Saturday, January 12, 2013

Saya Rindu Awak


Saya tidak pernah menduga jarak antara saya dan awak semakin parah jauhnya. Tak pernah terduga juga ujian maha hebat ini menimpa saya . Tiada kata2 yang terucap tiap kali saya teringat awak dan terpandang gambar awak yang berada di sudut bacaan saya. Ujian maha dahsyat ini membuat saya seakan kosong . Saya sedar banyak khilaf dan kesilapan telah berlaku sepanjang awak dan saya menempuhi masa2 bersama. Sedar bahawa saya tidak akan mungkin akan biasa menjalani hari2 tanpa awak disisi. Dan, naluri saya juga kuat mengatakan awak juga begitu .Bulan berganti bulan , awakdisana nun jauhnya.
Saya sendiri disini merindui . Manakah harus terluahkan,

Jika langit itu luas, 
tetapi bila memandangnya dengan ingatan terhadap awak...langit itu berubah sebaliknya.
Jika lautan itu berombak, 
tetapi bila memandangnya dengan ingatan terhadap awak...lautan itu berubah sebaliknya. 
Jika pulau itu kecil dn indah, 
tetapi bila memandangnya dengan ingatan terhadap awak...pulau itu berubah sebaliknya.
Jika bulan itu mempesona, 
tetapi bila memandangnya dengan ingatan terhadap awak...bulan itu berubah sebaliknya.
Jika bintang itu gemilang sinarnya , 
tetapi bila memandangnya dengan ingatan terhadap awak...bintang itu berubah sebaliknya.


maaf buat awk sedih.
maaf tak memahami
maaf lambat mesej
maaf buat awk kecewa
maaf selalu cuai
maaf selalu wat silap
maaf emosi
maaf diam bila awk tnye
maaf pandai tulis je
maaf jika kurang ajar
maaf buat awak geram
maaf buat awk moody
maaf buat awk stress
maaf slow nak tangkap
maaf kekadang cpt touching
maaf sgt sensitip
maaf suka nangis
maaf cpt down
maaf ikut kpala je
maaf tak sempurna
maaf sukar berkomunikasi lisan
maaf lambat
maaf lukakan hati
maaf buat awak tertunggu2
maaf susahkan awk
maaf bg awk mls nak layan saya
maaf untuk segalanya....


Jarak pemisah ini mengambil separuh semangat saya kakak. Walaubagaimanapun, saya akan berdoa sampai hujung nyawa saya agar pintu kemaafan awak terbuka buat saya. Separuh semangat yang tinggal akan saya gagahi menjejaki cita2 demi syurga saya , ibu dan ayah. Saya yakin dengan mak, dia penuh percaya dengan segala yang berlalu ada hikmah yang baik , manakan lagi ada kuasa menentang segala yang telah Allah takdirkan. Demi cinta terhadap awak Kekanda tercinta, Jamilah Yahaya , hanya untuk awak :

Duhai kekanda , usah membisu... Mengapa kau bersedih?
Duahai kekanda , ku rasa sayu... Mengapa kau begitu ?
Dinihari petang menanti ku kesepian.


1 comment: