Sunday, March 27, 2011

STAR SYABIL the best ever!!!!

Alhamdulillah, segala telah berakhir dengan jayanya. Walaupun STAR SYABIL memperoleh tempat ke-4 dalam pertandingan, aku tahu mereka sebenarnya yang selayaknya menang. Namun, kenapa mereka x menang..? Haa, jawapan dia, Allah kan lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya. Mungkin ade hikmah di sebalik semua tu. Walaupun kemenangan sekolah lain di pertikaikan dan kekalahan kami seperti satu 'sentapan' yg berbisa, di akui kita tidak mampu melawan takdir Dia.Tapi, jangan kesal dgn apa yg terjadi sebab kita telah lakukan yg terbaik!
Redha dengan apa yang berlaku, dan kesian jgk aku tengok kekecewaan di wajah ustazah2 dan anak2 murid tersayang... Tapi, tahun depan still ade kan. ^^ So, berusaha!

Semangat yang di tunjukkan oleh diaorang sgt2 mengagumkan aku, rindu pula zaman2 sekolah dulu. Bagi kami dahulu, masuk bertanding adalah wajib, tapi menang adalah sekadar bonus, yang penting reward dari Allah dan penyertaan tu..hehehe. So, anak2 muridku tersayang, jangan bersedih dengan kekalahan kecil ini, insha'Allah 'bintang' korang yang sebenarnya akan lebih menyerlah di suatu hari. Akak sentiasa doakan, ops.. 'cekgu' sebenarnya.

Nak bagitahu pasal perasaan aku tyme tgok diaorang buat persembahan. Subahanallah, Maha Suci Allah yg telah mengizinkan persembahan mantop itu berlaku. Mereka telah lakukan dengan sangat terbaik! Aku senyum xputus2, bersyukur pada Allah. Suara solonya memang power, Razlan, en.music Champ, Penyajak Luncai, team yang best, Gurga, Toeyk, Bipop,opss..Pupap sebenarnya, Pendendang zikir Iman, dan Bdk Kecik 2 org lg tuu.. Gonna mish all of u guys.. T_T

Maaf dari hujung rambut ke hujung kaki andai cg pernah termarah korang, sakat korang lelebey ke kan. Tapi, sesungguhnya pengalaman bersama korang tidak akan pernah dilupakan. Insha'Allah jika di izinkan kita berjumpa lagi. Nanti datang Melaka beritahu la cekgu, boleh la makan chic.chop, suke la tu klo pasl makan, hahaha... Ingat, menang itu Anugerah, kalah bukan pengakhiran Dakwah... 

 
 


Mencari KETENANGAN Hati...

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. 

***************************************************
Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

***************************************************


Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!  
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!




sumber lanjut:gentarasa, ust pahrol juoi

Tuesday, March 15, 2011

Dengarkan wahai ADIKKU....



“Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja.”
Lalu ku berbicara; “wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki… menjadi ‘izzah’ yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata.”
Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi…

“Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia.”
Tersenyum  lagi diriku.

“Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun ‘Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun… wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa’ sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh.”
Adik masih x puas ati.

“Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??”

 “Wahai adikku sayang. Al-Haya’ itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya’ itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik… merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku… wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu.”
Adik garu2 kepala.

“Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bgaimna hendak adik kenali mereka? 

Tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.”Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wnaita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya… pd akhlaknya…
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku… jgn dikau cemuh wanita yg soleh itu… kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah… perasaan cinta pd ALLAH… Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka… Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara’ itu bermaksud menjaga.
Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara’. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa… ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam… Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini… Ditinggikan martabat golongan HAWA ini… Tapi sayang… golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan…
Wahai adikku… 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai… antara permata dan debu2 kilauan pasir. Wahai adikku… Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti.. . amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah… Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya.

Sebenarnya.. epal itu terlalu tinggi… elok sifatnya… sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya. .. Mungkin bukan di dunia… tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia… asalkan cinta ILAHI mengiringinya. .. tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak.”
Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??Hmmm.....Dan aku? Hanya manusia biasa… mampukah menjadi bidadari syurga? Wallahu’alam.

Sunday, March 13, 2011

Hati, bersabar & bertabahlah!

Minggu ini merupakan minggu yang agak mencabar bagi aku. Terkenang aku kembali pada matlamat hidup aku, berapakah lama lagi untuk aku menuai di dunia ini. Segala yang telah aku lalui amat menyesakkan, namun rahmat Allah itu luas. aku yakin pasti ada jalan yang terbaik ingin Dia tuntuni buatku. Maaf juga Allah kadang-kadang terlalu rapuh aku mengharungi cubaan dunia ini. Terkadang juga aku lupa akan segala nikmatMu. Maaf kan aku Allah...

Amanah sesuatu yang terlalu aku takuti, aku takut tidak mampu sepenuhnya.. namun aku harus tempuhi.. bukankah aku seorang khalifah?! Cabaran dalam mendidik adik-adik merupakan sesuatu yang sangat mencabar bagi aku. Lagi-lagi dlm menjaga adik perempuanku, sungguh sukar hanya Allah yang tahu. Dengan pelbagai kerenah tiap satunya sememangnya menuntut kesabaranku. Membina baitul muslim dalam kalangan keluarga, itulah hasrat aku.. Pengorbanan mak dan ayah masih belum terbalas, semanagt untuk membuat mereka tersenyum lega melihatku semakin berkobar-kobar.. Cinta ini buatmu mak ayah.

Pelajaran aku bertambah baik, namun kesihatan pula Allah semakin mengujiku. Aku percaya ada hikmah di sebalik ape yang berlaku ini. Tangisan xpernah pergi meninggalkan aku di saat sedih kerana nipisnya kekuatan hati menempuhi segala dugaan..Lemahnya kudrat sang hamba ini Allah...

Aku percaya di depan akan berganda ujian yang menantiku, Allah kan sangat menyayangiku. Matlamat utama adalah menuju syurga ilahi. Yang pasti masih banyak lompang ibadah belum aku lakukan, dan aku x akan berhenti selagi masih bernyawa. Hanya 1 yang aku pohonkan agar sisa hidup ini sentiasa di redhai Allah dan pilihan perjalanan ini di tutun olehNya.

Iya, dunia ini adalah ladang untuk akhirat sebagaimana  Rasulullah telah bersbda. Maka la tahzan, hatiku… bersabar & bertabahlah!

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah. Hendaknya setiap orang memperhatikan perbuatan yang kita lakukan untuk hari esok dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
(Al-Hasyr 59 : 18)


Biarkan cintamu berkata TIDAK!


Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah  benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta  yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana  batil,  tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.

Tidak! Cinta yang suci tidak buta.   Orang beriman tetap celik  walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka  masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang  mana baik, yang mana  buruk, yang mana halal dan yang mana haram sewaktu bercinta.

Namun sekiranya buta yang dimaksudkan  tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang  dicintainya (Allah)... ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang  beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada  Ilahi.

Pernah Sayidina Abu Bakar r.a. pernah  berkata kepada anaknya, "jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu,  aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!"

Mus'ab bin Umair  pula pernah berkata kepada ibunya, "jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa  itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa  oleh Nabi Muhammad."

Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi  bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah  iman. Cinta itu telah dikotori oleh  kehendak nafsu dan bujukan syaitan.  Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan  diikuti.  Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup  mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang  benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada "apa" atau  "siapa" yang dicintainya.

Kalau sudah cinta, kita  jadi "buta"  terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan  hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa  yang kita  cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik,  maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.

Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah  kejahatan atau orang yang jahat... kita akan diperhambai sentiasa kepada  kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun  ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan,  hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita?

Cinta Orang Mukmin

Orang  mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, 
ayat ke-165 : "Orang mukmin itu  sangat bersangatan cintanya kepada Allah."

Justeru, cinta orang mukmin itu "buta"  kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin  rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua  itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan  dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip "kami  dengar, kami taat" setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al-Quran) yang datang daripada Allah.

Apabila berdepan dengan cinta Allah,  segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan  kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang  membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh  badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga  telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak  berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.

Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib  saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu  Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa  saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha  Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah.  Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab  yang hanya Dia yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan  tidak beriman...

Betapa sedihnya hati Rasulullah saw   tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu  Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya  yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang  baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa?  Kerana  Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya  Rasulullah saw... tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata  tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!

Begitulah jua jalur cinta yang luar  biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan  Nabi Muhammad saw.  Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata "tidak" ketika  teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka.  Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan  keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.

Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim  as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah  berhala,  dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi  cintanya kepada  Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi  Muhammad s.a.w telah berkata "tidak" kepada cinta-cinta yang lain kerana  cinta mereka pada Allah. Lalu di manakah letaknya cinta kita?

Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu  kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah,  insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela  dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga  hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka  itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.

Marah biar kerana Allah. Justeru  kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita.  Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan  tidak... cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata.  Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itu akan kekal sampai  bila-bila...^^


Sumber:iluvislam
.

Friday, March 11, 2011

Bahaya X check HADIS sahih ataw tidak.... Jadi, berhati2lah!


"Hadis-hadis palsu seringkali digunapakai dalam amalan segelintir umat Islam yang perlu diperbetulkan malah wajar dibanteras penggunaan hadis tersebut dalam menghuraikan ajaran agama oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab menjadi lebih berleluasa. "


Kat ats n adalah petikan yg aku amek dri akbar mengenai bahaya hadis palsu niyh...

CONTOH HADIS PALSU #ELERT# !!!!!! :


1-أطلبوا العلم ولو بالصين
Maksudnya: “Tuntutlah ilmu pengetahuan itu walau di negeri Cina sekalipun”.(Hadis ini banyak dalam kitab, namun ulamak menghukumkannya maudu’)
Lihat Al-Samhudi. Al-Ghummaz min al-Lummaz.

2- أنا مدينة العلم وعلى بابها
Maksudnya: “Saya adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya”.(Ulamak menghukumkannya maudu’, walaupun ada sebahagian mereka menghukumkan doef)
Al-Bani. 2001. Silsilat al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdu’ah; Al-A’jluni. 1997. Kasyfu al-Khafa’ ; al-Suyuti. Al-Laali’ al-Masnua’h fi al-Ahadith al-Mauduah..

3- Hadith bermaksud: “Jika isteri berkata kepada suami belum pernah aku dapat merasa kebaikan darimu maka bererti gugur amalnya”.
Al-Bani. Silsilah al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdhua’h.

4- Hadith bermaksud: “Apabila masuk bulan Syaa’ban perbaikilah niat kamu kerana bulan Syaa’ban atas bulan lain seperti kelebihanku atas para nabi”.
Ibn H.ajar mengatakan bahawa Hadis ini mawdu’ kerana al-Saqt.-i, salah seorang perawinya terkenal sebagai pemalsu hadis dan pereka sanad (تركيب الأسانيد). Perawi-perawi lain dalam sanad ini sama sekali tidak pernah meriwayatkan hadis ini. Jadi jelaslah bahawasanad dan hadis ini adalah rekaan al-Saqt.-i. (Ibn Hajar. Abu Fadl Ahmad Bin Ali al-Asqalani. 1988. Tabyin al-a’jaib bima wurid fi fadl Rajab. Dar al-Kutub Ilmiah Bairut.).

5- Hadith bermaksud: “Dinamakan Syaa’ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak”.
Al-Bani. Silsilah al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdhuah. Jil 7

6- Hadis: “Barang siapa meringan-ringankan dan melalaikan akan sembahyang lima waktu yang difardhukan, disiksa oleh Allah dengan lima belas macam siksa. Enam siksa sewaktu di dunia ( semasa hayat ), tiga siksa sewaktu hampir ajalnya (matinya), tiga selama di kuburnya dan tiga siksa sewaktu berjumpa kelak dengan Tuhannya di hari berbangkit. Para Sahabat bertanya , apakah siksa yang didapatinya semasa di dunia, kata Nabi S.A.W.
  1. Hilang berkat umurnya.
  2. Hilang berkat rezekinya.
  3. Dihilangkan Allah tanda orang soleh pada mukanya.
  4. Tidak diakui ia masuk golongan Islam.
  5. Segala amal baiknya yang dikerjakannya tidak ia memperoleh pahala.
  6. Doanya tertolak.
Al-Zahabi. Muhammad Bin Ahmad Uthman. 1963. Mizan I’tidal fi naqd Rijal. Dar al-Ihya’ al-Babi al-Halabi Kaherah.

7- Kitab Dosa-dosa besar oleh Haji Abu Bakar Ya’qub, hlm 7. Poster-poster yang tergantung di dinding masjid.

8. حب الوطن من الإيمان

Maksudnya: “Cintakan negara separuh daripada Iman”
Al-Zahabi. Muhammad Bin Ahmad Uthman. 1963. Mizan I’tidal fi naqd Rijal. Dar al-Ihya’ al-Babi al- Halabi Kaherah.

9من جلس فى طلب العلم حر آباءه وأمه وجدهفى القبر

Maksudnya: “Sesiapa yang duduk menuntut ilmu seolah-olah dia membebaskan ibu bapa dan datuknya dari siksaan kubur”.
Al-A’jluni. Kasyfu al-Khafa’. Jil 1

10. Hadith bermaksud “Anak seorang yang hafiz boleh memberi syafaat 40 orang”.
Al-A’jluni. Kasyfu al-Khafa’. .

11. الفكرة نصف العبادة
Maksudnya: “Berfikir satu perdua daripada ibadah”.

12. Hadith bermaksud “Tiap isteri yang keluar rumah tanpa izin suaminya dikutuk oleh malaikat di langit dan apa saja yang dilaluinya selain manusia dan jin sehingga kembali ke rumah”.
Hadis ini dihukumkan palsu oleh beberapa ulama seperti Ibn Arra-q, Ibn T.a-hir al-Maqdis-i dan al-Muna-w-i. Sebabnya adalah kerana dalam sanadnya terdapat Ibra- h-im b. Hudbah, dia dituduh pendusta oleh Ibn Ma’in, Al-i b. Tha- bit dan al-Dhahab-i.(al-Kannani. 1981.Tanzi-h al-shari-ah. ; al-Muna-wi-. Abd Rauf Bin Taj al-A’rifin. 1972. Fayd. al-Qadi-r. Dar al-Ma’rifah Bairut.)

13. Hadith bermaksud “Barang siapa yang memenuhi hajat dari peminum arak, tak ubahnya ia meruntuhkan agama Islam”.
Hadith ini tidak ada asalnya, ternyata ia adalah mawdu’ kerana terdapat unsur-unsur mubalaghah.

14. Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W tentang fadhilat (kelebihan)sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan:

Malam 1 : keluar dosa-dosa
Orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 : berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitil Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf) serta batu-batu dan tanah- tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan nabi Musa serta menolong nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
Malam 9 : Allah mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 : keluar ia daripada dunia ( mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 : datang ia pada hari Qiamat dalam muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 : datang malaikat menyaksikan ia sembahyang terawih , serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakanya supaya Allah mengampunkannya.
Malam16 : Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.
Malam 18 : Seru malaikat :Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau ( yang masih hidup atau mati)
Malam 19 :Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-taip dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar).
Malam 23: `Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur.
Malam 24 : ` Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25: Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27: Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian siratol mustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30: Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali ,lalu ber Firman: “Hai hambaku : makanlah segala jenis buah–buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila,serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al- Kauthar”.
Terdapat tanda-tanda mubalaghah dalam hadith ini yang menunjukkan hadith mawdu’.

15.
من زار عالما فكانما زار بيت المقدس محتسبا وحرام لحمه وجسده على النار ومن أدرك مجلس عالم فليس عليه فى القيامة شدة ولاحساب

Maksudnya: “Sesiapa menziarahi orang alim seolah-olah ia menziarahi Baitul Maqdis hal keadaan mengira-ngira (untuk dapatkan pahala) ia dan mengharam oleh Allah akan dagingnya dan tubuhnya atas api neraka dan barang siapa mendapat ia akan majlis orang alim maka tiada atasnya kesengsaraan huru hara pada hari kiamat dan tidak dihisab”.[1]

16. Hadith bermaksud “Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadan bulan umatku”
Dalam sanad Hadis ini terdapat Al-i b. Abd Allah b. Jahdam al-Suda-’-i yang lebih dikenali dengan nama Ibn Jahdam, dia dituduh pendusta. Sedangkan beberapa perawi lainnya dalam sanad ini tidak dikenali, bahkan beberapa ulama Hadis mengatakan bahawa barangkali mereka belum lagi dilahirkan (لعلهم لم يخلقوا). Hadis ini telah dihukumkan palsu oleh Ibn al-Jawz-i, Ibn Qayyim, Ibn H.ajar, al-Suyu-t.-i dan lain-lain. (Ibn al-Jawzi-.al-Mawd.u-a-t; Ibn Qayyim. al-Mana-r al-muni-f. ; Ibn H.ajar. Tabyi-n al-a’jaib; al-Suyu-t.i-. al-La’a-li’ ).

17- Hadith bermaksud “Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga Firdaus. Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajjal di hari Qiamat. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka padanya lapan pintu syurga”.
Dalam sanad al-Bayhaq-i terdapat beberapa perawi yang dhoe’f, amat dhoe’f dan seorang yang dituduh meriwayatkan hadith palsu daripada perawi thiqah. Antaranya adalah Uthman b. Mat.ar, dia dhoe’f menurut Abu- Hatim, al-Nasa-’-i, al-Dhahab-i dan Ibn H.ajar. Abu- Salih. Abd al-Ghafu-r al-Wa-sit.-i, menurut al-Bukha-r-i mereka meninggalkannya dan hadithnya munkar (تركوه وهو منكر الحديث). Ibn A’diy berkata: Dia dhoe’f dan hadithnya munkar (ضعيف منكر الحديث). Al-Nasa’i berpendapat dia متروك الحديث. Ibn H.ibba-n pula      menyatakan bahawa dia meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi thiqah(كان يروي الموضوعات عنالثقات). Al-Bayhaq-i yang meriwayatkan hadith ini hanya mengatakan bahawa sanadnya dhoe’f, akan tetapi Ibn H.ajar yang kemudian diikuti oleh al-Kannani menghukumkannya dengan palsu. (al-Bayhaqi-. Abu Bakar Ahmad Bin al-Husayn Bin A’li al-Naisaburi. 1990. Fadh.a-’il al-awqa-t. Maktabah al-Manarah Makkah.; al-Haythami-. Nur al-Din Ali Bin Abi Bakar. 1982. Majma’ al-zawa-’id. Dar al-Kutub al-A’rabi Bairut; Ibn H.ajar.Tabyi-n al-a’jab; Al-Kannani. Tanzi-h al-shari-a’h; al-Dhahabi-Muhammad Bin Ahmad Bin Uthman. T. Tarikh.Mi-za-n al-I’tida-l. Dar Ihya’ al-Kutub al-A’rabi Mesir; Ibn H.ibba-n. Muhammad Bin Hibban Bin Abi Hatim al-Busti. 1975. al-Majru-h.i-n minal-Muhaddithin wa al-dhua’fa’ wa al-matrukin. Dar al-Wa’yi Halab.

18
أيما إمرأة كلحت فى وجه زوجها فهى فى سخطالله الى أن تضا حكمه وتسترضيه
Maksud “Siapa saja seorang isteri bermuka muram di muka suaminya, maka dia di dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang dan gembira kepada suaminya dan mohon kerelaannya”.
Hadith ini dihukumkan palsu kerana ia tidak terdapat di dalam sumber kitab-kitab hadith dan sanadnya tidak dijumpai.

Demikianlah beberapa hadis yang dipertikaikan telah tersebar dalam masyarakat kita. Banyak lg hadis2 yg palsu, sama2lah kita mengkajinya terlebih dahulu. Semoga kita semua terselamat daripada memperkatakan sesuatu hadis yg tidak di sebut oleh Rasulullah SAW.
Sekian Wallahu A’lam.
Di harap sahabat2 sy mengambil iktibar dan sentiasa berhati2 dalam mencari ilmu Allah..Semoga dengan usaha yang tidak seberapa ini sahabat2 dapat mengetahui status hadis-hadis yang disebarkan...
Ya Allah..Pimpinlah HambaMU ke jalan yg benar...
Sama2 kita perbaiki diri... ^^