Sunday, May 13, 2012

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik.. ?

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



Petikan:MuslimDiary