ia adalah suatu penghubung antara interaksi manusia dengan manusia laninnya. Dalam proses komunikasi, sumber dan penerima membawa latar belakang dan pengalaman masing-masing. Salah satu pihak akan cuba mempengaruhi pihak yang lain. Komunikasi tidak dapat ditarik balik malahan ianya akan diingati serta menjadi suatu sejarah. Contohnya, penerima telah menerima pengaruh dari mesej yang dihantar oleh sumber dan dipengaruhi olehnya. Maka, pengaruh tersebut adalah tidak dapat ditarik balik. Komunikasi berlaku dalam konteks fizikal dan sosial. Konteks fizikal terdiri daripada keselesaan dan kenyamanan tempat komunikasi berlaku. Dimana tempat dan suasana ketika komunikasi tersebut berlangsung. Manakala konteks sosial pula ialah hubungan sosial antara sumber dengan penerima sama ada kawan dan musuh, guru dan murid, doktor dan pesakit dan sebagainya.


Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai. Komunikasi ini  berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial. Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain. Orang yang menghasilkan mesej dan orang yang mentafsirkan mesej terdiri daripada individu yang berlainan budaya. Identiti sosial antara pemberi komunikasi itu juga  adalah berbeza. Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan padangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan. Pandangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah sukar diubah. Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah. Sistem kod terdiri daripada verbal dan bukan verbal. Contohnya, elemen, struktur, proses psikologikal dan sosiologikal akan mempengaruhi tafsiran terhadap sesuatu kod. Apabila kita berinteraksi dengan orang lain, kita akan bentuk tanggapan diri kita terhadap orang tersebut dan orang tersebut juga akan membentuk tanggapannya terhadap kita. Dan disini air muka amat memainkan peranan penting selain daripada penilaian pertama mereka terhadap penampilan diri kita. Hal ini sangat berkait rapat dengan perwatakan dalaman dan renspon kita terhadap orang yang sedang kita berinteraksi. Perlambangan orang yang sedang berinteraksi boleh jadi negatif atau positif berdasarkan mimik muka atau air muka yang kita tonjolkan.

Menurut Sarbaugh apabila kita bercakap ia didefinisikan sebagai komunikasi silang budaya. Seperti yang telah diterangkan sebelumnya, komunikasi silang budaya ialah komunikasi antara dua atau lebih individu yang mempunyai latar belakang, identiti yang berbeza dan mereka memaparkan identiti sendiri dalam proses komunikasi. Semua komunikasi ada unsur silang budaya hanya sama ada ia pada tahap yang tinggi, sederhana atau rendah. Komunikasi sangat berbudaya ialah komunikasi di mana tahap perbezaan budaya adalah sangat tinggi. Komunikasi kurang berbudaya ialah tahap perbezaan budaya yang rendah, ini bermaksud dalam kalangan masyarakat itu sendiri tidak mempunyai pelbagai kebudayaan yang terlalu banyak serta sangat kurang adat resamnya.

Bagi mendalami secara lebih terperinci dan secara praktikal kita dapat lihat melalui contoh komunikasi silang budaya ialah interaksi pelajar Kemboja dengan pelajar Melayu dari Kuim sebagai antara bangsa, interpersonal dalam konteks pendidikan. CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka. Seorang pelancong Indoneasia berurusan dengan pegawai imigrasen di pejabat imigrasi Malaysia. Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn Bhd bermesyurat dengan ahli lembaga pengarah Hicom Sdn Bhd. Lembaga mesyurat terdiri dari oang Malaysia, Orang Jepun, Orang Kanada dan Orang UK. Jad segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimun jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat. Mencakupi juga dalam pergaulan sosial mereka jika air muka yang dilemparkan adalah positif dan menyenangkan jadi segala urusan akan lancar tanpa sebarang konflik. Budaya meliputi pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, nilai, sikap, agama, waktu, peranan, hubungan yang diperolehi oleh sekelompok besar orang dari generasi ke generasi melalui usaha individu dan kelompok.  Budaya terdiri daripada budaya objektif dan subjektif. Budaya obejektif ialah budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti. Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat reasam, makanan dan bentuk rumah. Budaya subjektif ialah budaya dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti. Contohnya, keprcayaan dan nilai amalan. Budaya adalah kompleks dari segi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum, adat istiadat dan kebiasaan. Jadi peranan air muka dalam konteks kebudayaan jika diperhatikan adalah amat berkait rapat dengan kepandaian kita dalam menjaga air muka bagi menjaga keharmonian sejagat. Walaupun ianya seperti remeh namun air muka adalah salah satu yang menyumbang terhadap keberkesanan komunikasi yang berlaku.

Fokus komunikasi ialah peranan dan pengaruh budaya ke atas komunikasi iaitu budaya mempengaruhi cara kita berkomunikasi serta cara kita mempamerkan air muka dalam keadaan tertentu dengan bijak. Budaya sama ada ialah perilaku atau sesuatu yang muncul semula jadi, dijaga dan diubahsuai. Respon terhadap budaya terdiri cara berkomunikasi, keadaaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa serta perilaku bukan verbal. Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat. Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi. Komunikasi terikat rapat dengan budaya. Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan berbeza. Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang. Nilai yang dipegang akan membentuk tingkah laku yang akhirnya akan “terbawa” ke dalam proses komunikasi serta akan mempamerkan reaksi ketika kita berinteraksi dan inilah yang dinamakan air muka. Perilaku dalam komunikasi dibentuk berdasarkan budaya yang dimiliki ini menunjukkan bahawa perilaku terikat dengan budaya.

Budaya bersifat kompleks, abstrak dan luas yang akan menentukan perilaku seseorang. Setiap komunikasi mengandungi potensi komunikasi antara budaya kerana kita selalunya mengamalkan budaya yang berbeza dengan orang lain walaupun perbezaan itu hanya sedikit. Silang budaya ini juga akan mempengaruhi cara kita berinteraksi serta cara kita mempamerkan air muka tertentu. Komunikasi berkonteks tinggi bagi mereka yang berbudaya konteks tinggi. Maka, gaya komunikasi yang diamalkan adalah tidak langsung dan terdapat maklumat tersirat atau lebih daripada satu maksud pada satu mesej. Hal ini akan menimbulkan kecelaruan dalam penyampaian mesej itu sendiri serta menyebabkan air muka kita berubah-ubah. Tumpuan komunikasi berkonteks tinggi adalah kandungan  tersirat yang ingin disampaikan. Contohnya intonasi, isyarat badan dan persekitaran. Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia dan Indonesia. Komunikasi berkonteks rendah diamalkan oleh masyarakat yang berbudaya konteks rendah. Ia fokus kepada apa yang dinyatakan secara lisan. Komunikasi adalah jelas, tepat dan terus terang. Mereka memaksudkan apa yang dikatkan dan menyatakan apa yang mereka maksudkan. Sekiranya tidak setuju dengan sesuatu, mereka akan menyatakan tidak secara terangan tanpa berkias atau hanya menunjukkan isyarat setuju melalui bahasa badan atau mimik muka. Contoh negara yang mengamalkan komunikasi konteks tinggi ialah Amerika Syarikat, Australia dan German.

Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang timbal balik. Samaada timbal balik ini berlaku dalam bentuk negetif atau sebaliknya adalah cara kita berkomunikasi serta cara kita menjaga air muka kita dalam berkomunikasi tersebut. Budaya terdiri daripada sebahagian perilaku kita dan komunikasi akan menentukan, memelihara, mengembangkan dan mewariskan budaya kita. Menurut Hall, “culture is communication, communication is culture”. Ini menunjukkan bahawa komunikasi adalah dua hala. Apabila budaya seseorang berbeza maka, sistem nilai yang dipegang akan turut berbeza. Cara komunikasi kita adalah bergantung kepada budaya kita iaitu bahasa yang digunakan, aturan serta norma. Jadi jika kita melihat di Malaysia norma atau adat yang di pegang sangat lembut dan santun ianya juga mempengaruhi kita dalam mempamerkan air muka itu sendiri secara tidak langsung. Kebanyakan anak-anak yang terdidik dengan kesantunan ini akan manis tersenyum dengan tetamu yang datang bertandang kerumah keranan menjaga air muka ibu bapa. Budaya inilah yang menjadikan komunikasi silang budaya akan lebih harmoni kerana terjaganya air muka maka interaksi yang berlaku juga akan lancar dan harmoni. Contohnya, orang Amerika biasanya bertegur dengan orang yang tidak dikenali. Manakala, orang Malaysia hanya bertegur dengan orang yang dikenali sahaja. Perbezaan cara teguran mengambarkan budaya antara mereka berbeza serta air muka iaitu senyuman yang dilemparkan juga hanya pada yang dikenali sahaja menyebabkan jaringan budaya di Malaysia tidak begitu meluas seperti di barat. Komunikasi berbudi bahasa diamalkan dalam kalangan orang Asia. Orang Asia menjaga harmoni. Orang Melayu berbudi dan berbahasa adalah sangat penting. Ini ditujukkan menerusi kesan kepada cara komunikasi.

Budaya juga ditunjukkan menerusi komunikasi verbal dan bukan verbal. Contoh komunikasi verbal ialah penggunaan bahasa yang sesuai dengan status dan pertalian antara sumber dan penerima. Penggunan panggilan hormat seperti encik, pakcik, mak long dan sebagainya. Orang Asia lebih menjada kedudukan hieraki, air muka orang lain dan teguran. Cakap kasar dan menyampuk adalah dilarang. Contoh komunikasi bukan verbal seperti penggunaan warna kuning oleh Sultan, pakaian kebangsaan dan sebagainya. Walaubagaimanapun segala komunikasi yang berjalan adalah seiring dengan penjagaan air muka bagi seseorang . Jadi kepentingan air muka dalam berinteraksi adalah menentukan proses penyampaian itu terjadi dengan lancar ataupun tidak. Malahan ianya adalah menjadi kesan yang besar bagi mereka yang berjaya menyampaikan komunikasi beserta dengan air muka yang sewajarnya. Ia akan menggambarkan keseluruhan pencapaian matlamat komunikasi itu, samaada baik atau sebaliknya. Malah dengan keputusan daripada itu juga menyebabkan sesuatu pendamaian atau konflik akan wujud. 

Risiko dalam komunikasi – Budaya dan Air Muka

Perbezaan budaya akan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan berlakunya salah faham. Salah faham akan menyebabkan proses komunikasi tidak dapat dijalankan dengan lancar. Terdapat budaya bangsa tertentu yang kaya dengan bahasa bukan verbal. Hanya bangsa itu sahaja mengamalkan bahasa verbal tersebut dan ini berbeza dengan budaya bangsa yang lain. Dalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu. Masyarakat di Timur khususnya di Jepun, kurang menggunakan sentuhan terutamanya antara lelaki dan wanita. Malah, pandangan mata secara terus juga dianggap tidak sopan kerana tidak merendah diri iaitu, asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun. Berbeza pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya seseorang itu tidak melakukan pandangan mata beliau dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan. Contohnya, seorang pelajar Korea sedang sibuk dengan belajar kerana akan menghadap peperiksaan pada kesokannya. Kebetulannya ketika dia sedang belajar, rakanya seorang Melayu Malaysia datang. Dia memberitahu orang Melayu Malaysia bahawanya sibuk lalu tutup pintu. Dalam budaya Korea, komunikasi yang diamalkan lebih terus terang berbanding Malaysia. Dari pandangan Malaysia, walaupun sibuk tetapi seharusnya menyambut tetamu juga. Gaya komunikasi yang diamalkan adalah tidak terus terang. Ini akan menyebabkan salah faham orang Melayu Malaysia terhadap orang Korea dan menganggap dia seorang yang tidak peramah. Tarik muka akan berlaku serta akan menimbulkan konflik, hal ini secara langsung tidaka akan melancarkan komunikasi diantara mereka.



Etnosentrik ialah memandang budaya sendiri sebagai pusat bagi sesuatu perkara lain yang dinilai berdasarkan rujukkan kelompok sendiri. Ketaksuban sebegini boleh menghalang komunikasi yang positif kerana telah wujud pelbagai andaian negatif terhadap kelompok suatu bangsa lain. Selain itu, individu yang etnosentrik akan cenderung bersifat angkuh dan tidak ragu-ragu memperkecilkan suatu kelompok masyarakat yang lain. Ini sudah tentu tidak dapat membantu menghasilkan satu komunikasi silang budaya yang berkesan.  Etnosentrik dalam diri seseorang akan menyebabkan kesukaran kita dalam proses memahami komunikasi orang lain sebab bahasa dan nilai yang berlainan. Tiada keserasian dalam budaya akan meningkatkan halangan komunikasi silang budaya. Contohnya pengetahuan budaya sendiri dan orang lain, sensitiviti budaya, nilai budaya, dalam kumpulan dan luar kumpulan, ketidakpastian, prejudis dan stereotaip. Pengetahuan budaya akan menentukan pengaruh budaya ke atas komunikasi. Kita selalunya menggangap budaya kita sama dengan orang lain. Kita akan menggunakan budaya sendiri sebagai standard untuk mengukur budaya orang lain.

Perbezaan linguistik yang begitu ketara boleh mmenyukarkan sesuatu komunikasi. Seringkali pula berlaku salah faham dan kekeliruan yang menimbulkan masalah. Penggunaan suatu bahasa global yang diketahui ramai mungkin membantu tetapi masih terhad sekiranya tahap penguasaan bahasa Inggeris antara pihak yang sedang berinteraksi jauh berbeza kefasihannya. Hal ini akan menyebabkan pihak yang satu lagi akan berkerut-kerut memandang anda menandakan ketidakfahaman yang berlaku.  

Apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam proses komunikasi adalah disebabkan perbezaan budaya. “Mindset” yang terdapat pada seseorang akan membawa cabaran pertembungan kepada sikap, pengharapan dan gaya komunikasi. Malahan air mukanya juga akan turut dipengaruhi oleh cara seseorang itu berfikir. Stereotaip ialah pandangan sekumpulan orang, objek atau peristiwa secara luas berdasarkan satu budaya. Maklumat yang digunakan untuk menilai seseorang adalah terbatas kerana hanya merujuk kepada budaya sendiri. Contohnya, orang Yunani distereotaip sebagai orang yang suka menipu atau mencuri milik orang lain. Di Malaysia, wujud stereotaip bahawa orang Melayu pemalas, orang Cina tamak dan orang India suka memutarbelitkan fakta. Stereotaip menyediakan tafsiran psikologi yang negatif apabila berhadapan dengan bangsa yang berbeza. Norma adalah panduan menjalankan kehidupan yang diterima secara konvensional oleh segenap masyarakat. Kegiatan yang melanggari norma masyarakat akan menerima risiko dikenakan hukuman undang-undang yang berat dan juga didiskriminasikan oleh masyarakat setempat. Tingkah laku yang berasaskan adat resam juga suatu yang diterima oleh segenap pengamal amalan tersebut khususnya bagi satu-satu bangsa. Perbuatan yang menyimpang dari adat resam yang diamalkan dianggap tidak menghormati amalan tradisi suatu bangsa. Sama juga halnya dengan tuntutan moral. Setiap agama amat menitikberatkan pegangan moral penganutnya. Terdapat garis panduan yang jelas tentang apa yang dianggap bermoral dan apa yang dianggap tidak bermoral. Justeru melanggari tuntutan sedemikian, akan dengan mudah dilabel sebagai tidak bermoral. Air muka yang membuatkan orang lain rasa terhina juga bukan merupakan perbuatan moral yang baik. Setiap aspek budaya ini sekiranya diabaikan akan menyebabkan kedudukan sosial seseorang individu tergugat selain halangan terhadap komunikasi yang berkesan.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh pakar psikologi, mereka mengesahkan bahawa faktor yang paling besar peranannya dalam kebahagiaan manusia ialah perhubungan yang rapat dengan manusia yang lain. Ianya mengatasi kuasa wang dan kerjaya. Perhubungan yang rapat ini menjadi begitu penting kerana ia mempunyai empat fungsi yang sangat penting bagi jiwa manusia. Pertama manusia memerlukan perhubungan yang rapat kerana perhubungan itu seperti dapat mententeramkan manusia. Apabila kita mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia yang lain, kita akan sentiasa ada orang yang boleh dihubungi ketika kita kesunyian.

Kedua, kita manusia memerlukan rangsangan. Kita memerlukan rangsangan intelek, jasmani dan juga emosi. Tanpa rangsangan, kita akan menjadi murung, mengikut pakar psikologi, kemurungan berpontensi untuk menyebabkan kematian. Ketiga, kita juga memerlukan perhubungan yang rapat kerana daripada itu kita berasa diri kita dihargai. Kehadiran orang lain dalam hidup kita sudah cukup untuk membuat kita diperlukan dan penting kepada orang lain. Faktor yang keempat pula ia;lah kita memerlukan hubungan yang rapat dengan manusia lain kerana kita perlu menikmati kehidupan kita dan perlu mengurangkan rasa ketegangan dalam hidup kita. Setiap insane mempunyai keperluan untuk berkongsi tuah dan kegembiraan dengan individu yang lain. Oleh itu dalam berkomunikasi dengan seseorang itu kita hendaklah mengetahui tentang cara komunikasi rasia dan bagaimana untuk tidak bersifat rasis dalam komunikasi Silang budaya bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. 

Bias dalam komunikasi terdiri daripada dalam kumpulan dan luar kumpulan. Dalam kumpulan ialah mementingkan persamaan dengan orang lain. Manakala, luar kumpulan ialah mementingkan perbezaan dengan orang lain. Luar kumpulan akan menambahkan jarak perbezaan budaya dengan orang lain dan mempengaruhi cara kita memproses maklumat. Luar kumpulan menganggap komunikator yang lain sebagai orang asing iaitu tidak boleh dipercayai, tidak mudah jadi kawan, banyak perkara mengenainya tidak diketahui dan tidak pandai. Manakala, dalam kumpulan adalah sebaliknya. Ketidakpastian dan kerisauan akan menjejaskan keupayaan memproses maklumat kerana mereka merisaukan hasil komunikasi itu sendiri. Kedua-dua adalah menyumbang kepada cara mereka menyampaikan sesuatu dengan pengaruh air muka bagi mencapai matlamat. Mereka gagal memberi perhatian kepada cara komunikasi yang baik dalam proses mendapatkan hasil yang diingini. Secara tidak langsung air muka yang tidak disenangi akan selalu dipraktikkan oleh golongan ini. Contoh perbezaan budaya. Dalam temu janji orang Amerika menjaga masa dan akan mengelakkan sebarang gangguan yang akan menjejaskan jadual waktu mereka. Orang Afrika pula ialah jenis yang tidak mementingkan masa dan tidak perlu membuat temu janji sekiranya ingin berjumpa dengan seseorang. Mereka rela dan biasa dengan ada gangguan dan perkara yang tidak dapat dijangkakan. Di sini jelas menunjukkan pertembungan gaya pengurusan masa antara orang Amerika dengan orang Afrika. Perbezaan gaya komunikasi disebabkan oleh perbezaan gaya pendedahan diri. Contohnyam tingkah laku, kegemaran, kerja dan belajar, wang serta personaliti. Hal ini juga mempengaruhi air muka dalam berhadapan dengan budaya tersebut, seperti orang Amerika akan membuat mimik muka atau air muka kurang senang terhadap kelewatan yang berlaku disebabkan temujanji yang telah dipersetujui, namun ianya berbeza dengan masyarakat Afrika yang tidak akan membuat air muka yang tidak berpuas hati keranan dalam budaya mereka tidak menekankan suatu temujanji itu wajib dipenuhi. Komunikasi merupakan unsur terpenting dalam kehidupan manusia. Manusia yang tidak berkomunikasi akan berdepan dengan pelbagai masalah seperti masalah kesihatan dan mental. Kita perlu berkomunikasi untuk berkongsi perasaan dengan individu yang lain serta menjalin dan mengekalkan hubungan. Kita juga perlu berkomunikasi dengan orang lain untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan diri kita. Melalui kemahiran berkomunikasi membolehkan kita memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai apa yang kita hajati. Komunikasi terdiri daripada lima jenis. Komunikasi antara perseorangan atau komunikasi interpersonal adalah jenis komunikasi yang melihat bagaimana proses komunikasi berlaku di antara dua individu dalam persekitaran bersemuka, serentak dan sehala. Ianya sebahagian daripada strategi kehidupan. Pada masa kini internet, laman web, laman sosial seperti facebook,myspace,twitter,friendster dan sebagainya telah memberi tafsiran yang berbeza terhadap erti kebebasan media itu sendiri.

Komunikasi menjadi medium untuk memperkatakan perkara – perkara yang sensitif seperti isu rasis. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan Rasis bermaksud orang yang mengamalkan kepercayaan bahawa bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau pendukung utama kepada bangsa – bangsa lain di dunia. Manakala komunikasi rasis pula bermaksud komunikasi yang mempunyai prasangka dan diskriminikasi di antara kaum tertentu. Prasangka dan prajudis merupakan akar umbi segala bentukl komunikasi rasis.Komunikasi rasis adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri – ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan, jantina atau kelas. Seperti mana dasar aprteheid yang diamalkan oleh kaum kulit putih di Afrika Selatan pada suatu ketika dahulu. Ianya timbul akibat penilaian awal yang dibentuk dan tidak dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta – fakta yang sebenar. Perasaan prasangka sering kali dijadikan alat oleh golongan majoriti untuk menindas golongan minoriti. Walau bagaimanapun, ia tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan tidak mempunyai prasangka terhadap anggota majoriti atau kelompok lain. Kesan dari prasangka yang semakin menebal, lama – kelamaan akan muncul komunikasi rasis. Hal ini juga akan mempengaruhi air muka individu. Komunikasi rasis merupakan suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia. Isu komunikasi rasis memang sukar dibendung dalam sebuah Negara yang berbilang kaum dan etnik seperti Malaysia. Di mana juga negara di dunia yang penduduknya berbilang etnik dan kaum sudah pasti berhadapan dengan masalah perkauman kecuali langkah awal diambil untuk menintergrasi rakyatnya sehingga mereka dapat menerima konsep satu bangsa dan mempunyai jati diri yang kuat terhadap negaranya.

Maklumat yang boleh dikongsi antara dua masyarakat adalah berbeza. Masyarakat kolektivistik boleh berkongsi segala mengenainya dengan orang lain. Masyarakat individualistik mengasingkan hal peribadi dengan kerja. Maklumat mengenainya yang boleh dikongsi dengan orang lain adalah terhad. Apbila orang individualistik bertemu dengan orang yang mengamalkan daya kolektivistik akan berlaku pertembungan sekiranya mereka tidak mengenali budaya antara satu sama lain. Hal ini juga akan menimbulkan konflik dan saling tidak memahami, berkemungkinan air muka yang ditunjukkan oleh kedua-dua golongan ini akan kebanyakannya selalu negatif.


Cara Atasi

Halangan komunikasi dapat diatasi dengan memahami budaya orang lain sebelum berinteraksi dengannya. Budaya terdiri daripada bahasa dan perilaku budaya orang lain. Cara mempamerkan air muka sewajarnya juga harus di pelajari dan di ketahui. Kita perlu memahami konsep budaya dan faktor yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi. Dengan adanya fahaman mengenai sosial budaya seseorang akan membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih lancar. Sosial budaya terdiri daripada persepsi, proses verbal dan bukan verbal. 


Kita perlu bersifat fleksible dengan keadaan yang sentiasa berubah. Strategi mengatasi cabaran komunikasi silang budaya terdiri daripada strategi kognitif, afektif dan tingkah laku. Strategi kognitif ialah meningkatkan kefahaman budaya orang lain seperti melalui internet atau menanya orang berpengalaman. Kita perlu mengenal pasti perbezaan dan halangan komunikasi yang mungkin berlaku dalam interaksi sperti pola komunikasi, adat reasam, nilai dan sikap. Pembelajaran bahasa tempatan dan cara mimik muka yang betul terhadap situasi-situasi yang berbeza akan memudahkan proses komunikasi. Strategi afektif ialah berfikiran terbuka, sabar, memandang perbezaan secara positif dan unik serta menyenangkan hati. Kita perlu sedia berkompromi, mempunyai sikap diplomasi dan sensitif kepada situasi. Strategi tingkah laku terbahagi kepada akomodasi dan divergen. Akomodasi ialah memberi tumpuan ketika orang lain sedang bercakap dan cuba memahami apa yang disampaikan olehnya. Kita perlu perlahan kadar percakapan, ulang perkataan yang berpotensi disalah dengar atau menimbulkan salah faham, sesuaikan tabiat komunikasi dengan situasi serta memberi masa kepada orang lain untuk menyampaikan mesej. Divergen ialah individu yang akan cuba mengelakkan daripada berinteraksi dengan orang yang lain, elak dari suasana yang mungkin akan timbul konflik, tidak mengambil berat terhadap konflik yang timbul dan menunjukkan perbezaan dari segi tabiat komunikasi. Air muka seharusnya sentiasa tenang dan sesuai dengan keadaan yang dihadapi.

Segelintir pemimpin hari ini mengambil tindakan yang populis ketika berkomunikasi semasa berkomunikasi dalam menanagani isu kaum. Mereka mahu dilihat dan dianggap sebagai wira dalam kaum masing – masing sehingga kadang kala tidak menampakkan sikap tolak ansur dan profesionalisme sebagai seorang pemimpin. Kita sedia maklum dan faham tentang tindakan mereka itu, ini oleh kerana mereka tidak mahu dituduh gagal untuk membela kaum mereka sendiri. Malaysia adalah negara kita dan tidak seharusnya komunikasi rasis dijadikan amalan rakyat Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia hendaklah menolak komunikasi rasis ini. Air muka juga harus dijaga demi memperlihatkan ketamadunan yang seiring. Seseorang yang bertanggungjawab dalam berbahasa seharusnya tahuu untuk berinteraksi ketika komunikasi berlaku. Kebolehan mengawal langkah pertama serta air muka akan memudahkan seseorang itu menyesuaikan diri dalam perbualan biasa atau situasi pertuturan rasmi yang dihadiri masyarakat berbilang kaum.Malahan sebelum ini, seseorang itu perlu terlebih dahulu memastikan isu yang sedang dibual atau dibincangkan dan apabila sudah jelas, barulah mengemukakan pandangan yang tidak menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. Secara semulajadi setiap hari kita berinteraksi kerana sememangnya sedah menjadi tabii manusia sejak azali lagi. Kebebasan bersuara adalah hak asasi manusia dan tiada siapa atau sesuatu yang boleh mengancam kecuali dalam keadaan yang tertentu yang membabitkan isu sensitif seperti perkauman dan keagamaan. Kita berkomunikasi dengan mengambil tindakan – tindakan bedasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu berkomunikasi dan berfikir dengan melepasi semppadan kaum masing – masing. Hak dalam menjaga air muka supaya semua akan merasa harmoni juga adalah satu tuntutan. Kefahaman tentang perbezaan budaya merangkumi aspek pola komunikasi, adat resam, nilai, sikap dan pengharapan perlu ada. Sifat – sifat seperti berfikiran terbuka, sabar, berlapang dada, memandang perbezaan secara positif meredakan ketegangan dengan melihat perbezaan sebagai suatu yang unik, kelakar atau menyenangkan hati adalah antara sikap dan kualiti motivasi yang perlu ada untuk menagani situasi kesulitan dalam komunikasi silang budaya. Mempamerkan air muka yang membuatkan orang lain merasa tenteram juga merupakan seni dalam agama Islam. Hal ini bersangkut paut juga dengan pengamalan budaya di negara kita. Mereka juga dituntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum agar dapat mewujudkan negara bangsa yang dapat membina Malaysia yang makmur dan maju.

Sebagai contohnya, bangsa Melayu hendaklah tidak berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja dan tidak membatas interaksi dan tindakan mereka di dalam keentingan kaum mereka sahaja. Begitu juga dengan kaum – kaum lain seperti Cina, India, Dayak, Kedazan, Orang Ulu, Murut dan lain – lain kaum lagi. Mereka perlu melakukan perkara yang sama. Kemajuan sesebuah negara tidak boleh diukur hanya berdasarkan pembangunan fizikal dan kejayaan material semata – mata. Sebaliknya, aspek kemantapan sosial, nilai-nilai moral, kekuatan perpaduan dan keintelekualan serta keuntuhan budaya masyarakat yang berbilang kaum perlu juga diambil kira. Sebagai bangsa Malaysia kita perlu dan pastikan matlamat yang serupa dikongsi bersama seperti mana Slogan kita 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Di Malaysia, peranan media massa seperti internet menjadi pencabar utama sebaran am tradisional. Media baru mencetus budaya sendiri dan sering digunakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab kerana komunikasi rasis mereka. Pertuduhan dan pendakwaan memadai melalui internet sahaja. Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam komunikasi silang budaya kerana tidak membantu usaha kerajaan yang meyeru rakyat agar bersatu padu. Intergrasi dan cara berkomunikasi di antara kaum berasakan persamaan hak dan keadilan agar dapat membentuk masyrakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persafahaman dan demokrasi yang unggul berasakan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada negara membangun. Masyarakat maskulin adalah masyarakat yang menilai ketegasan, daya saing, agresif, wawasan yang tinggi dan menekan pencapaian kebendaan, manakala masyarakat yang feminin pula, masyarakat yang lebih mengaalkan kualiti hidup dan member perhatian kepada kaum yang lemah. Nilai – nilai maskulinti dan feminiti ini juga memberi kesan ke atas bagaimana sesuatu masyarakat atau organisasi itu mengurus kehidupan mereka. Ini dapat diperhatikan dalam sapek penetapan keutamaan, cara pembuatan keputusan, gaya penyelesaian masalah dan konflik, pemberian penghargaan ,menjaga air muka dan sebagainya. Kepelbagaian kebudayaan dalam sesuatu masyarakat haruslah diterima sebagai satu hakikat. Bersifat adaptif dan fleksibel adalah strategi yang berkesan dalam menangani masalah komunikasi dalam silang budaya. Sifat diri seperti kesediaan untuk berkompromi, bersikap diplomasi, sensitif kepada situasi dan melihat perpektif orang perlu untuk berurusan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Dalam menjayakan komunikasi silang budaya, mereka yang terlibat mestilah sensitif dan memberi perhatian dengan cara dan tingkah laku mereka berkomunikasi. Mereka ini perlu keluar dari kerangka komunikasi rasis dengan mengambil kira perspektif dan cara orang lain kerana membina jambatan silang budaya ,e,erlukan kesabaran, kepekaan dan kesungguhan. Keupayaan kita menjalinkan usahasama silang budaya dengan lebih baik dan berkesan dalam masyarakat yang berbilang kaum bergantung kepada kopentasi menjayakan komunikasi silang budaya. Untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi silang budaya, kita mestilah faham tentang pengaruh budaya ke atas proses komunikasi. Kesulitan dan salah faham dalam komunikasi silang budaya akan lebih mudah terjadi sekiranya komunikator masing – masing buta perbezaan budaya. 

Keadaan akan lebih teruk lagi jika orang yang berinteraksi angkuh dengan budaya dan adat resamnya. Hal ini tidak seharusnya berlaku dalam komunikasi silang budaya. Sudah tentu media baru menjadi perayaan sejagat jika alat komuniksi dipergunakan untuk menyebarkan maklumat yang boleh membawa kebaikan kepada perpaduan rakyat Malaysia menetrusi komunikasi silang budaya dan bukannya komunikasi rasis yang boleh menggugat keamanan negara kita ini. Untuk mewujudkan sikap tidak rasis dalam komunikasi kita sebagai rakyat Malaysia perlu ada sikap tolenrasi dan peka terhadap budaya dan adat resam sesuatu kaum yang ada di Malaysia ini. Bak kata perpatah Melayu” cakap siang pandang – pandang “.
 

Kesimpulan

Komunikasi silang budaya seharus dan sepatutnya dielakkan kerana ia boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Ini kerana komunikasi didalam negara yang berbilang kaum perlu dilakukan dengan berhati – hati agar proses komunikasi tersebut tidak menyentuh sensitiviti masyarakat dan sekali gus diangap sebagai rasis. Air muka yang sepatutnya terjadi adalah yang berlandaskan adat budaya yang menjurus ke arah keharmonian. Individu yang berinteraksi dan berkomunikasi silang budaya seharusnya mengetahui perbezaan budaya dan pengaruh budaya ke atas komunikasi. Silap cara berkomunikasi akan menimbulkan tanggapan yang berbeza di antara sesuatu kaum. Berkomunikasi silang budaya seharusnya mengetahui perbezaan budaya dan pengaruh budaya ke atas komunikasi. Selama ini mungkin ramai di antara kita leka dan tidak sensitif atau peka tentang identiti buadaya kita sendiri serta budaya kaum yang lain. Kita tidak sedar bagaimana budaya mempengaruhi kita dan bagaimana komunikasi berkait rapat dengan budaya kita dan budaya kaum yang lain. Kita tidak akan mengenal budaya dan mengerti budaya kita sangat bersopan dan kita tidak dapat membandingkan bagaimana budaya kita berbeza daripada budaya kaum yang lain. Kita harus ingat bahawa komunikasi yang tidak mencapai matlamat ini hanya akan membawa kemusnahan dan perbalahan kaum disamping akan menggangu kestabilan dan keharmonian bagi sesebuah negara. Sesebuah negara itu akan hancur seandainya komunikasi tidak sihat ini tidak dikawal dan diambil sebagai salah satu daripada agenda untuk memajukan hubungan antara kaum bagi sesebuah negara itu. Untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang madani yang bertamadun maka air muka dalam budaya sangat penting dan harus dididik. 





Alhamdulillah...^_^....XOXO