Saturday, October 20, 2012

Sesuatu.

Sudah lama rasanya tak mencoretkan apa-apa berkaitan diri di laman sesawang berbentuk blog ni, hehe. Entah, mana arah kekuatan yang telah menyebabkan gerak tangan ku ini laju aje hendak menulis. Apapun di harap perkongsian ini tidak menyentuh sensitiviti sahabat diluar sana.

Subahanallah, jujur aku katakan sepanjang tahun ni pelbagai perkara suka dan duka aku tempuhi. Tapi sangat ajaib, setelah ianya berlalu barulah aku lihat kehebatan hikmah di sebalik apa yang berlaku. Gadis sepertiku yang ala-ala rock la konon ni telah berdepan dengan banyk situasi-situasi besar~menyebabkan aku banyak berfikir dan mulai menghitung arah tuju ku di kemudian hari.



Tidak langsung menjurus ke arah bab kehidupan juga, bab perasaan ku kira amat rapat malahan amat besar pengaruhnya dalam hidup aku. Sejak bila ianya berlaku aku pun sukar memahaminya. Yakin segala-gala yang berlaku atas keizinan Allah. Cuma Allah merahsiakan masa depan adalah di sebabkan Dia ingin melihat aku berusaha dan terus berusaha.

Petikan ini tepat menggambarkan  perasan perasaan ku:

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.
Jika takdir Allah menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya.
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya.
Kita tetap akan bersama dirinya.
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan...
akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, Insya-Allah.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah Allah S.W.T ♥
Berbalik kepada tajuk yang tetibe terpampang di atas.. Sesuatu, ya aku merasakan ada sesuatu yang berat akan aku lalui, berat sehingga menggetarkan seluruh jiwaku, sesuatu yang akan bakal merubah segalanya. Sesuatu yg kuharap dapat menyinariku. Amin ya Allah. [K, dah. Xblh lelebih..huhu]Aku sebenarnya sedang berperang dengan perasaanku, antara membuat pilihan hidup mati, membuat pilihan dunia dan ukhrawi. Pilihan sang khalifahku. Seperti sang puteri menunggu sang putera, aku sangat yakin dengan takdir sang pencipta Dia sedang aturkan yang terbaik. Paling tepat menggambarkan hatiku kala ini:-


Ya Allah
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi

Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah! Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buat ku
Kerana Kau tahu segala isi hati aku

Ya Allah
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan untukku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
dan peliharalah diriku daripada kekecewaan

Ya Allah
Berikanlah diriku kekuatan
Melontarkan bayangannya ke dada langit
Agar ku rasa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tak sama dengan dirinya
Seandainya dia datang menemuiku
Cinta itu adalah cinta sejati dan satu
Seandainya dia tidak datang menemuiku
Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi..

Ya Allah
Pasrahkanlah apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Kerana Engkau maha mengetahui
Bahagia yang terbaik untuk hambamu ini...

Baiklah, sekarang bercerita pula mengenai perancangan aku selepas exam, aku ingin kembali berkarya. Melukis dan start mengumpul kembali koleksi lukisan [setelah semua lukisan ku musnah dek air , T.T~] Yeah! Berusaha Cik Her ,dah tua da aku rupa2 nya. Haha. Walaubagaimanapun, setiap kejadian yang berlaku kat aku sepanjang tahun ni akhhirnya membuatku tersedar bahawa hidup harus terus memandang ke depan dan jangan pernah memberhentikan langkah perjalanan. ^_^

No comments:

Post a Comment