Sunday, July 14, 2013

Jenis Tingkahlaku Langsang






Gambar diatas sekadar gambaran ceket mengenai tingkahlaku langsang, btw saya sekeluarga suka sangat2 drama korea nim. Happy day kejap kalo tengok si Sakaki Makio nim berlakon...Lawak. Ianya adalah dibawah topik yang telah saya pelajari dalam Psikologi Sosial. Orait, secara lebih senangnya ianya adalah tingkahlaku yang x bagus kerana lebih bersifat negatif. Tingkah laku langsangan berbeza antara satu dengan yang lain . Sebagai contohnya, ada orang menyerang balas orang yang menyerangnya, ada yang memukul berkali-kali isterinya ketika bergaduh tanpa belas ehsan dan ada juga yang memaki hamun ketuanya kerana tidak dinaikkan pangkat atau seumpamanya. Dalam erti kata yang lain tingkah laku langsangan ini mempunyai dua jenis :-


1.Langsangan Emosi dan Langsangan Instrumental
Dalam kes-kes yang tertentu langsangan dirangsang oleh emosi yang kuat. Seseorang itu akan bertindak ganas dan diluar kawalan apabila berada didalam keadaan yang terlalu marah yang biasanya bertujuan untuk mendatangkan keederaan dan kesengsaraan kepada mangsa. Langsangan emosi ini juga dinamakan sebagai langsangan yang bersifat permusuhan, afektif, kerengsaan, impulsive dan kemarahan. 

Sementara itu untuk langsangan instrumental terjadi apabila manusia menggunakan keganasan untuk mengawal dan mempengaruhi orang lain. Misalnya, seseorang yang menembak orang lain boleh menyebabkan orang berkenaan tercedera,tetapi tindakanya itu adalah cara beliau untuk menyelamatkan diri. Dengan kata lain tingkah laku lansang itu merupakan cara atau alat seseorang untuk mengawal dan mempengaruhi orang lain,dan bukanlah disebabkan emosi beliau (marah atau benci)


2. Langsangan sah atau langsangan tidak sah.
Kita biasanya tidaklah mengutuk atau mengkritik semua bentuk langsangan. Misalnya,kita tidak akan mengutuk polis yang membunuh penjenayah. Begitu juga,kita tidak akan mengutuk tindakan tukang gantung yang mengggantung penjenayah yang dihukum mati. Dalam contoh ini,kita mengetahui bahawa tindakan mereka ini disahkan atau diterima oleh masyarakat. Manusia biasanya akan membuat pertimbangan tertentu sebelum memastikan sesuatu tingkah laku langsangan itu  sah ataupun tidak. 

Dalam kebanyakan kes,kita menganggap bahawa tindakan langsang itu sah apabila pelaku langsangan itu menduduki rol-rol sosial tertentu, misalnya pegawai polis dan askar menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat. Walaubagaimanapun tindakan ini akan dianggap sah apabila ia berada dalam rol yang ditetapkan,sebaliknya pula tindakan langsangan itu dianggap tidak sah. Misalnya,seorang anggota polis boleh menembak penjenayah sekiranya penjenayah tersebut melawan atau membalas tembakan. Sekiranya penjenayah tersebut tiada senjata dan menyerah diri seara aman,maka anggota polis tidak dibenarkan untuk menebak penjenayah tersebut. Sekiranya beliau masih melepaskan tembakan tingkah laku langsang dianggap tidak sah. 

Kita biasanya memikirkan bahawa tindakan kita melindungi diri daripada pengganas adalah satu bentuk tindakan ganas yang sah. Misalnya kita menembak mati seseorang yang cuba menyerang dan membunuh kita merupakan tindakan yang sah. Budaya juga memainkan peranan yang penting dalam pentafsiran kita terhadap tindakan yang boleh dianggap langsang. Misalnya didalam masyarakat feaudal dahulu, tindakan raja yang “mengkasari” atau menghina rakyatnya tidaklah dianggap sebagai agresif. Lebih-lebih lagi apabila rakyat dalam masyarakat tersebut menganggap raja sebagai wakil tuhan di dunia ini. Tapi dalam masyarakat moden sekarang ini (misalnya Negara kita Malaysia),memukul anak dalam bentuk yang agak keterlaluan oleh dianggap sebagai tindakan langsang(penderaan) yang boleh membawa kepada hukuman. 

Namun,lain masyarakat lain penafsirannya terhadap sesuatu tigkah laku yang dianggap langsang. Cekedout !






1st esgmtku ^.^

No comments:

Post a Comment