Friday, January 25, 2013

Dunia Sementara


Hari berganti hari , bulan berganti bulan, tahun berganti tahun . Subahanallah , pantas sungguh masa berlalu . Dalam nafasku menghintung kembali segala yang telah di lalui dan di tempuhi , seakan satu perlumbaan bagiku , sesak dan lemah mindaku memikirkannya . Namun , itulah manusa sentiasa tidak pernah puas dengan nikmat-nkmat Allah diatas muka bumi ini . Sentiasa lupa dan alpa , termasuklah diri aku ... Sebagai hamba yang hina bukan sahaja menghintung masa yang telah terjalani malahan setiap segala khilaf yang telah aku lakukan . YA, bukan diriku sahaja malahan seorang pun yang bergelar manusia didunia ini pastinya akan terasa hina diri bila mengenangkan kerdilnya diri apabila melihat turun naiknya iman , bersilih ganti khilaf serta lupanya pada pencipta jika suka dalam mengecapi dunia fatamorgana ini.

Bulan ini merupakan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi role model buat umat manusia. Termasuklah aku, alangkah indahnya jika Rasulullah ada disini . Hari ini . Zaman ini . Mungkin parahnya manusia tidak akan ke tahap seperti hari ini , namun apa yang telah tersurat dan tersirat itu adalah percaturan yang maha hebat , jadi takkan terdaya dek akal kita untuk berfikir mengenainya . Sebagai hamba yang beriman perlu mempercayai Allah telah merencanakan yang terbaik , jadi berusahalah ! Allah tidak memandang kepada kejayaan kita tapi dalam cara manakah kita berusaha...berusaha...dan berusaha dalam melakukan sesuatu perkara kerana Allah . YA, kerana Dia. Sukar kan , tapi cubalah . Allah tahu kita lemah , selemah-lemahnya ... tapi sebagai hamba yang selalu bermuhasabah, jika Allah begitu yakin pada kita mengapa tidak kita .. teruskanlah mencuba sahabat !

Bahagia itulah idaman setiap manusia , namun Allah ciptakan segalanya berpasangan , jadi jika bahagia Allah akan selitkan juga duka agar kita selalu beringat dan bersyukur atas segala nikmat dan sebagai pembelajaran buat kita menempuhi hari-hari yang mendatang . Sungguh , jiwa yang sentiasa dekat dengan Allah itu adalah yang paling bahagia . Dan , walau duka atau kesedihan yang bertandang ianya adalah tarbiah dari Allah agar kita akan menjadi mukmin yang kuat dan hebat ! :) Baiknya Allah ... Ingatlah :-


FIRMAN Allah SWT: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.




Monday, January 21, 2013

Change !


Ok . First kena mengenali diri saya yang sangat kasar dan rockers ini . Sememangnya kelihatan agak ganas dan disebabkan itu ramai yang ingin berkawan dan lebih tepatnya selesa berkawan dengan saya , even though lelaki sekalipun . Ini akan memberikan kesan kepada bakal suami saya untuk menerima keadaan ini , malah ayah saya sendiri pon dengan konversatifnya mengatakan lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan rapat sangat ok... =.='

Alahai , dengan perwatakan saya yang amat easy going dengan budak2 perempuan mahupun lelaki ini menyebabkan keserasian tu bertambah ketara, still batasannya mestila ada kan . But then , bila memasuki fasa seterusnya yang akan melangkah ke arah alam yang lebih beramanah ... mulai terfikir bahawa harus ada wujud lebih banyak 'gap' with another guy ni dan hal ini adalah demikian kerana  ada seseorang secara psikologinya telah menyedarkan saya . OMG ! Subahanallah ... bantulah dalam mengatasi kelemahan diri ini.

Saya rasa sangat bersalah kepada seseorang tersebut kerana hal yang telah berlaku , walau apa pun alasan saya ... still, apa yang dapat saya simpulkan adalah hikmahnya untuk saya lebih sangat-sangat lagi menjaga bab ni. [Maaf taw . Janji saya akan cuba berubah dan akan buat terbaik dlam misi menjadi yg terbaik ~] Alhamdulillah atas kesedaran ini , secara lapang dadanya saya sedar kelemahan saya ini dan saya akan cuba perbaikinya ...

Mungkin kebanyakan masa sebelum ini saya banyak melihat pada sudut pandang saya sahaja tanpa cuba menilai diri saya ini dari perspektif oarang lain . Jadi bila fikir2kan apa yang telah saya lalui membuatkan saya mulai mengerti mengapakah seseorang akan bertindak dan merasa begitu adalah berpunca dari diri saya . Alangkah bersyukurnya saya kerana diberi kesedaran ini walaupun di penghujung dan khilaf telah berlaku . Kepada seseorang , saya minta maaf sangat2 kerana khilaf tersebut . Mungkin awak mengatakan semuanya ok berikutan sesuatu yang terjadi bukanlah menunjukkan kesalahan yang serius , tapi saya betul memaksudkan ingin melakukan perubahan itu. Saya cuba untuk diri sendiri dan untuk bakal suami saya yang telah Allah pilih . 




Amin , permudahkan segalanya dan tetapkan keimanan dalam hatiku ya Allah ~


Saturday, January 12, 2013

Saya Rindu Awak


Saya tidak pernah menduga jarak antara saya dan awak semakin parah jauhnya. Tak pernah terduga juga ujian maha hebat ini menimpa saya . Tiada kata2 yang terucap tiap kali saya teringat awak dan terpandang gambar awak yang berada di sudut bacaan saya. Ujian maha dahsyat ini membuat saya seakan kosong . Saya sedar banyak khilaf dan kesilapan telah berlaku sepanjang awak dan saya menempuhi masa2 bersama. Sedar bahawa saya tidak akan mungkin akan biasa menjalani hari2 tanpa awak disisi. Dan, naluri saya juga kuat mengatakan awak juga begitu .Bulan berganti bulan , awakdisana nun jauhnya.
Saya sendiri disini merindui . Manakah harus terluahkan,

Jika langit itu luas, 
tetapi bila memandangnya dengan ingatan terhadap awak...langit itu berubah sebaliknya.
Jika lautan itu berombak, 
tetapi bila memandangnya dengan ingatan terhadap awak...lautan itu berubah sebaliknya. 
Jika pulau itu kecil dn indah, 
tetapi bila memandangnya dengan ingatan terhadap awak...pulau itu berubah sebaliknya.
Jika bulan itu mempesona, 
tetapi bila memandangnya dengan ingatan terhadap awak...bulan itu berubah sebaliknya.
Jika bintang itu gemilang sinarnya , 
tetapi bila memandangnya dengan ingatan terhadap awak...bintang itu berubah sebaliknya.


maaf buat awk sedih.
maaf tak memahami
maaf lambat mesej
maaf buat awk kecewa
maaf selalu cuai
maaf selalu wat silap
maaf emosi
maaf diam bila awk tnye
maaf pandai tulis je
maaf jika kurang ajar
maaf buat awak geram
maaf buat awk moody
maaf buat awk stress
maaf slow nak tangkap
maaf kekadang cpt touching
maaf sgt sensitip
maaf suka nangis
maaf cpt down
maaf ikut kpala je
maaf tak sempurna
maaf sukar berkomunikasi lisan
maaf lambat
maaf lukakan hati
maaf buat awak tertunggu2
maaf susahkan awk
maaf bg awk mls nak layan saya
maaf untuk segalanya....


Jarak pemisah ini mengambil separuh semangat saya kakak. Walaubagaimanapun, saya akan berdoa sampai hujung nyawa saya agar pintu kemaafan awak terbuka buat saya. Separuh semangat yang tinggal akan saya gagahi menjejaki cita2 demi syurga saya , ibu dan ayah. Saya yakin dengan mak, dia penuh percaya dengan segala yang berlalu ada hikmah yang baik , manakan lagi ada kuasa menentang segala yang telah Allah takdirkan. Demi cinta terhadap awak Kekanda tercinta, Jamilah Yahaya , hanya untuk awak :

Duhai kekanda , usah membisu... Mengapa kau bersedih?
Duahai kekanda , ku rasa sayu... Mengapa kau begitu ?
Dinihari petang menanti ku kesepian.