Sunday, October 31, 2010

Taqwa ... renung-renungkankan...^^



"Apa itu taqwa?" ...
tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka'ab Radhiyallahu 'anhuma.
"Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?"
balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.
"Pernah saja," jawab Umar.
"Apa yang kamu lakukan?" pintas Ubai.
"Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati," jawab Umar lagi.
"Itulah taqwa!" simpul Ubai bin Ka'ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang taqwa.


Halus perbincangan taqwa ianya seolah-olah satu jisim yang menyerupai bakteria ikhlas. Diibaratkan sebagai seekor semut hitam di lorong yang gelap, tiada siapa yang menyedari kehadirannya melainkan Allah s.w.t, kerana itu ikhlas dijadikan rahsia simpanan kepada asas pertimbangan neraca mizan kelak. Ikhlas bukan sahaja boleh rosak atau batal di awal perbuatan iaitu pada niatnya namun kata- kata, tindak-balas pada reaksi atau komen orang lain juga sedikit sebanyak menggugat ikhlas kepada amalan tersebut. Ikhlas bererti suci dan murni tanpa noda melainkan disandarkan hanya pada Yang Esa. Namun, perkongsian kali ini bukanlah berkisar mengenai ikhlas sebaliknya pemahaman tentang konsep taqwa dalam iman. Seorang muslim itu beriman jika dia bertaqwa dan bukan hanya kerana memegang pangkat yang tinggi atau memiliki bakat yang hebat atau kerana keturunannya yang disanjung.


Definisi taqwa bermula dari kalimah waqa- yaqi- wiqoyah yang membawa maksud memelihara, melindungi, takut dan berjaga- jaga. Sesuai dengan pemahaman mendalam terhadap definisi tersebut bahawa taqwa berperanan sebagai penjaga diri dan pelindung tetapi bukan penakut kepada diri seorang muslim. Sebaliknya di dorong rasa 'takut' kepada Allah s.w.t dengan sentiasa berusaha untuk mentaati segala suruhan dan menjauhi larangan-Nya malah yang paling utama berkorban untuk menjunjung syariat yang diturunkan dan bukan bersifat mempersendakannya atau mengabaikannya atau meringankan sesuatu hukum biarpun sudah mengetahui mengenainya secara teliti dan jelas. Di situlah taqwa berfungsi iaitu dalam merasakan kemanisan iman dan tidak berasa susah untuk menurutinya walaupun jika menurut pandangan akal manusia ia adalah perbuatan yang sukar seperti bertudung, solat dan puasa serta lainnya. 


Seruan taqwa setiap minggu dilaungkan oleh Khatib dalam Khutbah Jumaat malah ia adalah rukun khutbah. Saya yakin setiap muslim menyedari kedudukan 'rukun' dalam pelaksanaan ibadah. Oleh yang demikian, secara tidak langsung membuktikan bahawa peringatan taqwa adalah amat penting untuk sekalian muslim supaya diterapkan dalam kehidupan dan bukan hanya disimpan dalam telinga setiap minggu namun kefahaman mengenainya terus dipekakkan. 

Allahs.w.t telah firman ;
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" (Surah Al-Hujurat ayat 13)



Allah telah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 102 yang bermaksud ;
" Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. "



pesananbuatsemua: jom tingkatkan taqwa kita!^^







 

Saturday, October 23, 2010

My BiRth of Day... < 3

Cop!!!
Take 10 minutes ok ye.
Sbb, nk luah perasaan kat Blog sempena HaRi LahiR sy.
Smlm xsempat tulis, Bz sesangat,
ni pon jap je.. -_-


22 OCT 201o :
Exam yg menekan, sbb JADual RApat.
Report yg Hilang, tada Backup.
Kne tpu ngn kawan pasal Esgmnt, dia xdpt d HuBungi!!
Mata skit, sbb bnyak ngadaP tulisan kat bku yg kecik2.
banyak lg, tp takot xsempat nk tulis...
( bnykny UJIAN, hurmmm...)
Allah syg sy.


aDE yg baik:
Sy jumpa kwn lama sy Balik, subahanallah...
Nma Dia Luth Hashiman! Dia add sy kat FB, lama xdgr brite dia.
Kami lost contact, Kwn yg baik ngn sy tyme form 5 dulu.
(mcm jejak kasih daa..T_T)
macam2 yg baik, tp tula...
hanya Allah yg mngetahui hikmah d balik ujian yg di beri, yg sy thu sy mest KUAT!!

Sy pat keychain dari kwn sy and kaD ucapan yg Cute,
yg paling best Dpt wish dan DOA@ dari kawan2...
mekaseh sumer..sayam korang..^^

&
masih di beri nikmat,

Terima kasih Allah..



WisH :
I want to be SomeboDy, of cos laa..
IstiQamah dlm Berjuang..(Duniawi & Ukhrawi)
Selalu bersangka BAik & berMOTIVAsi,
serta lebih matang.. ^^









Thursday, October 21, 2010

Majlis Graduasi SEKOLAH maksu... ^^

Hmm.. minggu stadi week aku balik umah maksu (maintain jew, huhu...), boring duk di melaka. Amek angin kat Gemas, release tensen stadi yg amat hebat..huhu. Lg pn boleh dikatakan majoriti budak2 umah aku balik.
Ha! aku berkesempatan dtg ke majlis graduasi pelajar kat sekolah maksu, hebat sungguh perarakan dan sambutan acara yg di jalankan... Kagum2x...Kat sekolah aku dulu xde la majlis grand2 camni nk hbis blaja, da mcm kat universiti plk...haha, siap pkai jubah konvo n naik pentas amek skroll... Nikmat sunguh pelajar sekolah tu... Alhamdulillah ramai pelajar yg cemerlang d lahirkan, nmun masalah yg msih ibubapa dan guru runsing adalah berkaitan akhlak remaja yg makin menurun ni... Hmm, sma2 lah kita berikhtiar cara membendungnya, maga Allah mmbantu.. Pling best ramai pelajar2 kat sne panggil aku "Cikgu", haha, siap nk bergambar, amek no tepon bagai... Tp yg xblh blh dowang ckp mka ak sama ngn pelakon dalam drama indon Para Pencari Tuhan... ???, aku tgok xdew pon... ade2 je dak2 n... Sgt best pegi sana, pat tgok bnyk persembahan kebudayaan masyrkt kat situ. Tghri aku g mkn kat uma fara, kat2 ngn sekolah maksu... Tmksh fara n famili masakkn utk sayer...hihi.. ^^ Ptg tu smbung utk anugerah bg guru & murid cemerlang ko-kukurikulum plk... Tmksh Allah, hepi sy kat sne...
 
yhe kat DEWAN ~~~
 Student cilik yg wat persembahan... ^^

 Nasyid dri BADAR..


Yang Paling spesel tyme dowang nk msuk untuk berGRADUASI... mmg ade kelainannya
(^_^) sila tgok video yg xseberape ni :



Harapancekgu : Ehemm, (koya cket) ,moga generasi akn datang lebih hebat dan mampu memimpin negara dan melonjakkan islam di mata dunia seperti zaman kegemilangan islam suatu masa dahulu....
Masihkah Kau Ingat...


Sunday, October 17, 2010

Selamat Hari Lahir Kakak..^^

Selamat HaRi LahiR kak milahku sayang.

Moga Allah merahmatimu dan memberikan segala rezeki serta kesihatn brpnjagn kpdmu kakak... Doaku sentiasa mngiringi setiap langkah prjalanan hidupmu...

Sebuah lagu ku dedikasikan buat insan yg ku syg, kak milah:

Hampir Ke Situ

Aku sedar bukan mudah...Untuk mengejar mimpi indah...
Pernah suatu ketika dulu,Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti,Dapatkan ku miliki...

Sudah jauh kita tempuh,Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah,Yang akan menunggu
Di penghujung jalan,Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba....

Jika halangan menduga perjalanan kita,Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani,Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku,Kita hampir ke situ...

Adakala ku terasa,Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya,Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku,Aku yakin kita mampu...
Biar orang katakan,Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama...

kiasansayangkubuatmu ; kak milah moga segala yg terbaik hadir buatmu di sepanjang hidup ini.


TEAM Building INSSO... Saujana Asahan, Melaka..

Alhamdulillah, team building yg sekian lama dirancang oleh INSSO akhirnya gah berakhir...Subahanallah hanya Allah yg mngetahui sebaknya hati melihat keindahan hijau yang berada di sekeliling tempat kami beraktiviti di saujana Asahan. Perkara yg amat contra bg aku, aku mmg xsuke warne PINK+PURPLE, tp kat sne kami kne pkai bju wane pink dan aku dapat group purple,


alangkah indah kngan tuh! Aku start menyukai PINK+ purple, thnk u Allah mmberikan mcm2 peluang baru utk aku merasai dan berfikir., sguh sayang Engkau pada hambamu ini..^^ Jungle tracking, sukaneka, flying fox, joget pahang! dan macam2 lg..(Aku cba lakukan dgn penuh hikmah sbg muslimah yg blh adapt ngn suasana tanpa mlanggar hukum n syariat.. Insha'Allah).. dan bnyak aktiviti yg best lagi.. Aku amat2 akui ukhuwah kami lbh mantap selepas program ni. Kepada mantan2 pimpinan terima kasih di ucapkan. Kepada new pimpinan sem depan, harap korang mnjayakan dan memeriahkan INSSO dgn lbh mantop lg, teruskn usaha! 4 All my lecturer thnks a lots sbb sudi mngajar sy..Gonna miss all of u.. T_T
Go INSSO go!!...... (pasni pulun tuk EXAM plak ye.....hehehehehe ^^ )


MY PURPLE team !!!
(trademarkgroup: perrgh...perrgh...layan suda...ko rilex jer!!)



Terima kasih Allah kerana memberikan nikmat persahabatan ini kpd aku..

'To be a good leader, u must be a good follower'
ADDICTED RISK!!!!!
INSSO
(Insurance Students Society)




Thursday, October 14, 2010

Put Yourself in Other's Shoes... (^_^)



Hidup kita di dunia bukan seorang diri, bahkan dijadikan Allah berbilang bangsa untuk saling mengenali. Hakikat kehidupan, setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai keadaan dan ragam manusia. Jika kita mengamalkan sikap untuk menghukum tanpa mengetahui apa yang sebenar, layaklah gelaran kera sumbang untuk diberikan. Kita tidak akan dapat menilai dan mengetahui apa yang sebenarnya jika kita hanya melihat kepada diri sendiri, setiap yang kita suka tidak semestinya disukai oleh yang lain. Inilah yang memerlukan kita untuk berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan dan sikap pihak yang lain, menyelami permasalahan dan situasi sebenar, barulah kita akan mengetahui punca sesuatu terjadi.

Maksud firman Allah SWT :
" Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal "
(al-Hujurat : 13)

Bukan sekadar dapat mengetahui lapisan atas permasalahan atau keadaan yang berlaku sahaja, bahkan bersikap meletakkan diri dalam situasi pihak lain juga membekalkan kita dengan pelbagai maklumat tambahan sebagai bonus. Maklumat tambahan tentang cara hidup akan menjadi nilai tambah untuk kita dalam mengenal dan membaca situasi, menyelesaikan permasalahan yang sebelumnya tersimpul, mengelakkan konflik dan sebagainya.

Dalam bersahabat, berorganisasi, dan pelbagainya lg tidak dapat tidak untuk kita berusaha meningkatkan kebolehupayaan dalam mengenal dan memahami situasi pihak lain. Jika ini tidak berlaku, pastinya konflik bakal timbul dan akan lahirlah sikap nafsi-nafsi. Melihat hanya diri sendiri yang betul dan hebat, memandang rendah pendapat yang lain, seolah-olah hanya kita yang diberi akal oleh tuhan. Sikap cepat menghukum, seolah-olah kita tahu segalanya tidak lain hanya akan membawa kepada kemudharatan, maka elakkanlah, yang demikian, usahakan apa yang dikatakan " Put Yourself in Other's Shoes "

Cubalahmemahami ; walaupon perkara tersebut itu sgt sukar... nmun bergaduh & berburuk sangka lg memburukkan keadaaan. Cuba matangkan diri dan bermuhasabah selalu. Di sebabkan kekurangan kita sbg manusia, (ingatan jua kpd aku yg terlalu bnyak khilaf ini..)jom semua saling berlapang dada dan contohi idola terbaik.. insan di rindui Rasulullah S.A.W.. ^^




Wednesday, October 13, 2010

SEGAR kan hatimu sahabat... muhasabah selalu...^^'



Bila kita memulakan sesuatu...
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,

Kita cepat menyerah...




Bila kita berniat...
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...




Bila kita berusaha...
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...



Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...




Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,

Bersyukur sekejap cuma..





Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..

Membenci diri memusuhi nadi..




Sedangkan...
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...

Allah takkan lupa pada langkah kita...




Tapi sememangnya lahiriah kita,Kadang-kadang lebih suka dipuji,Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai...Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati...


Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,
Kerana dalam firman Allah;
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"

Kerana itu..Pada masalah harus bersabar dan redhaPada ujian harus tabah dan teguhPada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkalPada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..

Sama tetapi tidak serupa,Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sanaKekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sanaKesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sanaKealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...Di sana itulah yang perlu kita kejar,Agar dunia mengikuti dengan redha...
Sekadarinsanygpenuhdosa : ingatan bersama dan jga buat sahabat2ku..T_T 



Tuesday, October 12, 2010

Tragedi OKTOBER... 10.10.10...

Tragedi yang mengejutkan Malaysia... tatkala seluruh warganegara Malaysia meraikan hari bahagia menjadikan 10 oktober 2010 (10/10/10) sebagai hari bersejarah dalam hidup mereka, terjadi satu tragedi yang dasyat di simpang ampat yang menyebabkan ramai insan telah terkorban dalam nahas kemalangan jalan raya. Tragedi ini membabitkan 12 maut & 40 yg lainnya cedera. Polis berkata kejadian berlaku kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas express yang menuju ke kuala lumpur gagal di kawal lalu melambung dan memasuki laluan yang bertentangan. Bas terbabit kemudiannya melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan. Sebuah kereta lagi yang turut terbabit dalam kemalangan itu, namun  pemendu dan penumpangnya selamat. Kemalangan itu telah menyebabkan lalu lintas yang sangat teruk di kedua2 hala.




Innalillahiwainnailaihiraji'un... 

Jadikan sbg peringatan kpd kt semua (lbh2 lg pengguna jln raya). Ajal Maut d tgn Nya, maka mohonlah agar kematian kita Allah dahulukan dgn tanda2 agar kita 'pergi' dgn kdaan yg baik... Sguh mnyayat hati, mga Allah berikn ketabahn kpd keluarga si mati dn mnempatkan mereka dlm klngn yg beriman.....

 

 



Malam Anugerah K&P Cemerlang.... +....Tiada penyertaaan... ^^

Semalam ade mjlis kat uitm Lendu....Ktorng 1 kete pegi wlupon agak lwt sdikit..tp sesmp je kat sne mjlis lom bmule pn... -_-  Majlis Anugerah Kelab & Persatuan Cemerlang. Huhu... msti pelik kan sbb ape ade 'tiada penyertaan' kat blakang 2.. sbb UiTM KBM punyer persatuan xhantar borang bertanding pon.. so...xde pencalonan, yg lg gamat tuh, tyme mc cakap UiTM KBM...tiada penyertaan.. masing2 bersorak... wooo...wooo...!! hahaha, klaka sugguh... Aku pon xthu mengenai hal borang2 nih dan de mjlis mlm ni. Penasihat aku call suh pegi wakil MT Persatuan je..(pat la jugak sijil +makan2 kn at least..huhu...^^)

 Kenangan bsame Koordinator tsyg: En.Rosmi and my sweet sahabat2...^^


Malap seket prtndingn sbb xsume involve, trmsukle persatuan aku, xpe...
pnglmn tu yang penting sebenarnya. Sentiasa perbaiki dr smase ke smase.. :)
Sekadar aku student biase yg cba mncari life dgn mngumpul pngalaman, 
bekal prjalanan as khalifah....Berusaha!!! ^^



Harapan: Muge slps ni bnyk lg persatuan akn aktif dlm misi perhebatkan ummah,
mendidik mnjd insan cemrlang dan brjasa trhadap agama, bangsa & negara..
+ dan hantr le penyertaan.. hihi.. Promotion sal pertandingn ni pom kne lg hebat.
Apepn tahniah pd phk penganjur!


Saturday, October 9, 2010

Tanah, Air, Api atau Angin? Hmm....


Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti diri. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. Selalu jugak mak aku bercerita mengenai unsur2 ni, hurm... layan jelah..  
paling penting KESEDARAN dan usaha kita untuk menuntun diri kita ke arah yg lebih baik.. yang xelok cepat2 di kikis untuk terus memajukan diri...


Tanah - Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air - Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api - Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin - Anak keempat, kelapan dan kedua belas


Tanah

Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.


Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan... bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!


Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.


Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

sebagaianakkeempat: alamak, macam tu ke perangai aku..hahaha... ^^ Jgn pcaya bulat2, ingat segalanya terletak pd diri dan kun fayakun Allah adalah yg pling utama, mungkin kat ats n hanya boleh di jadikn sempadan dlm mengenali diri...:)
Selamat Beramal!



Friday, October 8, 2010

Mampukah ANDA ????

Mampukah ????

I
I
I
I
V
1o peringatan BuMI kpd manusia,
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa manusia sering alpa dan leka dengan nikmat dunia
yang bersifat sementara. Beliau berkata saban hari Bumi berkata-kata kepada manusia dan mengingatkan kepada manusia mengenai usia mereka yang semakin dekat ke penghujung kehidupan dan peringatan supaya Anak Adam merenung jumlah amalan mereka
untuk bekalan ketika Ajal menjemput....

Katanya sesungguhnya, setiap hari bumi menyeru kepada manusia dgn 10 perkara :-


1.Wahai anak Adam!!!!!!! Berjalanlah diatas perutku, tetapi ingat engkau akan dimasukkan kedalamnya kelak!
2. Engkau melakukan maksiat diatas belakangku, tetapi ingat engkau akan diazab dalam perutku.
3. Engkau ketawa diatas perutku, tetapi ingat satu hari nanti kau akan menangis didalam perutku.
4. Engkau bergembira diatasku, tetapi ingat satu hari kelak kau akan kecewa dalam perutku.
5.Engkau mengumpul harta diatas belakangku, tetapi suatu hari kelak kau akan menyesal kerana tidak mengumpul amal kebajikan waktu didunia dalam perutku.
6. Engkau makan benda yag haram diatasku, tetapi ingat kel;ak engkau akan dimakan oleh ulat didalam perutku.
7. Engkau angkuh dan sombong diatasku, tetapi ingat kelak engkau akan dihina dalam perutku.
8. Engkau berlari dgn riang diatasku, tetapi ingatlah engkau akan jatuh dalam keadaan dukacita dalam perutku.
9. Engkau hidup bersiram cahaya matahari,bulan dan bintang diatasku, tetapi ingat kelak kau akan tinggal dalam kegelapan dalam perutku.
10.Engkau hidup diatasku beramai2, tetapi ingat satu hari kelak kau akan berseorangan dalam perutku.


Ingatilah bahawa kehidupan kadangkala
apa yang kita anggap kita mampu buat bukan lah seperti yang kita fikirkan...
Janji Allah itu nyata, kumpulkan bekalan utk berjumpa Sang Pencipta.