Friday, July 23, 2010

Nak JADI baik... =P

Sebenarnya ramai daripada kita yang tahu dan mahu melakukan kebaikan. Ak pom sme lah jgk.. Paling tidak pun suka terhadap kebaikan dan ingin menjadi baik. Namun, kita selalu gagal untuk melaksanakannya. Ada sahaja masalah yang menghalang kita untuk menjadi baik dan membuat kebaikan. Ramai juga daripada kita yang tidak mahu berbuat dosa. Bencikan kejahatan. Namun, kita sering dan sentiasa terdorong untuk melakukannya. Hmmm... berat tuh!


Kita seperti hilang kuasa dan kawalan terhadap hati dan diri kita sendiri. Seakan-akan ada kuasa lain yang lebih kuat pengaruhnya terhadap diri kita berbanding apa yang kita inginkan.
Mengapa ini yang berlaku?




susahnye nak jadi BAIk.....


Hakikatnya, kita tidak pernah terlepas dari diburu oleh dua musuh utama yang sentiasa menyorong kita kearah kejahatan. Ya, merekalah syaitan dan hawa nafsu kita sendiri. Apakah kita harus terus mengalah kepada dua musuh ini dan membiarkan mereka menjadi pemimpin diri ini?



Bagaimanakah harus kita berdepan dengan dua musuh ini dan mengembalikan pimpinan kepada diri sendiri?


Kunci utama : Mujahadah
Dalam dunia nyata juga, musuh hanya dapat dikalahkan dengan peperangan. Cuma bezanya, musuh zahir itu dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata. Namun, musuh batin, yang tidak dapat dilihat dan tidak tahu di mana wujudnya, bilakah berlakunya, ternyata lebih licik dan lebih susah untuk mendepaninya. Peperangan melawan musuh yang tidak nyata inilah yang dinamakan mujahadah.

Kita terasa susah utk mmeranginya kerana hakikatnya peperangan itu berlaku dlm
diri kita sendiri. Berperang dengan hawa nafsu sendiri terasa seakan berperang dengan diri dan kehendak sendiri. Hanya dengan ilmu sahaja yang dapat mendorong kita menyukai apa yang patut disukai dan membenci apa yang patut dibenci. Namun, setakat tahu, tidak bermakna boleh melahirkan mampu.

Ramai yang tahu tapi tetap tidak mampu. Kerana musuh yang lagi satu tidak pernah berhenti dan berputus asa mengajak kita menjadi peneman mereka di neraka kelak. Syaitan itu hakikatnya makhluk paling kreatif dan paling tinggi sifat juangnya dalam menyeru kita kearah kejahatan. Begitu juga dengan nafsu yang tak pernah lesu.

Ketahuilah sesungguhnya mujahadah itu adalah perjuangan yang tanpa henti. Perjuangan sehingga roh kita kembali kepada pencipta-Nya. Tiada jaminan langsung, bagaimanakah pengakhiran hidup kita nanti. Berjayakah atau kecundangkah? Segalanya bergantung kepada mujahadah kita untuk terus berada dalam redha Allah di setiap ketika dalam hidup ini, dalam setiap yang diusahakan dan dilakukan pada saat ini dan hari-hari mendatang.
Prinsip asas dalam mujahadah adalaha istiqmah. Mujahadah tidak akan mampu memberi kesan selagi kita tidak konsisten dan istiqamah dalam memperjuangkannya. Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.

Mga kta tergolong dalam kalangan org yg ditunjuki jln oleh ALLAh... Amin.... 


No comments:

Post a Comment