Wednesday, April 11, 2012

Nyaman~


Aku berlalu.
Dengan langkah yg berani dan semangat yg kental
Menuju ke jalan yg aku rasakan sungguh membuatku nyaman.
Daerah yg membangkitkan seribu kenangan, lantas memberikan aku mengenal erti menghargai.

Begitu indah hidup kita lalui jika bersyukur.
Hidup ini nikmati selalu, tersungkur bangkitlah !
Tersalah kembalilah ke pangkal..
Tiada yang akan menghalangmu,
kecuali dirimu sendiri sahaja.
Ya, dirimu.

Sekeliling adalah ujian,
kerana kita dimedan penilaian.
Bukan sia2 penciptaan kita, namun penuh bermakna.
Yang berlalu dengan baik, kekalkan.
Yang berlalu dengan salah, mohon ampun dan petunjuk.
Dia bersama kita.
Jangan risau wahai teman.

Renunglah segala penciptaan dihadapanmu.
segala alam dan pemandangan yg memberikan sejuta rasa.
Cukuplah mencari ketenangan, ciptalah ia!





::Allah begitu dekat dengan kita, jd jgnlah pula kita menjauh.


1 comment: