Sunday, February 20, 2011

Suburkan Cintaku...


Ya Allah, dengan izinMu,
Telah banyak yang aku lalui
Hingga pernah resah jiwa ini
Hingga pernah gelisah hati ini
Cinta dunia pernah merantai hati
Walau tidak pernah kuzahiri
Dalam sederap langkah perjalanan hidupku

Jika dulu telah Engkau izinkan
Aku merasai kehangatan kasih dalam alpa
Jika dulu Engkau benarkan
Aku menikmati rindu adam kepada hawa
Jika dulu Engkau biarkan
Aku di dalam bahagia yang sementara
Cukuplah wahai tuhanku!

Kerana di sebalik semua itu
Aku pernah kehilangan cintaMu
Pernah gersang jiwaku
Pernah tandus imanku!
Derita itu merobek ketenanganku
Hatiku yang telah retak semakin retak
Solatku tiada lagi khusyuknya
Rukukku tiada lagi ikhlasnya
Sujudku bersama fikiran yang melayang entah ke mana
Tahajjudku sudah tiada serinya
Munajatku sudah hilang air matanya!
Imanku longlai untuk berkata-kata!


Dan Ya Allah
Setelah semua itu aku lalui
Dengan penuh susah, jerih dan payah
Kugagahi jua langkah lemah ini
Berbekal harapan yang tidak pernah mati
Akhirnya kutemui cintaMu yang hakiki
Manisnya kurasai
Bahagia dan ketenangan abadi!

Bersama setiap sedutan nafas
Beriramalah tasbih, tahmid dan takbir
Hati ini bahagia dengan mengingatiMu
Hati ini derita bila melupaiMu
Engkaulah Kekasih dan cinta hatiku
Sekalipun tidak
Aku berasa kecewa kerana dikecewakan
Bahkan hati yang retak kembali pulih
Hati yang merana kembali damai
Hati yang sirna kembali menyinar!

Syukurku padaMu tuhan!
Atas segala kurniaan
Nikmat rasa cinta yang cuma sedikit padaMu ini,
Jangan Engkau lenyapkan,
Jangan Engkau kuburkan
Tapi, suburkanlah cintaku padaMu tuhan!
Biarkan hati ini
Terus mengharap, berpaut dan bergantung padaMu
Kurniakan kepadaku
Sekeping hati yang kuat
Agar ia terus hidup di dalam cahayaMu
Selamanya!

(Sumber: note FB sahabat)

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul.. Hari Kelahiran Baginda Rasulullah yg tercinta.. ^^


Maulidur Rasul  adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada 12 Rabi'ul awal 1432 H sempena kelahiran Nabi pada hari selasa bersamaan dengan 15 Februari 2011 M .Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Wahai kekasih Allah, mohon syafaatmu di akhirat nanti.Sayup terdengar pujian alunan memujimu, "Ya Nabi salam ‘alaik, Ya Rasul salam ‘alaik, sholawatullah ‘alaik…" membuatkan ku rindu padamu... Tarikh keramat pada tahun ini: 
12 Rabi'ul awal 1432 H
15 Februari 2011 M

 

Saturday, February 12, 2011

Nabi Muhammad...



Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, 
dialah pemberi khabar gembira...


Terjemahan: Binnabil huda (UNIC)


 

Tuesday, February 8, 2011

Alhamdulillah... Terima Kasih Sahabat!

Terima kasih buat sahabat saya, Khai yang baik. Di sebabkan ketiadaan masa, putera saya tertinggal nun jauh di sana, beliau telah menolong saya mengambil putera saya : 
Jam kesayangan saya!


*****************************************


Terima kasih sekali lagi buat sahabatku juga kerana hadiah yang berharga buat saya, iaitu buku idaman saya berjudul Di mana DIA di hatiku. Subahanallah, sungguh hebat pengertian dan ulasan di dalam buku karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi ni. 


Semoga ALLAH menuntunku menjadi hamba yang beroleh keredhaan dan CINTANYA.. Amin.

Hanya Allah yang akan membalas segala jasamu sahabat!




Terkenangkan sahabat2 jagung manisku, saya terlalu merindui mereka. Harap-harap cepat bersua, berbicara mengenai perkara yang indah, semangat yang indah, ukhuwwah yang indah, segala-galanya. Yang pahit itu perit, namun rasa itu terlalu istimewa. Kenangan semalam masih terasa benar manisnya erti sebuah perjuangan.Terima kasih Allah!

Saya menyayangi kalian kerana ALLAH....


Monday, February 7, 2011

Pelupa! Jauhkan sifat ini ya ALLAH...

Kadang-kadang kita kita sering terlupa untuk melakukan sesuatu perkara yang kita perlu lakukan. Ini kerana manusia itu seorang yang pelupa. Saya sendiri pun kadang-kadang sering terlupa untuk melakukan kerja-kerja yang perlu dibuat ataupun berjanji dengan kawan-kawan. Banyak sebab terjadinya penyakit lupa ini. Antara penyebabnya adalah:
  • Makan kepala ikan. Memakan kepala ikan akan membuatkan fikiran anda menjadi lembab dan sering kali mudah lupa akan sesuatu perkara.
  • Makan organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan. Apa yang membuatkan makan organ dalaman adalah tidak bagus untuk tubuh kita terutama sekali untuk otak adalah kerana kandungan darah yang banyak dalam organ dalaman tersebut.
  • Makan secara berlebihan. Janganlah memakan secara berlebihan. Makan hanya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Itu adalah sunnah nabi yang perlu kita semua ikut. Jika anda suka memakan secara berlebihan ia akan membuatkan anda terlalu kekenyangan dan membuat otak anda tidak dapat berfikir dengan baik.
  • Memakan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan anda menjadi lemah. Elakkan dari memakan makanan yang tercemar oleh semut kerana ia boleh melemahkan daya ingatan anda.
  • Suka minum air antara suapan makan anda. Kalau anda ingin meminum air minumlah sebelum atau selepas makan. Mengamalkan meminum air antara suapan tidak elok untuk kesihatan anda.
Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan anda menjadi seorang yang mudah pelupa. Disini saya ingin menerangkan apakah pula keburukannya jika anda seorang yang pelupa. Keburukan penyakit lupa adalah:
1) Orang akan mula benci kepada anda. Ini boleh terjadi sekiranya anda selalu berjanji apa-apa perkara dengan orang lain tetapi anda seringkali memungkiri janji anda. Kalau hanya sekali dua anda lupa itu adalah perkara biasa. Tetapi jika anda selalu melupai janji dengan orang lain maka orang akan mula meluat dan membenci anda.
2) Kerja yang dilakukan tidak sempurna. Anda melakukan sesuatu kerja tapi kerja itu lambat atau tidak siap langsung oleh kerana anda terlupa untuk menyiapkannya. Sikap pelupa ini akan menyebabkan kerja yang anda dilakukan tidak dapat disiapkan mengikut masa yang yang sepatutnya anda disiapkan.
3) Menjadi seorang yang pemalas. Orang yang pemalas itu adalah orang yang pelupa. Mereka lupa yang sifat malas situ sifat yang buruk. Jika anda seringkali lupa untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya anda lakukan ia menyebabkan anda hanya duduk berehat sepanjang masa kerana anda lupa akan kerja yang sepatutnya anda lakukan. Lama kelamaan anda akan betul-betul menjadi seorang yang pemalas sekiranya tidak mengubah sikap anda.
4) Menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain. Apabila anda sering lupa dengan janji yang anda telah buat dengan orang lain ini boleh menyusahkan diri anda kerana anda tidak akan dipercayai oleh orang itu lagi. Jika selepas ini anda mahu meminta tolong dengan orang itu lagi untuk apa-apa perkara penting orang itu mungkin tidak mahu lagi menolong anda kerana anda seorang yang boleh dianggap penipu.
5) Akan mendapat dosa. Orang yang memungkiri janji adalah ciri-ciri orang yang munafik. Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. Empat sifat itu ialah apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkirinya dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. Janganlah kita tergolong dalam mana-mana ciri pun kerana akan mendapat dosa nanti.
Jadi sifat pelupa itu memang perlu dijauhi kerana ia mempunyai banyak keburukannya. Sikap pelupa itu akan menghilangkan perkara-perkara baik dalam kehidupan kita. Sama-samalah kita menjauhinya supaya kita semua tidak tergolong dalam ciri-ciri orang munafik.
T_T....Ya Allah, selalu sgt yhe terlupa sesuatu perkara. Maafkan kelalaian hambamu ini.. Di sebabkan perangai buruk yg ada dalam diri saya ini mohon sahabat saya akan memaafkan, saya akan berusaha untuk berubah. Allah, bantu hambamu ini...

Tuesday, February 1, 2011

Pergolakan Mesir...T_T, di manakah kekandaku???

Hati sangat risau, hanya Allah yang mengetahuinya. Sungguh tidak keruan mengenangkan nasib kakak tersayang di bumi mesir yang di landa pergolakan politik, huru hara sedang berlaku. Berita yang aku ikuti menambahkan resah, semua jenis talian di sekat. Komunikasi terputus. Bagaimana harus menjelaskan pada mak, ayah, tokwan & semua famili kat kampung. Allah tolong... selamatkanlah kekandaku.

Allah..
hanya padamu kami berserah...

Jika beginilah keadaan aku, tentulah sama keadaannya bagi keluarga di malaysia yang mempunyai anak di Mesir. Bersabarlah, moga Allah melindungi.... -_-



إِنَّ رَبِّيَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ ،
مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأُ لاَ يَكُونُ لاَ حَوْلَ ،

وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ،
أَشْهَدُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ،
وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا،
أَعُوذُ بِالَّذِي يُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الأَرْضِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ رَبِّي آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Maksudnya : Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung, .Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung.Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu.Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.



(sumber:http://darussyifaipis.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-diri-keluarga.html)

Info mengenai perkembangan di MESIR:
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/