Saturday, April 9, 2011

Kerlipan Cinta..


Hidayah ..
Kerlipan Cipta Cintaku 
Harum Rembulan Mawar 
Dingin Dihakis Cita,

Keseorangan .... 

Aku,

masih menghitung diri .. 
Kesiangan yang panjang 
Ingin mengisi hati… 

Padamu kasih 
satukan aku 
Dengan rahmatmu 
Dengan Kalimah 
Malam Siangku 
Berliku liku 
Duri Dugaan 
Siratan Cinta 

Biar di jemala mentari 
Dan di bahu gunung berapi 
Pasrahku abadi untukMu...

untukMu 

Ku kembara setia disisinya ... 
Ku inginkan Bahagia abadi 
ku impikan sentosa naungannya 
selamanya…


Lirik:Rabbani(kerlipan cinta)

 

Wednesday, April 6, 2011

Tutup Aurat Saudaraku Sayang...^^



Menutup aurat adalah perintah daripada ALLAH s.w.t. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki (yakni daripada pusat ke lutut adalah aurat).. Namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki. Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar.

1) Tahu. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yg menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum-hukum berkenaan aurat dan sebagainya.

2) Sedar bahawa tuntutan syariah amat perlu dan penting utk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jgn sambil lewa dan acuh x acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3) Syiar. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yg menutup aurat.

4) Fungsi cermin. Sebelum melangkah keluar rumah dgn yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?" Jawapannya perlulah dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.

5) Asingkan pakaian kepada dua kriteria: sesuai atau x sesuai dipakai dihadapan ajnabi. Pakaian yg seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.

6) Malu. Wanita yg x biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi x bertudung.

7) Bersahabat dgn wanita yg solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yg ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yg patuh kepada syariah.

8) Eksklusif. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut ALLAH kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya shj. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar utk memilikinya.

9) Byk Manfaat. Wanita yg menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dgn lebih yakin dan selamat. mereka x perlu risaukan mata liar yg memandang, x perlu ambil kisah gaya rambut, x perlu berhabis duit utk aksesori itu dan ini..



Sama2lah kita sentiasa memajukan diri demi cinta terhadap islam,
Jangan biarkan pintu hidayah tidak di buka walau diketuk berkali-kali..
Kerana khuatir, kita akan terlepas dari membukanya.
Maut x mengenal USIA.

Sekadar secoret peringatan,


Monday, April 4, 2011

Sempadan.





Niat itu lintasan,
Namun perlu sempadan,
Duri jangan sampai mencucuk,
Kisah tidak mahu lagi berulang,
Namun sempadan masih lagi mahu di situ,
Biarkan ia terus beraja,
Akar umbi di selak,
Mencari punca...kalut biar terpejam,
Baru senyum mulai terukir,
Batin mulai menuju fitrah,
Iman islam suatu nikmat...bukan sesuatu yang tiada makna.






Allah selalu sayangkan saya, maaf Allah atas kekhilafan..T_T


Sunday, April 3, 2011

Ayuh! Jaga Sang Penjaga...



Jaga diri & iman,
bukan menggesa tapi mengingatkan,
sbb...
ia fitrah yang beriman,
Moga menjadi pedoman sang teman,
Jangan takut dengan yang kelam,
Biar ia mengiring laman,
Tiada daya untuk melawan,
Tp selalu menadah tangan...

*****************


Moga  Allah di sisiku, melayari jalan ini.
 Dunia tempat menyemai, akhiratlah tempat menuai.
Terima kasih Allah ats nikmatmu...