Gambar diatas sekadar gambaran ceket mengenai tingkahlaku langsang, btw saya sekeluarga suka sangat2 drama korea nim. Happy day kejap kalo tengok si Sakaki Makio nim berlakon...Lawak. Ianya adalah dibawah topik yang telah saya pelajari dalam Psikologi Sosial. Orait, secara lebih senangnya ianya adalah tingkahlaku yang x bagus kerana lebih bersifat negatif. Tingkah laku langsangan berbeza antara satu dengan yang
lain . Sebagai contohnya, ada orang menyerang balas orang yang menyerangnya,
ada yang memukul berkali-kali isterinya ketika bergaduh tanpa belas ehsan dan
ada juga yang memaki hamun ketuanya kerana tidak dinaikkan pangkat atau
seumpamanya. Dalam erti kata yang lain tingkah laku langsangan ini mempunyai
dua jenis :-
1.Langsangan Emosi dan Langsangan Instrumental
Dalam kes-kes yang tertentu langsangan dirangsang oleh
emosi yang kuat. Seseorang itu akan bertindak ganas dan diluar kawalan apabila
berada didalam keadaan yang terlalu marah yang biasanya bertujuan untuk mendatangkan
keederaan dan kesengsaraan kepada mangsa. Langsangan emosi ini juga dinamakan
sebagai langsangan yang bersifat permusuhan, afektif, kerengsaan, impulsive dan
kemarahan.
Sementara itu untuk langsangan instrumental terjadi apabila manusia
menggunakan keganasan untuk mengawal dan mempengaruhi orang lain. Misalnya,
seseorang yang menembak orang lain boleh menyebabkan orang berkenaan
tercedera,tetapi tindakanya itu adalah cara beliau untuk menyelamatkan diri.
Dengan kata lain tingkah laku lansang itu merupakan cara atau alat seseorang
untuk mengawal dan mempengaruhi orang lain,dan bukanlah disebabkan emosi beliau
(marah atau benci)
2. Langsangan sah atau langsangan tidak sah.
Kita biasanya tidaklah mengutuk atau mengkritik semua
bentuk langsangan. Misalnya,kita tidak akan mengutuk polis yang membunuh
penjenayah. Begitu juga,kita tidak akan mengutuk tindakan tukang gantung yang
mengggantung penjenayah yang dihukum mati. Dalam contoh ini,kita mengetahui
bahawa tindakan mereka ini disahkan atau diterima oleh masyarakat. Manusia
biasanya akan membuat pertimbangan tertentu sebelum memastikan sesuatu tingkah
laku langsangan itu sah ataupun tidak.
Dalam kebanyakan kes,kita menganggap bahawa tindakan langsang itu sah apabila
pelaku langsangan itu menduduki rol-rol sosial tertentu, misalnya pegawai polis
dan askar menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat. Walaubagaimanapun
tindakan ini akan dianggap sah apabila ia berada dalam rol yang
ditetapkan,sebaliknya pula tindakan langsangan itu dianggap tidak sah. Misalnya,seorang
anggota polis boleh menembak penjenayah sekiranya penjenayah tersebut melawan
atau membalas tembakan. Sekiranya penjenayah tersebut tiada senjata dan
menyerah diri seara aman,maka anggota polis tidak dibenarkan untuk menebak
penjenayah tersebut. Sekiranya beliau masih melepaskan tembakan tingkah laku
langsang dianggap tidak sah.
Kita biasanya memikirkan bahawa tindakan kita melindungi
diri daripada pengganas adalah satu bentuk tindakan ganas yang sah. Misalnya
kita menembak mati seseorang yang cuba menyerang dan membunuh kita merupakan
tindakan yang sah. Budaya juga memainkan peranan yang penting dalam pentafsiran
kita terhadap tindakan yang boleh dianggap langsang. Misalnya didalam
masyarakat feaudal dahulu, tindakan raja yang “mengkasari” atau menghina
rakyatnya tidaklah dianggap sebagai agresif. Lebih-lebih lagi apabila rakyat
dalam masyarakat tersebut menganggap raja sebagai wakil tuhan di dunia ini.
Tapi dalam masyarakat moden sekarang ini (misalnya Negara kita
Malaysia),memukul anak dalam bentuk yang agak keterlaluan oleh dianggap sebagai
tindakan langsang(penderaan) yang boleh membawa kepada hukuman.
Namun,lain
masyarakat lain penafsirannya terhadap sesuatu tigkah laku yang dianggap langsang. Cekedout !
1st esgmtku ^.^
No comments:
Post a Comment