Sunday, May 8, 2011

Sajak Buat Mak...

Mak, saya sayang mak.


Sajak buat Mak.
(ikhlas dari lubuk hati anakmu.)

Payah kau kata boleh.
Jerih kau kata cubaan.
Sedih kau kata pelajaran
Derita kau kata ujian
Sukar kau kata teruskan.

Suka kau kata berpada
Kasih kau kata memilih
Sayang kau kata berpanjangan
Rindu kau kata ingatan
Cinta kau kata berharga
Hati kau kata sucikan.

Sesal kau kata biar berlalu
Resah kau kata biar berzikir
Marah kau kata biar berakhir
Dendam kau kata biar terhapus.

Tabah kau kata perlu 
Gigih kau kata berusaha
Semangat kau kata dorongan
Kuat kau kata dekat padaNya. 

Sepi.
Sepi kau kata jauh.
Sepi kau kata terasing.
Sepi kau kata kifarah.
Sepi kau kata jangan sesekali menyepi.
kerana Allah ade di sisi.

Aku terdiam.
Sungguh terkesan.
Sayang padamu mak tetapku zahirkan.
Mak, aku mencintaimu.



Mak, terima kasih bagi saya kekuatan sepanjang jalan ni.
Terima kasih menjadi kekasih hati saya yg selalu mebawa ceria dgn gelak ketawa serta mendorong,
memimpin tika saya resah kecewa.

No comments:

Post a Comment