Ianya boleh diterjemahkan sebagai lambang kepada perasaan dalaman
seseorang yang diluahkan dalam bentuk mimik muka yang lebih di kenali sebagi
air muka. Tidak semua air muka dapat dibaca oleh individu lain tetapi
kebanyakan air muka yang ditonjolkan adalah sama sekali memaparkan perasaan
dalaman seseorang yang tidak terluahkan. Hal ini demikian kerana berikutan
beberapa faktor iaitu keadaan dan situasi yang berlaku dlam kalangan
persekitarannya menyebabkan individu terbabit sukar untuk menterjemahkan
melalui lisan. Antara contoh air muka:
Komunikasi Silang Budaya
Komunikasi
ialah pemberian makna kepada perilaku iaitu apa yang diperhatikan. Budaya
akan
membentuk perilaku seseorang yang akhirnya terus menjurus ke dalam proses
komunikasi. Komunikasi adalah dinamik iaitu terus berlangsung dan selalu
berubah-ubah. Komunikasi adalah interaktif antara sumber dengan penerima dan ia
adalah suatu penghubung antara interaksi manusia dengan manusia laninnya. Dalam
proses komunikasi, sumber dan penerima membawa latar belakang dan pengalaman
masing-masing. Salah satu pihak akan cuba mempengaruhi pihak yang lain.
Komunikasi tidak dapat ditarik balik malahan ianya akan diingati serta menjadi
suatu sejarah. Contohnya, penerima telah menerima pengaruh dari mesej yang
dihantar oleh sumber dan dipengaruhi olehnya. Maka, pengaruh tersebut adalah
tidak dapat ditarik balik. Komunikasi berlaku dalam konteks fizikal dan sosial.
Konteks fizikal terdiri daripada keselesaan dan kenyamanan tempat komunikasi
berlaku. Dimana tempat dan suasana ketika komunikasi tersebut berlangsung.
Manakala konteks sosial pula ialah hubungan sosial antara sumber dengan
penerima sama ada kawan dan musuh, guru dan murid, doktor dan pesakit dan
sebagainya.
Komunikasi
silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar
budaya yang pelbagai. Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan
orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status
sosial. Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang
berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan,
politik, teknologi dan lain-lain. Orang yang menghasilkan mesej dan orang yang
mentafsirkan mesej terdiri daripada individu yang berlainan budaya. Identiti
sosial antara pemberi komunikasi itu juga adalah berbeza. Tahap silang budaya
boleh diukur berdasarkan padangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku,
sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan. Pandangan terhadap dunia ialah
kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah
sukar diubah. Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang
betul atau salah. Sistem kod terdiri daripada verbal dan bukan verbal.
Contohnya, elemen, struktur, proses psikologikal dan sosiologikal akan
mempengaruhi tafsiran terhadap sesuatu kod. Apabila kita berinteraksi dengan
orang lain, kita akan bentuk tanggapan diri kita terhadap orang tersebut dan
orang tersebut juga akan membentuk tanggapannya terhadap kita. Dan disini air
muka amat memainkan peranan penting selain daripada penilaian pertama mereka
terhadap penampilan diri kita. Hal ini sangat berkait rapat dengan perwatakan
dalaman dan renspon kita terhadap orang yang sedang kita berinteraksi.
Perlambangan orang yang sedang berinteraksi boleh jadi negatif atau positif
berdasarkan mimik muka atau air muka yang kita tonjolkan.
Menurut
Sarbaugh apabila kita bercakap ia didefinisikan sebagai komunikasi silang
budaya. Seperti yang telah diterangkan sebelumnya, komunikasi silang budaya
ialah komunikasi antara dua atau lebih individu yang mempunyai latar belakang,
identiti yang berbeza dan mereka memaparkan identiti sendiri dalam proses komunikasi.
Semua komunikasi ada unsur silang budaya hanya sama ada ia pada tahap yang
tinggi, sederhana atau rendah. Komunikasi sangat berbudaya ialah komunikasi di
mana tahap perbezaan budaya adalah sangat tinggi. Komunikasi kurang berbudaya
ialah tahap perbezaan budaya yang rendah, ini bermaksud dalam kalangan
masyarakat itu sendiri tidak mempunyai pelbagai kebudayaan yang terlalu banyak
serta sangat kurang adat resamnya.
Bagi
mendalami secara lebih terperinci dan secara praktikal kita dapat lihat melalui
contoh komunikasi silang budaya ialah interaksi pelajar Kemboja dengan pelajar
Melayu dari Kuim sebagai antara bangsa, interpersonal dalam konteks pendidikan.
CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina
Malaysia tentang projek perniagaan mereka. Seorang pelancong Indoneasia
berurusan dengan pegawai imigrasen di pejabat imigrasi Malaysia. Seorang pakar
penasihat kepada Hicom Sdn Bhd bermesyurat dengan ahli lembaga pengarah Hicom
Sdn Bhd. Lembaga mesyurat terdiri dari oang Malaysia, Orang Jepun, Orang Kanada
dan Orang UK. Jad segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih secara
toleransi serta mencapai matlamat yang maksimun jika amalan menjaga air muka
dalam kalangan yang terlibat. Mencakupi juga dalam pergaulan sosial mereka jika
air muka yang dilemparkan adalah positif dan menyenangkan jadi segala urusan
akan lancar tanpa sebarang konflik. Budaya meliputi pengetahuan, pengalaman,
kepercayaan, nilai, sikap, agama, waktu, peranan, hubungan yang diperolehi oleh
sekelompok besar orang dari generasi ke generasi melalui usaha individu dan
kelompok. Budaya terdiri daripada budaya objektif dan subjektif. Budaya
obejektif ialah budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti. Contohnya,
pakaian, rupa, bahasa, adat reasam, makanan dan bentuk rumah. Budaya subjektif
ialah budaya dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar
dikenal pasti. Contohnya, keprcayaan dan nilai amalan. Budaya adalah kompleks
dari segi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum, adat istiadat dan kebiasaan.
Jadi peranan air muka dalam konteks kebudayaan jika diperhatikan adalah amat
berkait rapat dengan kepandaian kita dalam menjaga air muka bagi menjaga
keharmonian sejagat. Walaupun ianya seperti remeh namun air muka adalah salah
satu yang menyumbang terhadap keberkesanan komunikasi yang berlaku.
Fokus
komunikasi ialah peranan dan pengaruh budaya ke atas komunikasi iaitu budaya
mempengaruhi cara kita berkomunikasi serta cara kita mempamerkan air muka dalam
keadaan tertentu dengan bijak. Budaya sama ada ialah perilaku atau sesuatu yang
muncul semula jadi, dijaga dan diubahsuai. Respon terhadap budaya terdiri cara
berkomunikasi, keadaaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa serta perilaku bukan
verbal. Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat. Budaya akan
mempengaruhi cara kita berkomunikasi. Komunikasi terikat rapat dengan budaya.
Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan berbeza. Cara kita
berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan
melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang. Nilai yang dipegang akan membentuk tingkah
laku yang akhirnya akan “terbawa” ke dalam proses komunikasi serta akan
mempamerkan reaksi ketika kita berinteraksi dan inilah yang dinamakan air muka.
Perilaku dalam komunikasi dibentuk berdasarkan budaya yang dimiliki ini
menunjukkan bahawa perilaku terikat dengan budaya.
Budaya
dan komunikasi mempunyai hubungan yang timbal balik. Samaada timbal balik ini
berlaku dalam bentuk negetif atau sebaliknya adalah cara kita berkomunikasi
serta cara kita menjaga air muka kita dalam berkomunikasi tersebut. Budaya
terdiri daripada sebahagian perilaku kita dan komunikasi akan menentukan,
memelihara, mengembangkan dan mewariskan budaya kita. Menurut Hall, “culture is communication,
communication is culture”. Ini menunjukkan bahawa komunikasi adalah
dua hala. Apabila budaya seseorang berbeza maka, sistem nilai yang dipegang
akan turut berbeza. Cara komunikasi kita adalah bergantung kepada budaya kita
iaitu bahasa yang digunakan, aturan serta norma. Jadi jika kita melihat di
Malaysia norma atau adat yang di pegang sangat lembut dan santun ianya juga
mempengaruhi kita dalam mempamerkan air muka itu sendiri secara tidak langsung.
Kebanyakan anak-anak yang terdidik dengan kesantunan ini akan manis tersenyum
dengan tetamu yang datang bertandang kerumah keranan menjaga air muka ibu bapa.
Budaya inilah yang menjadikan komunikasi silang budaya akan lebih harmoni
kerana terjaganya air muka maka interaksi yang berlaku juga akan lancar dan
harmoni. Contohnya, orang Amerika biasanya bertegur dengan orang yang tidak
dikenali. Manakala, orang Malaysia hanya bertegur dengan orang yang dikenali
sahaja. Perbezaan cara teguran mengambarkan budaya antara mereka berbeza serta
air muka iaitu senyuman yang dilemparkan juga hanya pada yang dikenali sahaja
menyebabkan jaringan budaya di Malaysia tidak begitu meluas seperti di barat.
Komunikasi berbudi bahasa diamalkan dalam kalangan orang Asia. Orang Asia
menjaga harmoni. Orang Melayu berbudi dan berbahasa adalah sangat penting. Ini
ditujukkan menerusi kesan kepada cara komunikasi.
Budaya
juga ditunjukkan menerusi komunikasi verbal dan bukan verbal. Contoh komunikasi
verbal ialah penggunaan bahasa yang sesuai dengan status dan pertalian antara
sumber dan penerima. Penggunan panggilan hormat seperti encik, pakcik, mak long
dan sebagainya. Orang Asia lebih menjada kedudukan hieraki, air muka orang lain
dan teguran. Cakap kasar dan menyampuk adalah dilarang. Contoh komunikasi bukan
verbal seperti penggunaan warna kuning oleh Sultan, pakaian kebangsaan dan
sebagainya. Walaubagaimanapun segala komunikasi yang berjalan adalah seiring
dengan penjagaan air muka bagi seseorang . Jadi kepentingan air muka dalam
berinteraksi adalah menentukan proses penyampaian itu terjadi dengan lancar
ataupun tidak. Malahan ianya adalah menjadi kesan yang besar bagi mereka yang
berjaya menyampaikan komunikasi beserta dengan air muka yang sewajarnya. Ia
akan menggambarkan keseluruhan pencapaian matlamat komunikasi itu, samaada baik
atau sebaliknya. Malah dengan keputusan daripada itu juga menyebabkan sesuatu
pendamaian atau konflik akan wujud.
Risiko dalam komunikasi – Budaya dan Air Muka
Perbezaan budaya akan meningkatkan risiko
dalam komunikasi iaitu menyebabkan berlakunya salah faham. Salah faham akan
menyebabkan proses komunikasi tidak dapat dijalankan dengan lancar. Terdapat budaya bangsa
tertentu yang kaya dengan bahasa bukan verbal. Hanya bangsa itu
sahaja mengamalkan bahasa verbal tersebut dan ini berbeza dengan budaya
bangsa yang lain. Dalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita
yang tiada pertalian dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu.
Masyarakat di Timur khususnya di Jepun, kurang menggunakan sentuhan terutamanya
antara lelaki dan wanita. Malah, pandangan mata secara terus juga dianggap
tidak sopan kerana tidak merendah diri iaitu, asas utama dalam budaya
komunikasi masyarakat Jepun. Berbeza pula dengan budaya masyarakat
Barat yang sekiranya seseorang itu tidak melakukan pandangan mata beliau
dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan. Contohnya, seorang pelajar Korea sedang
sibuk dengan belajar kerana akan menghadap peperiksaan
pada kesokannya. Kebetulannya
ketika dia sedang belajar, rakanya seorang Melayu Malaysia datang. Dia
memberitahu orang Melayu Malaysia bahawanya sibuk lalu tutup pintu. Dalam
budaya Korea, komunikasi yang diamalkan lebih terus terang berbanding Malaysia.
Dari pandangan Malaysia, walaupun sibuk tetapi seharusnya menyambut tetamu
juga. Gaya komunikasi yang diamalkan adalah tidak terus terang. Ini akan
menyebabkan salah faham orang Melayu Malaysia terhadap orang Korea dan menganggap
dia seorang yang tidak peramah. Tarik muka akan berlaku serta akan menimbulkan
konflik, hal ini secara langsung tidaka akan melancarkan komunikasi diantara
mereka.
Etnosentrik
ialah memandang budaya sendiri sebagai pusat bagi sesuatu perkara lain yang
dinilai berdasarkan rujukkan kelompok sendiri. Ketaksuban sebegini boleh
menghalang komunikasi yang positif kerana telah wujud pelbagai andaian
negatif terhadap kelompok suatu bangsa lain. Selain itu, individu yang
etnosentrik akan cenderung bersifat angkuh dan tidak ragu-ragu
memperkecilkan suatu kelompok masyarakat yang lain. Ini sudah tentu tidak
dapat membantu menghasilkan satu komunikasi silang budaya yang berkesan.
Etnosentrik dalam diri seseorang akan menyebabkan kesukaran kita dalam
proses memahami komunikasi orang lain sebab bahasa dan nilai yang berlainan.
Tiada keserasian dalam budaya akan meningkatkan halangan komunikasi silang
budaya. Contohnya pengetahuan budaya sendiri dan orang lain, sensitiviti
budaya, nilai budaya, dalam kumpulan dan luar kumpulan, ketidakpastian,
prejudis dan stereotaip. Pengetahuan budaya akan menentukan pengaruh budaya ke
atas komunikasi. Kita selalunya menggangap budaya kita sama dengan orang lain.
Kita akan menggunakan budaya sendiri sebagai standard untuk mengukur budaya
orang lain.
Perbezaan
linguistik yang begitu ketara boleh mmenyukarkan sesuatu komunikasi. Seringkali
pula berlaku salah faham dan kekeliruan yang menimbulkan masalah.
Penggunaan suatu bahasa global yang diketahui ramai mungkin membantu
tetapi masih terhad sekiranya tahap penguasaan bahasa Inggeris
antara pihak yang sedang berinteraksi jauh berbeza kefasihannya. Hal ini
akan menyebabkan pihak yang satu lagi akan berkerut-kerut memandang anda
menandakan ketidakfahaman yang berlaku.
Apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam
proses komunikasi adalah disebabkan perbezaan budaya. “Mindset” yang terdapat
pada seseorang akan membawa cabaran pertembungan kepada sikap, pengharapan dan
gaya komunikasi. Malahan air mukanya juga akan turut dipengaruhi oleh cara
seseorang itu berfikir. Stereotaip ialah pandangan sekumpulan orang, objek atau
peristiwa secara luas berdasarkan satu budaya. Maklumat yang digunakan untuk
menilai seseorang adalah terbatas kerana hanya merujuk kepada budaya sendiri.
Contohnya, orang Yunani distereotaip sebagai orang yang suka menipu atau
mencuri milik orang lain. Di
Malaysia, wujud stereotaip bahawa orang Melayu pemalas, orang Cina tamak
dan orang India suka memutarbelitkan fakta. Stereotaip menyediakan tafsiran
psikologi yang negatif apabila berhadapan dengan bangsa yang berbeza. Norma adalah panduan menjalankan
kehidupan yang diterima secara konvensional oleh segenap masyarakat.
Kegiatan yang melanggari norma masyarakat akan menerima risiko dikenakan
hukuman undang-undang yang berat dan juga didiskriminasikan oleh
masyarakat setempat. Tingkah laku yang berasaskan adat resam juga suatu
yang diterima oleh segenap pengamal amalan tersebut khususnya
bagi satu-satu bangsa. Perbuatan yang menyimpang dari adat resam yang diamalkan
dianggap tidak menghormati amalan tradisi suatu bangsa. Sama juga halnya
dengan tuntutan moral. Setiap agama amat menitikberatkan pegangan moral
penganutnya. Terdapat garis panduan yang jelas tentang apa yang dianggap
bermoral dan apa yang dianggap tidak bermoral. Justeru melanggari tuntutan
sedemikian, akan dengan mudah dilabel sebagai tidak bermoral. Air muka
yang membuatkan orang lain rasa terhina juga bukan merupakan perbuatan moral
yang baik. Setiap aspek budaya ini sekiranya diabaikan akan menyebabkan
kedudukan sosial seseorang individu tergugat selain halangan terhadap
komunikasi yang berkesan.
Menurut
kajian yang telah dilakukan oleh pakar psikologi, mereka mengesahkan bahawa
faktor yang paling besar peranannya dalam kebahagiaan manusia ialah perhubungan
yang rapat dengan manusia yang lain. Ianya mengatasi kuasa wang dan kerjaya.
Perhubungan yang rapat ini menjadi begitu penting kerana ia mempunyai empat
fungsi yang sangat penting bagi jiwa manusia. Pertama manusia memerlukan
perhubungan yang rapat kerana perhubungan itu seperti dapat mententeramkan
manusia. Apabila kita mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia yang lain,
kita akan sentiasa ada orang yang boleh dihubungi ketika kita kesunyian.
Kedua,
kita manusia memerlukan rangsangan. Kita memerlukan rangsangan intelek, jasmani
dan juga emosi. Tanpa rangsangan, kita akan menjadi murung, mengikut pakar
psikologi, kemurungan berpontensi untuk menyebabkan kematian. Ketiga, kita juga
memerlukan perhubungan yang rapat kerana daripada itu kita berasa diri kita
dihargai. Kehadiran orang lain dalam hidup kita sudah cukup untuk membuat kita
diperlukan dan penting kepada orang lain. Faktor yang keempat pula ia;lah kita
memerlukan hubungan yang rapat dengan manusia lain kerana kita perlu menikmati
kehidupan kita dan perlu mengurangkan rasa ketegangan dalam hidup kita. Setiap
insane mempunyai keperluan untuk berkongsi tuah dan kegembiraan dengan individu
yang lain. Oleh itu dalam berkomunikasi dengan seseorang itu kita hendaklah
mengetahui tentang cara komunikasi rasia dan bagaimana untuk tidak bersifat
rasis dalam komunikasi Silang budaya bagi mengelakkan sesuatu perkara yang
tidak diingini berlaku.
Bias
dalam komunikasi terdiri daripada dalam kumpulan dan luar kumpulan. Dalam
kumpulan ialah mementingkan persamaan dengan orang lain. Manakala, luar
kumpulan ialah mementingkan perbezaan dengan orang lain. Luar kumpulan akan
menambahkan jarak perbezaan budaya dengan orang lain dan mempengaruhi cara kita
memproses maklumat. Luar kumpulan menganggap komunikator yang lain sebagai
orang asing iaitu tidak boleh dipercayai, tidak mudah jadi kawan, banyak
perkara mengenainya tidak diketahui dan tidak pandai. Manakala, dalam kumpulan
adalah sebaliknya. Ketidakpastian dan kerisauan akan menjejaskan keupayaan
memproses maklumat kerana mereka merisaukan hasil komunikasi itu sendiri.
Kedua-dua adalah menyumbang kepada cara mereka menyampaikan sesuatu dengan
pengaruh air muka bagi mencapai matlamat. Mereka gagal memberi perhatian kepada
cara komunikasi yang baik dalam proses mendapatkan hasil yang diingini. Secara
tidak langsung air muka yang tidak disenangi akan selalu dipraktikkan oleh
golongan ini. Contoh perbezaan budaya. Dalam temu janji orang Amerika menjaga
masa dan akan mengelakkan sebarang gangguan yang akan menjejaskan jadual waktu
mereka. Orang Afrika pula ialah jenis yang tidak mementingkan masa dan tidak
perlu membuat temu janji sekiranya ingin berjumpa dengan seseorang. Mereka rela
dan biasa dengan ada gangguan dan perkara yang tidak dapat dijangkakan. Di sini
jelas menunjukkan pertembungan gaya pengurusan masa antara orang Amerika dengan
orang Afrika. Perbezaan gaya komunikasi disebabkan oleh perbezaan gaya
pendedahan diri. Contohnyam tingkah laku, kegemaran, kerja dan belajar, wang
serta personaliti. Hal ini juga mempengaruhi air muka dalam berhadapan dengan
budaya tersebut, seperti orang Amerika akan membuat mimik muka atau air muka
kurang senang terhadap kelewatan yang berlaku disebabkan temujanji yang telah dipersetujui,
namun ianya berbeza dengan masyarakat Afrika yang tidak akan membuat air muka
yang tidak berpuas hati keranan dalam budaya mereka tidak menekankan suatu
temujanji itu wajib dipenuhi. Komunikasi merupakan unsur terpenting dalam
kehidupan manusia. Manusia yang tidak berkomunikasi akan berdepan dengan
pelbagai masalah seperti masalah kesihatan dan mental. Kita perlu berkomunikasi
untuk berkongsi perasaan dengan individu yang lain serta menjalin dan
mengekalkan hubungan. Kita juga perlu berkomunikasi dengan orang lain untuk
mengetahui kelebihan dan kekurangan diri kita. Melalui kemahiran berkomunikasi
membolehkan kita memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai apa yang
kita hajati. Komunikasi terdiri daripada lima jenis. Komunikasi antara perseorangan
atau komunikasi interpersonal adalah jenis komunikasi yang melihat bagaimana
proses komunikasi berlaku di antara dua individu dalam persekitaran bersemuka,
serentak dan sehala. Ianya sebahagian daripada strategi kehidupan. Pada masa
kini internet, laman web, laman sosial seperti
facebook,myspace,twitter,friendster dan sebagainya telah memberi tafsiran yang
berbeza terhadap erti kebebasan media itu sendiri.
Komunikasi
menjadi medium untuk memperkatakan perkara – perkara yang sensitif seperti isu
rasis. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan Rasis bermaksud orang yang
mengamalkan kepercayaan bahawa bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau
pendukung utama kepada bangsa – bangsa lain di dunia. Manakala komunikasi rasis
pula bermaksud komunikasi yang mempunyai prasangka dan diskriminikasi di antara
kaum tertentu. Prasangka dan prajudis merupakan akar umbi segala bentukl
komunikasi rasis.Komunikasi rasis adalah satu pandangan yang buruk terhadap
individu atau kelompok manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri – ciri
tertentu seperti ras, agama, pekerjaan, jantina atau kelas. Seperti mana dasar
aprteheid yang diamalkan oleh kaum kulit putih di Afrika Selatan pada suatu
ketika dahulu. Ianya timbul akibat penilaian awal yang dibentuk dan tidak dirujuk
dengan tinjauan terhadap fakta – fakta yang sebenar. Perasaan prasangka sering
kali dijadikan alat oleh golongan majoriti untuk menindas golongan minoriti.
Walau bagaimanapun, ia tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan
tidak mempunyai prasangka terhadap anggota majoriti atau kelompok lain. Kesan
dari prasangka yang semakin menebal, lama – kelamaan akan muncul komunikasi
rasis. Hal ini juga akan mempengaruhi air muka individu. Komunikasi rasis
merupakan suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia. Isu komunikasi rasis
memang sukar dibendung dalam sebuah Negara yang berbilang kaum dan etnik
seperti Malaysia. Di mana juga negara di dunia yang penduduknya berbilang etnik
dan kaum sudah pasti berhadapan dengan masalah perkauman kecuali langkah awal
diambil untuk menintergrasi rakyatnya sehingga mereka dapat menerima konsep
satu bangsa dan mempunyai jati diri yang kuat terhadap negaranya.
Maklumat
yang boleh dikongsi antara dua masyarakat adalah berbeza. Masyarakat
kolektivistik boleh berkongsi segala mengenainya dengan orang lain. Masyarakat
individualistik mengasingkan hal peribadi dengan kerja. Maklumat mengenainya
yang boleh dikongsi dengan orang lain adalah terhad. Apbila orang
individualistik bertemu dengan orang yang mengamalkan daya kolektivistik akan
berlaku pertembungan sekiranya mereka tidak mengenali budaya antara satu sama
lain. Hal ini juga akan menimbulkan konflik dan saling tidak memahami,
berkemungkinan air muka yang ditunjukkan oleh kedua-dua golongan ini akan
kebanyakannya selalu negatif.
Cara Atasi
Halangan
komunikasi dapat diatasi dengan memahami budaya orang lain sebelum berinteraksi
dengannya. Budaya terdiri daripada bahasa dan perilaku budaya orang lain. Cara
mempamerkan air muka sewajarnya juga harus di pelajari dan di ketahui. Kita
perlu memahami konsep budaya dan faktor yang berkaitan untuk meningkatkan
keberkesanan komunikasi. Dengan adanya fahaman mengenai sosial budaya seseorang
akan membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih lancar. Sosial budaya terdiri
daripada persepsi, proses verbal dan bukan verbal.
Kita
perlu bersifat fleksible dengan keadaan yang sentiasa berubah. Strategi
mengatasi cabaran komunikasi silang budaya terdiri daripada strategi kognitif,
afektif dan tingkah laku. Strategi kognitif ialah meningkatkan kefahaman budaya
orang lain seperti melalui internet atau menanya orang berpengalaman. Kita
perlu mengenal pasti perbezaan dan halangan komunikasi yang mungkin berlaku
dalam interaksi sperti pola komunikasi, adat reasam, nilai dan sikap. Pembelajaran
bahasa tempatan dan cara mimik muka yang betul terhadap situasi-situasi yang
berbeza akan memudahkan proses komunikasi. Strategi afektif ialah berfikiran
terbuka, sabar, memandang perbezaan secara positif dan unik serta menyenangkan
hati. Kita perlu sedia berkompromi, mempunyai sikap diplomasi dan sensitif
kepada situasi. Strategi tingkah laku terbahagi kepada akomodasi dan divergen.
Akomodasi ialah memberi tumpuan ketika orang lain sedang bercakap dan cuba
memahami apa yang disampaikan olehnya. Kita perlu perlahan kadar percakapan,
ulang perkataan yang berpotensi disalah dengar atau menimbulkan salah faham,
sesuaikan tabiat komunikasi dengan situasi serta memberi masa kepada orang lain
untuk menyampaikan mesej. Divergen ialah individu yang akan cuba mengelakkan
daripada berinteraksi dengan orang yang lain, elak dari suasana yang mungkin
akan timbul konflik, tidak mengambil berat terhadap konflik yang timbul dan
menunjukkan perbezaan dari segi tabiat komunikasi. Air muka seharusnya sentiasa
tenang dan sesuai dengan keadaan yang dihadapi.
Segelintir pemimpin hari ini mengambil
tindakan yang populis ketika berkomunikasi semasa berkomunikasi dalam
menanagani isu kaum. Mereka mahu dilihat dan dianggap sebagai wira dalam kaum
masing – masing sehingga kadang kala tidak menampakkan sikap tolak ansur dan
profesionalisme sebagai seorang pemimpin. Kita sedia maklum dan faham tentang
tindakan mereka itu, ini oleh kerana mereka tidak mahu dituduh gagal untuk
membela kaum mereka sendiri. Malaysia adalah negara kita dan tidak
seharusnya komunikasi rasis dijadikan amalan rakyat Malaysia. Seluruh rakyat
Malaysia hendaklah menolak komunikasi rasis ini. Air muka juga harus dijaga
demi memperlihatkan ketamadunan yang seiring. Seseorang yang bertanggungjawab
dalam berbahasa seharusnya tahuu untuk berinteraksi ketika komunikasi berlaku.
Kebolehan mengawal langkah pertama serta air muka akan memudahkan seseorang itu
menyesuaikan diri dalam perbualan biasa atau situasi pertuturan rasmi yang
dihadiri masyarakat berbilang kaum.Malahan sebelum ini, seseorang itu perlu
terlebih dahulu memastikan isu yang sedang dibual atau dibincangkan dan apabila
sudah jelas, barulah mengemukakan pandangan yang tidak menyentuh sensitiviti
sesuatu kaum. Secara semulajadi setiap hari kita berinteraksi kerana
sememangnya sedah menjadi tabii manusia sejak azali lagi. Kebebasan bersuara
adalah hak asasi manusia dan tiada siapa atau sesuatu yang boleh mengancam
kecuali dalam keadaan yang tertentu yang membabitkan isu sensitif seperti
perkauman dan keagamaan. Kita berkomunikasi dengan mengambil tindakan –
tindakan bedasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Sebagai
rakyat Malaysia kita perlu berkomunikasi dan berfikir dengan melepasi semppadan
kaum masing – masing. Hak dalam menjaga air muka supaya semua akan merasa
harmoni juga adalah satu tuntutan. Kefahaman tentang perbezaan budaya
merangkumi aspek pola komunikasi, adat resam, nilai, sikap dan pengharapan
perlu ada. Sifat – sifat seperti berfikiran terbuka, sabar, berlapang dada,
memandang perbezaan secara positif meredakan ketegangan dengan melihat
perbezaan sebagai suatu yang unik, kelakar atau menyenangkan hati adalah antara
sikap dan kualiti motivasi yang perlu ada untuk menagani situasi kesulitan
dalam komunikasi silang budaya. Mempamerkan air muka yang membuatkan orang lain
merasa tenteram juga merupakan seni dalam agama Islam. Hal ini bersangkut paut
juga dengan pengamalan budaya di negara kita. Mereka
juga dituntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan
kaum agar dapat mewujudkan negara bangsa yang dapat membina Malaysia yang
makmur dan maju.
Sebagai contohnya, bangsa Melayu hendaklah
tidak berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja dan tidak membatas interaksi dan
tindakan mereka di dalam keentingan kaum mereka sahaja. Begitu juga dengan kaum
– kaum lain seperti Cina, India, Dayak, Kedazan, Orang Ulu, Murut dan lain –
lain kaum lagi. Mereka perlu melakukan perkara yang sama. Kemajuan sesebuah
negara tidak boleh diukur hanya berdasarkan pembangunan fizikal dan kejayaan
material semata – mata. Sebaliknya, aspek kemantapan sosial, nilai-nilai moral,
kekuatan perpaduan dan keintelekualan serta keuntuhan budaya masyarakat yang berbilang
kaum perlu juga diambil kira. Sebagai bangsa Malaysia kita perlu dan pastikan
matlamat yang serupa dikongsi bersama seperti mana Slogan kita 1 Malaysia,
rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Di Malaysia, peranan media massa seperti internet menjadi pencabar utama sebaran am tradisional. Media baru mencetus budaya sendiri dan sering digunakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab kerana komunikasi rasis mereka. Pertuduhan dan pendakwaan memadai melalui internet sahaja. Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam komunikasi silang budaya kerana tidak membantu usaha kerajaan yang meyeru rakyat agar bersatu padu. Intergrasi dan cara berkomunikasi di antara kaum berasakan persamaan hak dan keadilan agar dapat membentuk masyrakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persafahaman dan demokrasi yang unggul berasakan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada negara membangun. Masyarakat maskulin adalah masyarakat yang menilai ketegasan, daya saing, agresif, wawasan yang tinggi dan menekan pencapaian kebendaan, manakala masyarakat yang feminin pula, masyarakat yang lebih mengaalkan kualiti hidup dan member perhatian kepada kaum yang lemah. Nilai – nilai maskulinti dan feminiti ini juga memberi kesan ke atas bagaimana sesuatu masyarakat atau organisasi itu mengurus kehidupan mereka. Ini dapat diperhatikan dalam sapek penetapan keutamaan, cara pembuatan keputusan, gaya penyelesaian masalah dan konflik, pemberian penghargaan ,menjaga air muka dan sebagainya. Kepelbagaian kebudayaan dalam sesuatu masyarakat haruslah diterima sebagai satu hakikat. Bersifat adaptif dan fleksibel adalah strategi yang berkesan dalam menangani masalah komunikasi dalam silang budaya. Sifat diri seperti kesediaan untuk berkompromi, bersikap diplomasi, sensitif kepada situasi dan melihat perpektif orang perlu untuk berurusan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Dalam menjayakan komunikasi silang budaya, mereka yang terlibat mestilah sensitif dan memberi perhatian dengan cara dan tingkah laku mereka berkomunikasi. Mereka ini perlu keluar dari kerangka komunikasi rasis dengan mengambil kira perspektif dan cara orang lain kerana membina jambatan silang budaya ,e,erlukan kesabaran, kepekaan dan kesungguhan. Keupayaan kita menjalinkan usahasama silang budaya dengan lebih baik dan berkesan dalam masyarakat yang berbilang kaum bergantung kepada kopentasi menjayakan komunikasi silang budaya. Untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi silang budaya, kita mestilah faham tentang pengaruh budaya ke atas proses komunikasi. Kesulitan dan salah faham dalam komunikasi silang budaya akan lebih mudah terjadi sekiranya komunikator masing – masing buta perbezaan budaya.
Keadaan akan lebih teruk lagi jika orang yang berinteraksi angkuh dengan budaya dan adat resamnya. Hal ini tidak seharusnya berlaku dalam komunikasi silang budaya. Sudah tentu media baru menjadi perayaan sejagat jika alat komuniksi dipergunakan untuk menyebarkan maklumat yang boleh membawa kebaikan kepada perpaduan rakyat Malaysia menetrusi komunikasi silang budaya dan bukannya komunikasi rasis yang boleh menggugat keamanan negara kita ini. Untuk mewujudkan sikap tidak rasis dalam komunikasi kita sebagai rakyat Malaysia perlu ada sikap tolenrasi dan peka terhadap budaya dan adat resam sesuatu kaum yang ada di Malaysia ini. Bak kata perpatah Melayu” cakap siang pandang – pandang “.
Kesimpulan
Komunikasi silang budaya seharus dan sepatutnya dielakkan kerana ia boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Ini kerana komunikasi didalam negara yang berbilang kaum perlu dilakukan dengan berhati – hati agar proses komunikasi tersebut tidak menyentuh sensitiviti masyarakat dan sekali gus diangap sebagai rasis. Air muka yang sepatutnya terjadi adalah yang berlandaskan adat budaya yang menjurus ke arah keharmonian. Individu yang berinteraksi dan berkomunikasi silang budaya seharusnya mengetahui perbezaan budaya dan pengaruh budaya ke atas komunikasi. Silap cara berkomunikasi akan menimbulkan tanggapan yang berbeza di antara sesuatu kaum. Berkomunikasi silang budaya seharusnya mengetahui perbezaan budaya dan pengaruh budaya ke atas komunikasi. Selama ini mungkin ramai di antara kita leka dan tidak sensitif atau peka tentang identiti buadaya kita sendiri serta budaya kaum yang lain. Kita tidak sedar bagaimana budaya mempengaruhi kita dan bagaimana komunikasi berkait rapat dengan budaya kita dan budaya kaum yang lain. Kita tidak akan mengenal budaya dan mengerti budaya kita sangat bersopan dan kita tidak dapat membandingkan bagaimana budaya kita berbeza daripada budaya kaum yang lain. Kita harus ingat bahawa komunikasi yang tidak mencapai matlamat ini hanya akan membawa kemusnahan dan perbalahan kaum disamping akan menggangu kestabilan dan keharmonian bagi sesebuah negara. Sesebuah negara itu akan hancur seandainya komunikasi tidak sihat ini tidak dikawal dan diambil sebagai salah satu daripada agenda untuk memajukan hubungan antara kaum bagi sesebuah negara itu. Untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang madani yang bertamadun maka air muka dalam budaya sangat penting dan harus dididik.
Komunikasi silang budaya seharus dan sepatutnya dielakkan kerana ia boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Ini kerana komunikasi didalam negara yang berbilang kaum perlu dilakukan dengan berhati – hati agar proses komunikasi tersebut tidak menyentuh sensitiviti masyarakat dan sekali gus diangap sebagai rasis. Air muka yang sepatutnya terjadi adalah yang berlandaskan adat budaya yang menjurus ke arah keharmonian. Individu yang berinteraksi dan berkomunikasi silang budaya seharusnya mengetahui perbezaan budaya dan pengaruh budaya ke atas komunikasi. Silap cara berkomunikasi akan menimbulkan tanggapan yang berbeza di antara sesuatu kaum. Berkomunikasi silang budaya seharusnya mengetahui perbezaan budaya dan pengaruh budaya ke atas komunikasi. Selama ini mungkin ramai di antara kita leka dan tidak sensitif atau peka tentang identiti buadaya kita sendiri serta budaya kaum yang lain. Kita tidak sedar bagaimana budaya mempengaruhi kita dan bagaimana komunikasi berkait rapat dengan budaya kita dan budaya kaum yang lain. Kita tidak akan mengenal budaya dan mengerti budaya kita sangat bersopan dan kita tidak dapat membandingkan bagaimana budaya kita berbeza daripada budaya kaum yang lain. Kita harus ingat bahawa komunikasi yang tidak mencapai matlamat ini hanya akan membawa kemusnahan dan perbalahan kaum disamping akan menggangu kestabilan dan keharmonian bagi sesebuah negara. Sesebuah negara itu akan hancur seandainya komunikasi tidak sihat ini tidak dikawal dan diambil sebagai salah satu daripada agenda untuk memajukan hubungan antara kaum bagi sesebuah negara itu. Untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang madani yang bertamadun maka air muka dalam budaya sangat penting dan harus dididik.
Alhamdulillah...^_^....XOXO
boleh kongsikan mengenai 'penjagaan wajah sebagai asas kesantunan' ?
ReplyDeleteIn shaa Allah jika saya ada masa taw, xjanji. Busy...hehehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete