Tuesday, June 11, 2013

Keindahan Cinta



Kalimah yang semestinya sangat menarik hati manusia kerana cinta adalah sisi yang tidak dapat dipisahkan oleh hati anak cucu adam. Cuba tarik nafas sekejap dan hintunglah kecintaan yang berada dihadapan kita sekarang ! Sungguh Maha Cinta Allah hadirkan segalanya dengan penuh berhikmah dan menurut apa terbaik yang tertakdir. Bermula alam ciptaannya yang mendamaikan , keluarga yang melengkapi, jambangan cinta dengan sifat belas ihsan dalam diri kita…subahanallah, tidak terhintung apa yang telah kita ada.

“Dan Dialah yang mengurniakan kepada kamu daripada tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Sekiranya kamu menghintung nikmat Allah pasti kamu tidak dapat menghintungnya (satu persatu). Sesungguhnya manusia itu sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya serta tidak menghargai nikmat tuhannya”
[Surah Ibrahim 14:34]

Melihat kepada tafsir ayat Al-Quran diatas, diri ini juga terasa terpukul dengan keterangannya kerana sebagai seorang hamba yang penuh khilaf dan dosa teramat malu dengan diri sendiri. Perjalanan hidup kadangkala tanpa sedar mengutip sekadar dosa dan noda dan terkadang jauh dari mengingati Allah, semoga Allah selalu menuntuni hati agar berpegang teguh pada jalanNya.

Walau bagaimana hebat kita dalam merencana, hanya Allah dapat mengizinkannya terjadi. Jadi bagaimana kita merasa gah dengan segala yang kita lakukan wahai sahabatku? Mulai terfikir matlamat asal segala cinta didunia ini sebenarnya untuk ke syurga yang segalanya penuh cinta! Ya, pernah juga saya mendengar kisah tentang keindahan yang sebenar dalam ceramah agama di kampung dahulu, yang terindah di dunia adalah yang diciptakan oleh yang Maha Terindah iaitu Allah. Jadi perkara yang paling perlu kita kejar ialah untuk melihat Pencipta itu, yakni Allah! Yang Maha Indah…

Benar istiqamah dalam memujuk hati ini amat sukar dididik. Terkena juga pada diri saya sekadar hamba yang hina ini.. (nak update blog pun kadang malas, ishk3..) Padahal kenyataan kebaikan yang hendak dilakukan itu tidak pernah mengambil masa yang terlalu lama, contohnya solat tidaklah sampai berjam-jam lamanya, membaca novel atau majalah terkadang lagi banyak helaiannya daripada AlQuran yang terkadang separuh helai pun sudah mengeluh panjang bacaan..apa nak jadi dengan kita kan, pun sama dengan diri ini yang terkadang hanyut juga dengan fatamorgana dunia yg menjanjikan kelazatan yang sementara. Jom lah pakat-pakat insaf..  -.-‘ Mak saya selalu berpesan, ‘Dohh2 lah duk jahil tukil sokmo..’  


Moral: Jangan biarkan diri hanyut dengan godaan syaitan, cuba terapkan kembali nilai islam, barulah nanti jadi insan terbilang, membanggakan makayah di hari kemudian.

Cekedout!



No comments:

Post a Comment