Tuesday, October 30, 2012

Raya & Suprise :)

Akhirnya di bulan Oktober bersejarah ini aku di takdirkan pulang ke kampung halaman yang amat-amat ku rindui dan cintai. Sambut raya aidiladha di sana dan juga bercuti sekejap. Walaubagaimanapun, after this aku kene kembali melunaskan tanggungjawabku mencari rezeki. Wah, ayat nak sedih. Koya

Some of my memorable pic:

Fokus adalah terhadap lembu yg kene sembelih tu. Ok, memang meriah tahun ni sebab 7 ekor depan mata di korbankan. Punyalah ramai orang, x sia-sia aku beraya kat kampung.. [Ayat xboleh blah. =.=']

Now, dah hampir mau pulang ke Melaka, ramai member2 lama nak ketemu aku. Tp dengan jem yang tahap gaban di pantai timur itu telah menyebabkan niatku terbantut, haih.. Nak buat macamane xde rezeki. Member kawin pong xleh nak pegi.. waaaaa. :( Moral: Jangan buat majlis kawen time raye k. Seseorang aku harap datang ke rumah tidak kunjung tiba, maybe bukan waktunya lagi. ^^ Apapun, aku tetap bersyukur kerana berkesempatan berada in my home sweet home!


SUPRISE !!! lah konon..haha.


Suprise bestday perancangan adikku , iaitu Datin Zara, Spy Gurlz Eika n Tukijan.. Heyyy, sangat berahsia dorang nih. Sampai terpinga2 aku dan part yang x best aku sakit perut hari tu. Untuk tidak mengecewakan mereka aku cuba tersenyum sambil menahan kesakitan perut yang maha hebat. Maaf Mak, xdapat merasa Nasi Minyak spesel yg mak buat. Fyi, mereka sambut atas boat ok. Mane dapat link utk sume tu pon xku xtahu. Hadiah yang kamu2 semua bagi tu tidak ternilai dari diri kamu masing2 wahai yg tersayangku. So romantik n sweetest moment ever! Thanks everyone. ;'). I Love u~

Organiser yg cun melecun. ^0^


Semangat tuh . Haha ~

My Salt Bestday Cake~ hahaha.


Baiklah, inilah coretan kisah menarik sepanjang pulang ke kmpung. Pic banyak lagi tapi nanti menyampah lak kamu sume nengoknye. Haha. Alhamdulillah. Sungguh aku bersyukur mempunyai keluarga seindah ini. <3



Tuesday, October 23, 2012

Selamat Hari Lahir Cik Her :)


Terima kasih buat Ibu & Ayah, Family n sahabat yg mendoakan. Amin~



Ya Allah makbulkan doaku. :)

Saturday, October 20, 2012

Sesuatu.

Sudah lama rasanya tak mencoretkan apa-apa berkaitan diri di laman sesawang berbentuk blog ni, hehe. Entah, mana arah kekuatan yang telah menyebabkan gerak tangan ku ini laju aje hendak menulis. Apapun di harap perkongsian ini tidak menyentuh sensitiviti sahabat diluar sana.

Subahanallah, jujur aku katakan sepanjang tahun ni pelbagai perkara suka dan duka aku tempuhi. Tapi sangat ajaib, setelah ianya berlalu barulah aku lihat kehebatan hikmah di sebalik apa yang berlaku. Gadis sepertiku yang ala-ala rock la konon ni telah berdepan dengan banyk situasi-situasi besar~menyebabkan aku banyak berfikir dan mulai menghitung arah tuju ku di kemudian hari.



Tidak langsung menjurus ke arah bab kehidupan juga, bab perasaan ku kira amat rapat malahan amat besar pengaruhnya dalam hidup aku. Sejak bila ianya berlaku aku pun sukar memahaminya. Yakin segala-gala yang berlaku atas keizinan Allah. Cuma Allah merahsiakan masa depan adalah di sebabkan Dia ingin melihat aku berusaha dan terus berusaha.

Petikan ini tepat menggambarkan  perasan perasaan ku:

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.
Jika takdir Allah menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya.
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya.
Kita tetap akan bersama dirinya.
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan...
akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, Insya-Allah.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah Allah S.W.T ♥
Berbalik kepada tajuk yang tetibe terpampang di atas.. Sesuatu, ya aku merasakan ada sesuatu yang berat akan aku lalui, berat sehingga menggetarkan seluruh jiwaku, sesuatu yang akan bakal merubah segalanya. Sesuatu yg kuharap dapat menyinariku. Amin ya Allah. [K, dah. Xblh lelebih..huhu]Aku sebenarnya sedang berperang dengan perasaanku, antara membuat pilihan hidup mati, membuat pilihan dunia dan ukhrawi. Pilihan sang khalifahku. Seperti sang puteri menunggu sang putera, aku sangat yakin dengan takdir sang pencipta Dia sedang aturkan yang terbaik. Paling tepat menggambarkan hatiku kala ini:-


Ya Allah
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi

Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah! Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buat ku
Kerana Kau tahu segala isi hati aku

Ya Allah
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan untukku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
dan peliharalah diriku daripada kekecewaan

Ya Allah
Berikanlah diriku kekuatan
Melontarkan bayangannya ke dada langit
Agar ku rasa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tak sama dengan dirinya
Seandainya dia datang menemuiku
Cinta itu adalah cinta sejati dan satu
Seandainya dia tidak datang menemuiku
Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi..

Ya Allah
Pasrahkanlah apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Kerana Engkau maha mengetahui
Bahagia yang terbaik untuk hambamu ini...

Baiklah, sekarang bercerita pula mengenai perancangan aku selepas exam, aku ingin kembali berkarya. Melukis dan start mengumpul kembali koleksi lukisan [setelah semua lukisan ku musnah dek air , T.T~] Yeah! Berusaha Cik Her ,dah tua da aku rupa2 nya. Haha. Walaubagaimanapun, setiap kejadian yang berlaku kat aku sepanjang tahun ni akhhirnya membuatku tersedar bahawa hidup harus terus memandang ke depan dan jangan pernah memberhentikan langkah perjalanan. ^_^

Thursday, October 11, 2012

Karma.


Benar belakalah kata sang pujangga,
Tatkala dulu jika kau purnama...
Dengan redup pandang kau melihat  pungguk-pungguk menagihmu~
Tatkala dulu  jika kau bunga berwarna pawana...
Dengan hairan kau melihat sang kumbang berlari-lari menginginkanmu~
Tatkala dulu jika kau permata yang terbilang...
Dengan segala rimas kau ingin menepis emas dan perak yang cuba merapati~

Namun, hidup ini karma teman.
Apa yang bakal kau lalui selamanya tidak akan sama.
Dunia ini ada pasang surutnya, ada roda berputar berlawanan arah, ke atas dan ke bawah.
Ianya berputar, dan biarkan berputar.
Turutkan kata hatimu dengan sayup bisikan cinta Ilahi.
Kelak pasti kau tersenyum sendiri.
Bahagia dalam redha tak bertepi.
Derita sudah berlalu pergi~
^_^







Puisi yg aku coretkan da lama, 
hari ni baru jumpa dlm buku Tilawah.
0 Allah,  thank you.

Tuesday, October 9, 2012

Nak hilangkan rasa sedih? Hmm ~



Latih minda lupakan kenangan pahit ~
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Buang sikap risau ~
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

Belajar bersyukur ~

Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahupun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunyai hanphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.

Jadilah pemaaf ~

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.

Ketawalah dengan suasana~

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan anda boleh ketawa?

Ubah fikiran ~
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Keraskan hati~

Maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu, ataupun anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri anda. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya. Paling penting, perbanyakkan membaca qur'an dan sentiasa memikirkan sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.

I  <3  ALLAH.

Redakan sesakku ~


Berat angin yang melalui ronggaku ini.
Seperti separuh dari jiwaku telah hilang melayang,
pergi bersama semangatku~ Dalam sedar aku kehilangan...

Bukan benci, namun berhati-hati. Kau juga masih samar-samar.
Silau dengan cahaya yang memancar.
Aku tahu sinarku bukan seperti sinar sang mentari yang lain.
Aku redup dan tidak berkaca seperti yang lain.
Kerana takdir bukan padaku.

Ini yang terbaik agar kita tidak terjatuh.
Beri aku kekuatan ya Allah,
hapus segala rasa ini
hapus segala resah ini
hapus segala dilema ini
hapus segala keraguan ini
hapus segala rindu ini
hapus segala cinta ini
hapus segala sisa air mata ini
hapus segala derita ini
hapus segala duka ini
hapus segala perih ini
hapus segala lemah jiwa ini...
Gantilah dengan manisnya cintamu Allah....

Sesuatu yang aku sayang terpaksa jua ku layarkan..
Harap ia akan ke destinasi bersama mentarinya.
Aku akan tersenyum di sini menunggu bahagianya.
Sedar, perit bagiku. Pedih baginya... Luka telah kuhulur.

'Namun, ia tidak akan selamanya..  masa adalah ubatnya..'
'Jika ada jodoh, maka kau akan bersamaku nanti. Jika tiada aku relakan kau pergi..
Selamanya kita akan bersahabat'

Itu pernah kau ucap padaku. Suatu ketika dulu.
Apa yang mampu ku lakukan adalah mencari kekuatan,
Andai tersurat kau jodohku, kita pasti bersama juga.
Andai kau bukan jodohku, kau sahabat terbaik selamanya.
Pemilik rusukku, demi sejati cintamu.
Akan aku pelihara segala cinta ini buatmu.
Bakal suamiku, semoga Allah cepat pertemukan aku denganmu...
Insha'Allah.