Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul.. Hari Kelahiran Baginda Rasulullah yg tercinta.. ^^


Maulidur Rasul  adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada 12 Rabi'ul awal 1432 H sempena kelahiran Nabi pada hari selasa bersamaan dengan 15 Februari 2011 M .Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Wahai kekasih Allah, mohon syafaatmu di akhirat nanti.Sayup terdengar pujian alunan memujimu, "Ya Nabi salam ‘alaik, Ya Rasul salam ‘alaik, sholawatullah ‘alaik…" membuatkan ku rindu padamu... Tarikh keramat pada tahun ini: 
12 Rabi'ul awal 1432 H
15 Februari 2011 M

 

No comments:

Post a Comment