Saturday, December 4, 2010

Hubbul Akhirat... (Cinta Akhirat)



Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya. Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (Surah al-Syura 42:20)



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi sesiapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali dalam sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Riwayat al-Tirmizi)



Mereka yang cinta akhirat diberi kemudahan menikmati dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu. Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya dan hanya kepadanya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (Surah al-Mulk 67:15)

Sumber : majalah solusi isu 18 hal 13,

sekadar peringatan kpd diri & sahabat semua..^^...fikir2kanlah...





2 comments:

  1. yhe...
    percaya x pd ungkapan mengatakan org yg mndpt kesenangan dunia spt dah ada semuanya semasa usianya muda...ada kereta, ada rumah besar dll.
    hidupnya taklama...betul ke?

    cuma bertanya...sbb sy masih percaya mati tu ketentuan Allah.

    ReplyDelete
  2. erm, yhe xpcya. Bg yhe pn semmgnya kuasa utk mntentukn ajal maut adalah d tangan ALLAH semata. Itu hnya ungkapan org yg melihat pd kebetulan melebihi kuasa tuhan. ^^ wallahua'lam.

    ReplyDelete