Salam Maal Hijrah! (walau sudah terlewat utk post entry ni,. semangat kne ade..hehe, insha'Allah.)
Berada di awal-awal Muharam terasa menyegarkan. Selalunya, apabila melangkah ke tahun baru, kita akan terkenang kembali peristiwa hijrah Rasulullah solallah alaihi wasallam dan para sahabat radhiyallahu anhum dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Sungguh hijrah Rasul dan para sahabat bukanlah sekadar hijrah jasadiah (fizikal) akan tetapi hijrah yang disertai dengan ruh keyakinan kepada Allah, hijrah untuk memantapkan aqidah dan tauhid saat dakwah Rasulullah ditentang hebat oleh musyrikin Makkah, hijrah demi kelangsungan penghayatan agama yang mana disambut baik oleh penduduk Kota Madinah.
Betapa hijrah Rasulullah dan para sahabat merupakan sebuah manifestasi agung meninggikan syiar agama Allah! Rasulullah solallah alaihi wasallam berhijrah kerana taatkan perintah Allah dan mengharapkan redha-Nya. Maka, bagaimana pula dengan kita.. penghayatan kita kepada makna hijrah. Sudah berhijrahkah kita? Hijrah minda dan keyakinan, hijrah sikap dan akhlaq, hijrah identiti dan peribadi agar semuanya berada di dalam bingkai yang diredhai Ilahi. Usah takut dan gentar untuk memulakan langkah hijrah. Usah ragu dan risau akan duri-duri yang mungkin menyucuk apabila berada di atas jalan yang lurus.
Salam tahun baru 1432H. Moga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lalu.
Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup anda dan cahaya jalan anda melalui Tahun Baru. Harapan Tahun Baru ini Kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari kemarin Berharap anda dan keluarga anda selalu selamat dan bahagia. Selamat Tahun Baru 2011.
No comments:
Post a Comment