Friday, March 15, 2013

Air Muka Dalam Komunikasi silang budaya :)

Ianya boleh diterjemahkan sebagai lambang kepada perasaan dalaman seseorang yang diluahkan dalam bentuk mimik muka yang lebih di kenali sebagi air muka. Tidak semua air muka dapat dibaca oleh individu lain tetapi kebanyakan air muka yang ditonjolkan adalah sama sekali memaparkan perasaan dalaman seseorang yang tidak terluahkan. Hal ini demikian kerana berikutan beberapa faktor iaitu keadaan dan situasi yang berlaku dlam kalangan persekitarannya menyebabkan individu terbabit sukar untuk menterjemahkan melalui lisan. Antara contoh air muka:



Komunikasi Silang Budaya

Komunikasi ialah pemberian makna kepada perilaku iaitu apa yang diperhatikan. Budaya 
akan membentuk perilaku seseorang yang akhirnya terus menjurus ke dalam proses komunikasi. Komunikasi adalah dinamik iaitu terus berlangsung dan selalu berubah-ubah. Komunikasi adalah interaktif antara sumber dengan penerima dan ia adalah suatu penghubung antara interaksi manusia dengan manusia laninnya. Dalam proses komunikasi, sumber dan penerima membawa latar belakang dan pengalaman masing-masing. Salah satu pihak akan cuba mempengaruhi pihak yang lain. Komunikasi tidak dapat ditarik balik malahan ianya akan diingati serta menjadi suatu sejarah. Contohnya, penerima telah menerima pengaruh dari mesej yang dihantar oleh sumber dan dipengaruhi olehnya. Maka, pengaruh tersebut adalah tidak dapat ditarik balik. Komunikasi berlaku dalam konteks fizikal dan sosial. Konteks fizikal terdiri daripada keselesaan dan kenyamanan tempat komunikasi berlaku. Dimana tempat dan suasana ketika komunikasi tersebut berlangsung. Manakala konteks sosial pula ialah hubungan sosial antara sumber dengan penerima sama ada kawan dan musuh, guru dan murid, doktor dan pesakit dan sebagainya.


Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai. Komunikasi ini  berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial. Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain. Orang yang menghasilkan mesej dan orang yang mentafsirkan mesej terdiri daripada individu yang berlainan budaya. Identiti sosial antara pemberi komunikasi itu juga  adalah berbeza. Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan padangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan. Pandangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah sukar diubah. Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah. Sistem kod terdiri daripada verbal dan bukan verbal. Contohnya, elemen, struktur, proses psikologikal dan sosiologikal akan mempengaruhi tafsiran terhadap sesuatu kod. Apabila kita berinteraksi dengan orang lain, kita akan bentuk tanggapan diri kita terhadap orang tersebut dan orang tersebut juga akan membentuk tanggapannya terhadap kita. Dan disini air muka amat memainkan peranan penting selain daripada penilaian pertama mereka terhadap penampilan diri kita. Hal ini sangat berkait rapat dengan perwatakan dalaman dan renspon kita terhadap orang yang sedang kita berinteraksi. Perlambangan orang yang sedang berinteraksi boleh jadi negatif atau positif berdasarkan mimik muka atau air muka yang kita tonjolkan.

Menurut Sarbaugh apabila kita bercakap ia didefinisikan sebagai komunikasi silang budaya. Seperti yang telah diterangkan sebelumnya, komunikasi silang budaya ialah komunikasi antara dua atau lebih individu yang mempunyai latar belakang, identiti yang berbeza dan mereka memaparkan identiti sendiri dalam proses komunikasi. Semua komunikasi ada unsur silang budaya hanya sama ada ia pada tahap yang tinggi, sederhana atau rendah. Komunikasi sangat berbudaya ialah komunikasi di mana tahap perbezaan budaya adalah sangat tinggi. Komunikasi kurang berbudaya ialah tahap perbezaan budaya yang rendah, ini bermaksud dalam kalangan masyarakat itu sendiri tidak mempunyai pelbagai kebudayaan yang terlalu banyak serta sangat kurang adat resamnya.

Bagi mendalami secara lebih terperinci dan secara praktikal kita dapat lihat melalui contoh komunikasi silang budaya ialah interaksi pelajar Kemboja dengan pelajar Melayu dari Kuim sebagai antara bangsa, interpersonal dalam konteks pendidikan. CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka. Seorang pelancong Indoneasia berurusan dengan pegawai imigrasen di pejabat imigrasi Malaysia. Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn Bhd bermesyurat dengan ahli lembaga pengarah Hicom Sdn Bhd. Lembaga mesyurat terdiri dari oang Malaysia, Orang Jepun, Orang Kanada dan Orang UK. Jad segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimun jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat. Mencakupi juga dalam pergaulan sosial mereka jika air muka yang dilemparkan adalah positif dan menyenangkan jadi segala urusan akan lancar tanpa sebarang konflik. Budaya meliputi pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, nilai, sikap, agama, waktu, peranan, hubungan yang diperolehi oleh sekelompok besar orang dari generasi ke generasi melalui usaha individu dan kelompok.  Budaya terdiri daripada budaya objektif dan subjektif. Budaya obejektif ialah budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti. Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat reasam, makanan dan bentuk rumah. Budaya subjektif ialah budaya dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti. Contohnya, keprcayaan dan nilai amalan. Budaya adalah kompleks dari segi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum, adat istiadat dan kebiasaan. Jadi peranan air muka dalam konteks kebudayaan jika diperhatikan adalah amat berkait rapat dengan kepandaian kita dalam menjaga air muka bagi menjaga keharmonian sejagat. Walaupun ianya seperti remeh namun air muka adalah salah satu yang menyumbang terhadap keberkesanan komunikasi yang berlaku.

Fokus komunikasi ialah peranan dan pengaruh budaya ke atas komunikasi iaitu budaya mempengaruhi cara kita berkomunikasi serta cara kita mempamerkan air muka dalam keadaan tertentu dengan bijak. Budaya sama ada ialah perilaku atau sesuatu yang muncul semula jadi, dijaga dan diubahsuai. Respon terhadap budaya terdiri cara berkomunikasi, keadaaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa serta perilaku bukan verbal. Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat. Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi. Komunikasi terikat rapat dengan budaya. Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan berbeza. Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang. Nilai yang dipegang akan membentuk tingkah laku yang akhirnya akan “terbawa” ke dalam proses komunikasi serta akan mempamerkan reaksi ketika kita berinteraksi dan inilah yang dinamakan air muka. Perilaku dalam komunikasi dibentuk berdasarkan budaya yang dimiliki ini menunjukkan bahawa perilaku terikat dengan budaya.

Budaya bersifat kompleks, abstrak dan luas yang akan menentukan perilaku seseorang. Setiap komunikasi mengandungi potensi komunikasi antara budaya kerana kita selalunya mengamalkan budaya yang berbeza dengan orang lain walaupun perbezaan itu hanya sedikit. Silang budaya ini juga akan mempengaruhi cara kita berinteraksi serta cara kita mempamerkan air muka tertentu. Komunikasi berkonteks tinggi bagi mereka yang berbudaya konteks tinggi. Maka, gaya komunikasi yang diamalkan adalah tidak langsung dan terdapat maklumat tersirat atau lebih daripada satu maksud pada satu mesej. Hal ini akan menimbulkan kecelaruan dalam penyampaian mesej itu sendiri serta menyebabkan air muka kita berubah-ubah. Tumpuan komunikasi berkonteks tinggi adalah kandungan  tersirat yang ingin disampaikan. Contohnya intonasi, isyarat badan dan persekitaran. Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia dan Indonesia. Komunikasi berkonteks rendah diamalkan oleh masyarakat yang berbudaya konteks rendah. Ia fokus kepada apa yang dinyatakan secara lisan. Komunikasi adalah jelas, tepat dan terus terang. Mereka memaksudkan apa yang dikatkan dan menyatakan apa yang mereka maksudkan. Sekiranya tidak setuju dengan sesuatu, mereka akan menyatakan tidak secara terangan tanpa berkias atau hanya menunjukkan isyarat setuju melalui bahasa badan atau mimik muka. Contoh negara yang mengamalkan komunikasi konteks tinggi ialah Amerika Syarikat, Australia dan German.

Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang timbal balik. Samaada timbal balik ini berlaku dalam bentuk negetif atau sebaliknya adalah cara kita berkomunikasi serta cara kita menjaga air muka kita dalam berkomunikasi tersebut. Budaya terdiri daripada sebahagian perilaku kita dan komunikasi akan menentukan, memelihara, mengembangkan dan mewariskan budaya kita. Menurut Hall, “culture is communication, communication is culture”. Ini menunjukkan bahawa komunikasi adalah dua hala. Apabila budaya seseorang berbeza maka, sistem nilai yang dipegang akan turut berbeza. Cara komunikasi kita adalah bergantung kepada budaya kita iaitu bahasa yang digunakan, aturan serta norma. Jadi jika kita melihat di Malaysia norma atau adat yang di pegang sangat lembut dan santun ianya juga mempengaruhi kita dalam mempamerkan air muka itu sendiri secara tidak langsung. Kebanyakan anak-anak yang terdidik dengan kesantunan ini akan manis tersenyum dengan tetamu yang datang bertandang kerumah keranan menjaga air muka ibu bapa. Budaya inilah yang menjadikan komunikasi silang budaya akan lebih harmoni kerana terjaganya air muka maka interaksi yang berlaku juga akan lancar dan harmoni. Contohnya, orang Amerika biasanya bertegur dengan orang yang tidak dikenali. Manakala, orang Malaysia hanya bertegur dengan orang yang dikenali sahaja. Perbezaan cara teguran mengambarkan budaya antara mereka berbeza serta air muka iaitu senyuman yang dilemparkan juga hanya pada yang dikenali sahaja menyebabkan jaringan budaya di Malaysia tidak begitu meluas seperti di barat. Komunikasi berbudi bahasa diamalkan dalam kalangan orang Asia. Orang Asia menjaga harmoni. Orang Melayu berbudi dan berbahasa adalah sangat penting. Ini ditujukkan menerusi kesan kepada cara komunikasi.

Budaya juga ditunjukkan menerusi komunikasi verbal dan bukan verbal. Contoh komunikasi verbal ialah penggunaan bahasa yang sesuai dengan status dan pertalian antara sumber dan penerima. Penggunan panggilan hormat seperti encik, pakcik, mak long dan sebagainya. Orang Asia lebih menjada kedudukan hieraki, air muka orang lain dan teguran. Cakap kasar dan menyampuk adalah dilarang. Contoh komunikasi bukan verbal seperti penggunaan warna kuning oleh Sultan, pakaian kebangsaan dan sebagainya. Walaubagaimanapun segala komunikasi yang berjalan adalah seiring dengan penjagaan air muka bagi seseorang . Jadi kepentingan air muka dalam berinteraksi adalah menentukan proses penyampaian itu terjadi dengan lancar ataupun tidak. Malahan ianya adalah menjadi kesan yang besar bagi mereka yang berjaya menyampaikan komunikasi beserta dengan air muka yang sewajarnya. Ia akan menggambarkan keseluruhan pencapaian matlamat komunikasi itu, samaada baik atau sebaliknya. Malah dengan keputusan daripada itu juga menyebabkan sesuatu pendamaian atau konflik akan wujud. 

Risiko dalam komunikasi – Budaya dan Air Muka

Perbezaan budaya akan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan berlakunya salah faham. Salah faham akan menyebabkan proses komunikasi tidak dapat dijalankan dengan lancar. Terdapat budaya bangsa tertentu yang kaya dengan bahasa bukan verbal. Hanya bangsa itu sahaja mengamalkan bahasa verbal tersebut dan ini berbeza dengan budaya bangsa yang lain. Dalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu. Masyarakat di Timur khususnya di Jepun, kurang menggunakan sentuhan terutamanya antara lelaki dan wanita. Malah, pandangan mata secara terus juga dianggap tidak sopan kerana tidak merendah diri iaitu, asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun. Berbeza pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya seseorang itu tidak melakukan pandangan mata beliau dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan. Contohnya, seorang pelajar Korea sedang sibuk dengan belajar kerana akan menghadap peperiksaan pada kesokannya. Kebetulannya ketika dia sedang belajar, rakanya seorang Melayu Malaysia datang. Dia memberitahu orang Melayu Malaysia bahawanya sibuk lalu tutup pintu. Dalam budaya Korea, komunikasi yang diamalkan lebih terus terang berbanding Malaysia. Dari pandangan Malaysia, walaupun sibuk tetapi seharusnya menyambut tetamu juga. Gaya komunikasi yang diamalkan adalah tidak terus terang. Ini akan menyebabkan salah faham orang Melayu Malaysia terhadap orang Korea dan menganggap dia seorang yang tidak peramah. Tarik muka akan berlaku serta akan menimbulkan konflik, hal ini secara langsung tidaka akan melancarkan komunikasi diantara mereka.



Etnosentrik ialah memandang budaya sendiri sebagai pusat bagi sesuatu perkara lain yang dinilai berdasarkan rujukkan kelompok sendiri. Ketaksuban sebegini boleh menghalang komunikasi yang positif kerana telah wujud pelbagai andaian negatif terhadap kelompok suatu bangsa lain. Selain itu, individu yang etnosentrik akan cenderung bersifat angkuh dan tidak ragu-ragu memperkecilkan suatu kelompok masyarakat yang lain. Ini sudah tentu tidak dapat membantu menghasilkan satu komunikasi silang budaya yang berkesan.  Etnosentrik dalam diri seseorang akan menyebabkan kesukaran kita dalam proses memahami komunikasi orang lain sebab bahasa dan nilai yang berlainan. Tiada keserasian dalam budaya akan meningkatkan halangan komunikasi silang budaya. Contohnya pengetahuan budaya sendiri dan orang lain, sensitiviti budaya, nilai budaya, dalam kumpulan dan luar kumpulan, ketidakpastian, prejudis dan stereotaip. Pengetahuan budaya akan menentukan pengaruh budaya ke atas komunikasi. Kita selalunya menggangap budaya kita sama dengan orang lain. Kita akan menggunakan budaya sendiri sebagai standard untuk mengukur budaya orang lain.

Perbezaan linguistik yang begitu ketara boleh mmenyukarkan sesuatu komunikasi. Seringkali pula berlaku salah faham dan kekeliruan yang menimbulkan masalah. Penggunaan suatu bahasa global yang diketahui ramai mungkin membantu tetapi masih terhad sekiranya tahap penguasaan bahasa Inggeris antara pihak yang sedang berinteraksi jauh berbeza kefasihannya. Hal ini akan menyebabkan pihak yang satu lagi akan berkerut-kerut memandang anda menandakan ketidakfahaman yang berlaku.  

Apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam proses komunikasi adalah disebabkan perbezaan budaya. “Mindset” yang terdapat pada seseorang akan membawa cabaran pertembungan kepada sikap, pengharapan dan gaya komunikasi. Malahan air mukanya juga akan turut dipengaruhi oleh cara seseorang itu berfikir. Stereotaip ialah pandangan sekumpulan orang, objek atau peristiwa secara luas berdasarkan satu budaya. Maklumat yang digunakan untuk menilai seseorang adalah terbatas kerana hanya merujuk kepada budaya sendiri. Contohnya, orang Yunani distereotaip sebagai orang yang suka menipu atau mencuri milik orang lain. Di Malaysia, wujud stereotaip bahawa orang Melayu pemalas, orang Cina tamak dan orang India suka memutarbelitkan fakta. Stereotaip menyediakan tafsiran psikologi yang negatif apabila berhadapan dengan bangsa yang berbeza. Norma adalah panduan menjalankan kehidupan yang diterima secara konvensional oleh segenap masyarakat. Kegiatan yang melanggari norma masyarakat akan menerima risiko dikenakan hukuman undang-undang yang berat dan juga didiskriminasikan oleh masyarakat setempat. Tingkah laku yang berasaskan adat resam juga suatu yang diterima oleh segenap pengamal amalan tersebut khususnya bagi satu-satu bangsa. Perbuatan yang menyimpang dari adat resam yang diamalkan dianggap tidak menghormati amalan tradisi suatu bangsa. Sama juga halnya dengan tuntutan moral. Setiap agama amat menitikberatkan pegangan moral penganutnya. Terdapat garis panduan yang jelas tentang apa yang dianggap bermoral dan apa yang dianggap tidak bermoral. Justeru melanggari tuntutan sedemikian, akan dengan mudah dilabel sebagai tidak bermoral. Air muka yang membuatkan orang lain rasa terhina juga bukan merupakan perbuatan moral yang baik. Setiap aspek budaya ini sekiranya diabaikan akan menyebabkan kedudukan sosial seseorang individu tergugat selain halangan terhadap komunikasi yang berkesan.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh pakar psikologi, mereka mengesahkan bahawa faktor yang paling besar peranannya dalam kebahagiaan manusia ialah perhubungan yang rapat dengan manusia yang lain. Ianya mengatasi kuasa wang dan kerjaya. Perhubungan yang rapat ini menjadi begitu penting kerana ia mempunyai empat fungsi yang sangat penting bagi jiwa manusia. Pertama manusia memerlukan perhubungan yang rapat kerana perhubungan itu seperti dapat mententeramkan manusia. Apabila kita mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia yang lain, kita akan sentiasa ada orang yang boleh dihubungi ketika kita kesunyian.

Kedua, kita manusia memerlukan rangsangan. Kita memerlukan rangsangan intelek, jasmani dan juga emosi. Tanpa rangsangan, kita akan menjadi murung, mengikut pakar psikologi, kemurungan berpontensi untuk menyebabkan kematian. Ketiga, kita juga memerlukan perhubungan yang rapat kerana daripada itu kita berasa diri kita dihargai. Kehadiran orang lain dalam hidup kita sudah cukup untuk membuat kita diperlukan dan penting kepada orang lain. Faktor yang keempat pula ia;lah kita memerlukan hubungan yang rapat dengan manusia lain kerana kita perlu menikmati kehidupan kita dan perlu mengurangkan rasa ketegangan dalam hidup kita. Setiap insane mempunyai keperluan untuk berkongsi tuah dan kegembiraan dengan individu yang lain. Oleh itu dalam berkomunikasi dengan seseorang itu kita hendaklah mengetahui tentang cara komunikasi rasia dan bagaimana untuk tidak bersifat rasis dalam komunikasi Silang budaya bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. 

Bias dalam komunikasi terdiri daripada dalam kumpulan dan luar kumpulan. Dalam kumpulan ialah mementingkan persamaan dengan orang lain. Manakala, luar kumpulan ialah mementingkan perbezaan dengan orang lain. Luar kumpulan akan menambahkan jarak perbezaan budaya dengan orang lain dan mempengaruhi cara kita memproses maklumat. Luar kumpulan menganggap komunikator yang lain sebagai orang asing iaitu tidak boleh dipercayai, tidak mudah jadi kawan, banyak perkara mengenainya tidak diketahui dan tidak pandai. Manakala, dalam kumpulan adalah sebaliknya. Ketidakpastian dan kerisauan akan menjejaskan keupayaan memproses maklumat kerana mereka merisaukan hasil komunikasi itu sendiri. Kedua-dua adalah menyumbang kepada cara mereka menyampaikan sesuatu dengan pengaruh air muka bagi mencapai matlamat. Mereka gagal memberi perhatian kepada cara komunikasi yang baik dalam proses mendapatkan hasil yang diingini. Secara tidak langsung air muka yang tidak disenangi akan selalu dipraktikkan oleh golongan ini. Contoh perbezaan budaya. Dalam temu janji orang Amerika menjaga masa dan akan mengelakkan sebarang gangguan yang akan menjejaskan jadual waktu mereka. Orang Afrika pula ialah jenis yang tidak mementingkan masa dan tidak perlu membuat temu janji sekiranya ingin berjumpa dengan seseorang. Mereka rela dan biasa dengan ada gangguan dan perkara yang tidak dapat dijangkakan. Di sini jelas menunjukkan pertembungan gaya pengurusan masa antara orang Amerika dengan orang Afrika. Perbezaan gaya komunikasi disebabkan oleh perbezaan gaya pendedahan diri. Contohnyam tingkah laku, kegemaran, kerja dan belajar, wang serta personaliti. Hal ini juga mempengaruhi air muka dalam berhadapan dengan budaya tersebut, seperti orang Amerika akan membuat mimik muka atau air muka kurang senang terhadap kelewatan yang berlaku disebabkan temujanji yang telah dipersetujui, namun ianya berbeza dengan masyarakat Afrika yang tidak akan membuat air muka yang tidak berpuas hati keranan dalam budaya mereka tidak menekankan suatu temujanji itu wajib dipenuhi. Komunikasi merupakan unsur terpenting dalam kehidupan manusia. Manusia yang tidak berkomunikasi akan berdepan dengan pelbagai masalah seperti masalah kesihatan dan mental. Kita perlu berkomunikasi untuk berkongsi perasaan dengan individu yang lain serta menjalin dan mengekalkan hubungan. Kita juga perlu berkomunikasi dengan orang lain untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan diri kita. Melalui kemahiran berkomunikasi membolehkan kita memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai apa yang kita hajati. Komunikasi terdiri daripada lima jenis. Komunikasi antara perseorangan atau komunikasi interpersonal adalah jenis komunikasi yang melihat bagaimana proses komunikasi berlaku di antara dua individu dalam persekitaran bersemuka, serentak dan sehala. Ianya sebahagian daripada strategi kehidupan. Pada masa kini internet, laman web, laman sosial seperti facebook,myspace,twitter,friendster dan sebagainya telah memberi tafsiran yang berbeza terhadap erti kebebasan media itu sendiri.

Komunikasi menjadi medium untuk memperkatakan perkara – perkara yang sensitif seperti isu rasis. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan Rasis bermaksud orang yang mengamalkan kepercayaan bahawa bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau pendukung utama kepada bangsa – bangsa lain di dunia. Manakala komunikasi rasis pula bermaksud komunikasi yang mempunyai prasangka dan diskriminikasi di antara kaum tertentu. Prasangka dan prajudis merupakan akar umbi segala bentukl komunikasi rasis.Komunikasi rasis adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri – ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan, jantina atau kelas. Seperti mana dasar aprteheid yang diamalkan oleh kaum kulit putih di Afrika Selatan pada suatu ketika dahulu. Ianya timbul akibat penilaian awal yang dibentuk dan tidak dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta – fakta yang sebenar. Perasaan prasangka sering kali dijadikan alat oleh golongan majoriti untuk menindas golongan minoriti. Walau bagaimanapun, ia tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan tidak mempunyai prasangka terhadap anggota majoriti atau kelompok lain. Kesan dari prasangka yang semakin menebal, lama – kelamaan akan muncul komunikasi rasis. Hal ini juga akan mempengaruhi air muka individu. Komunikasi rasis merupakan suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia. Isu komunikasi rasis memang sukar dibendung dalam sebuah Negara yang berbilang kaum dan etnik seperti Malaysia. Di mana juga negara di dunia yang penduduknya berbilang etnik dan kaum sudah pasti berhadapan dengan masalah perkauman kecuali langkah awal diambil untuk menintergrasi rakyatnya sehingga mereka dapat menerima konsep satu bangsa dan mempunyai jati diri yang kuat terhadap negaranya.

Maklumat yang boleh dikongsi antara dua masyarakat adalah berbeza. Masyarakat kolektivistik boleh berkongsi segala mengenainya dengan orang lain. Masyarakat individualistik mengasingkan hal peribadi dengan kerja. Maklumat mengenainya yang boleh dikongsi dengan orang lain adalah terhad. Apbila orang individualistik bertemu dengan orang yang mengamalkan daya kolektivistik akan berlaku pertembungan sekiranya mereka tidak mengenali budaya antara satu sama lain. Hal ini juga akan menimbulkan konflik dan saling tidak memahami, berkemungkinan air muka yang ditunjukkan oleh kedua-dua golongan ini akan kebanyakannya selalu negatif.


Cara Atasi

Halangan komunikasi dapat diatasi dengan memahami budaya orang lain sebelum berinteraksi dengannya. Budaya terdiri daripada bahasa dan perilaku budaya orang lain. Cara mempamerkan air muka sewajarnya juga harus di pelajari dan di ketahui. Kita perlu memahami konsep budaya dan faktor yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi. Dengan adanya fahaman mengenai sosial budaya seseorang akan membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih lancar. Sosial budaya terdiri daripada persepsi, proses verbal dan bukan verbal. 


Kita perlu bersifat fleksible dengan keadaan yang sentiasa berubah. Strategi mengatasi cabaran komunikasi silang budaya terdiri daripada strategi kognitif, afektif dan tingkah laku. Strategi kognitif ialah meningkatkan kefahaman budaya orang lain seperti melalui internet atau menanya orang berpengalaman. Kita perlu mengenal pasti perbezaan dan halangan komunikasi yang mungkin berlaku dalam interaksi sperti pola komunikasi, adat reasam, nilai dan sikap. Pembelajaran bahasa tempatan dan cara mimik muka yang betul terhadap situasi-situasi yang berbeza akan memudahkan proses komunikasi. Strategi afektif ialah berfikiran terbuka, sabar, memandang perbezaan secara positif dan unik serta menyenangkan hati. Kita perlu sedia berkompromi, mempunyai sikap diplomasi dan sensitif kepada situasi. Strategi tingkah laku terbahagi kepada akomodasi dan divergen. Akomodasi ialah memberi tumpuan ketika orang lain sedang bercakap dan cuba memahami apa yang disampaikan olehnya. Kita perlu perlahan kadar percakapan, ulang perkataan yang berpotensi disalah dengar atau menimbulkan salah faham, sesuaikan tabiat komunikasi dengan situasi serta memberi masa kepada orang lain untuk menyampaikan mesej. Divergen ialah individu yang akan cuba mengelakkan daripada berinteraksi dengan orang yang lain, elak dari suasana yang mungkin akan timbul konflik, tidak mengambil berat terhadap konflik yang timbul dan menunjukkan perbezaan dari segi tabiat komunikasi. Air muka seharusnya sentiasa tenang dan sesuai dengan keadaan yang dihadapi.

Segelintir pemimpin hari ini mengambil tindakan yang populis ketika berkomunikasi semasa berkomunikasi dalam menanagani isu kaum. Mereka mahu dilihat dan dianggap sebagai wira dalam kaum masing – masing sehingga kadang kala tidak menampakkan sikap tolak ansur dan profesionalisme sebagai seorang pemimpin. Kita sedia maklum dan faham tentang tindakan mereka itu, ini oleh kerana mereka tidak mahu dituduh gagal untuk membela kaum mereka sendiri. Malaysia adalah negara kita dan tidak seharusnya komunikasi rasis dijadikan amalan rakyat Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia hendaklah menolak komunikasi rasis ini. Air muka juga harus dijaga demi memperlihatkan ketamadunan yang seiring. Seseorang yang bertanggungjawab dalam berbahasa seharusnya tahuu untuk berinteraksi ketika komunikasi berlaku. Kebolehan mengawal langkah pertama serta air muka akan memudahkan seseorang itu menyesuaikan diri dalam perbualan biasa atau situasi pertuturan rasmi yang dihadiri masyarakat berbilang kaum.Malahan sebelum ini, seseorang itu perlu terlebih dahulu memastikan isu yang sedang dibual atau dibincangkan dan apabila sudah jelas, barulah mengemukakan pandangan yang tidak menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. Secara semulajadi setiap hari kita berinteraksi kerana sememangnya sedah menjadi tabii manusia sejak azali lagi. Kebebasan bersuara adalah hak asasi manusia dan tiada siapa atau sesuatu yang boleh mengancam kecuali dalam keadaan yang tertentu yang membabitkan isu sensitif seperti perkauman dan keagamaan. Kita berkomunikasi dengan mengambil tindakan – tindakan bedasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu berkomunikasi dan berfikir dengan melepasi semppadan kaum masing – masing. Hak dalam menjaga air muka supaya semua akan merasa harmoni juga adalah satu tuntutan. Kefahaman tentang perbezaan budaya merangkumi aspek pola komunikasi, adat resam, nilai, sikap dan pengharapan perlu ada. Sifat – sifat seperti berfikiran terbuka, sabar, berlapang dada, memandang perbezaan secara positif meredakan ketegangan dengan melihat perbezaan sebagai suatu yang unik, kelakar atau menyenangkan hati adalah antara sikap dan kualiti motivasi yang perlu ada untuk menagani situasi kesulitan dalam komunikasi silang budaya. Mempamerkan air muka yang membuatkan orang lain merasa tenteram juga merupakan seni dalam agama Islam. Hal ini bersangkut paut juga dengan pengamalan budaya di negara kita. Mereka juga dituntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum agar dapat mewujudkan negara bangsa yang dapat membina Malaysia yang makmur dan maju.

Sebagai contohnya, bangsa Melayu hendaklah tidak berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja dan tidak membatas interaksi dan tindakan mereka di dalam keentingan kaum mereka sahaja. Begitu juga dengan kaum – kaum lain seperti Cina, India, Dayak, Kedazan, Orang Ulu, Murut dan lain – lain kaum lagi. Mereka perlu melakukan perkara yang sama. Kemajuan sesebuah negara tidak boleh diukur hanya berdasarkan pembangunan fizikal dan kejayaan material semata – mata. Sebaliknya, aspek kemantapan sosial, nilai-nilai moral, kekuatan perpaduan dan keintelekualan serta keuntuhan budaya masyarakat yang berbilang kaum perlu juga diambil kira. Sebagai bangsa Malaysia kita perlu dan pastikan matlamat yang serupa dikongsi bersama seperti mana Slogan kita 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Di Malaysia, peranan media massa seperti internet menjadi pencabar utama sebaran am tradisional. Media baru mencetus budaya sendiri dan sering digunakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab kerana komunikasi rasis mereka. Pertuduhan dan pendakwaan memadai melalui internet sahaja. Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam komunikasi silang budaya kerana tidak membantu usaha kerajaan yang meyeru rakyat agar bersatu padu. Intergrasi dan cara berkomunikasi di antara kaum berasakan persamaan hak dan keadilan agar dapat membentuk masyrakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persafahaman dan demokrasi yang unggul berasakan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada negara membangun. Masyarakat maskulin adalah masyarakat yang menilai ketegasan, daya saing, agresif, wawasan yang tinggi dan menekan pencapaian kebendaan, manakala masyarakat yang feminin pula, masyarakat yang lebih mengaalkan kualiti hidup dan member perhatian kepada kaum yang lemah. Nilai – nilai maskulinti dan feminiti ini juga memberi kesan ke atas bagaimana sesuatu masyarakat atau organisasi itu mengurus kehidupan mereka. Ini dapat diperhatikan dalam sapek penetapan keutamaan, cara pembuatan keputusan, gaya penyelesaian masalah dan konflik, pemberian penghargaan ,menjaga air muka dan sebagainya. Kepelbagaian kebudayaan dalam sesuatu masyarakat haruslah diterima sebagai satu hakikat. Bersifat adaptif dan fleksibel adalah strategi yang berkesan dalam menangani masalah komunikasi dalam silang budaya. Sifat diri seperti kesediaan untuk berkompromi, bersikap diplomasi, sensitif kepada situasi dan melihat perpektif orang perlu untuk berurusan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Dalam menjayakan komunikasi silang budaya, mereka yang terlibat mestilah sensitif dan memberi perhatian dengan cara dan tingkah laku mereka berkomunikasi. Mereka ini perlu keluar dari kerangka komunikasi rasis dengan mengambil kira perspektif dan cara orang lain kerana membina jambatan silang budaya ,e,erlukan kesabaran, kepekaan dan kesungguhan. Keupayaan kita menjalinkan usahasama silang budaya dengan lebih baik dan berkesan dalam masyarakat yang berbilang kaum bergantung kepada kopentasi menjayakan komunikasi silang budaya. Untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi silang budaya, kita mestilah faham tentang pengaruh budaya ke atas proses komunikasi. Kesulitan dan salah faham dalam komunikasi silang budaya akan lebih mudah terjadi sekiranya komunikator masing – masing buta perbezaan budaya. 

Keadaan akan lebih teruk lagi jika orang yang berinteraksi angkuh dengan budaya dan adat resamnya. Hal ini tidak seharusnya berlaku dalam komunikasi silang budaya. Sudah tentu media baru menjadi perayaan sejagat jika alat komuniksi dipergunakan untuk menyebarkan maklumat yang boleh membawa kebaikan kepada perpaduan rakyat Malaysia menetrusi komunikasi silang budaya dan bukannya komunikasi rasis yang boleh menggugat keamanan negara kita ini. Untuk mewujudkan sikap tidak rasis dalam komunikasi kita sebagai rakyat Malaysia perlu ada sikap tolenrasi dan peka terhadap budaya dan adat resam sesuatu kaum yang ada di Malaysia ini. Bak kata perpatah Melayu” cakap siang pandang – pandang “.
 

Kesimpulan

Komunikasi silang budaya seharus dan sepatutnya dielakkan kerana ia boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Ini kerana komunikasi didalam negara yang berbilang kaum perlu dilakukan dengan berhati – hati agar proses komunikasi tersebut tidak menyentuh sensitiviti masyarakat dan sekali gus diangap sebagai rasis. Air muka yang sepatutnya terjadi adalah yang berlandaskan adat budaya yang menjurus ke arah keharmonian. Individu yang berinteraksi dan berkomunikasi silang budaya seharusnya mengetahui perbezaan budaya dan pengaruh budaya ke atas komunikasi. Silap cara berkomunikasi akan menimbulkan tanggapan yang berbeza di antara sesuatu kaum. Berkomunikasi silang budaya seharusnya mengetahui perbezaan budaya dan pengaruh budaya ke atas komunikasi. Selama ini mungkin ramai di antara kita leka dan tidak sensitif atau peka tentang identiti buadaya kita sendiri serta budaya kaum yang lain. Kita tidak sedar bagaimana budaya mempengaruhi kita dan bagaimana komunikasi berkait rapat dengan budaya kita dan budaya kaum yang lain. Kita tidak akan mengenal budaya dan mengerti budaya kita sangat bersopan dan kita tidak dapat membandingkan bagaimana budaya kita berbeza daripada budaya kaum yang lain. Kita harus ingat bahawa komunikasi yang tidak mencapai matlamat ini hanya akan membawa kemusnahan dan perbalahan kaum disamping akan menggangu kestabilan dan keharmonian bagi sesebuah negara. Sesebuah negara itu akan hancur seandainya komunikasi tidak sihat ini tidak dikawal dan diambil sebagai salah satu daripada agenda untuk memajukan hubungan antara kaum bagi sesebuah negara itu. Untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang madani yang bertamadun maka air muka dalam budaya sangat penting dan harus dididik. 





Alhamdulillah...^_^....XOXO

3 comments:

  1. boleh kongsikan mengenai 'penjagaan wajah sebagai asas kesantunan' ?

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah jika saya ada masa taw, xjanji. Busy...hehehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete