Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis
karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi
berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku
lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk
risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul
"Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater
Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut adalah buku
karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.
Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan
analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester
sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan
adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan
kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan
itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12
tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera
paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan,
manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai
‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan
yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu
lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap
sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak
membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi
(arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan
darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa
peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.
Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam
kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan
Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan
perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran
daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan. Penyelidikan dan
penulisan ibnu sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap
pada masa itu.
Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah
ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku
ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M.
Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin
dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada
abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali. Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan
sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di
Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai
bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah
menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Beliau melakukan method pemerhatian (observation) dan analisis.
Berdasarkan cara ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. Penulis- penulis Barat telah menganggap
Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori
perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan
dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.
Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit
saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana
telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku
tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping
hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan
anatomi Ibnu Sina yang luas. Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai
"Medicorum Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum
Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah
sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai
"Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi
"Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di
Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada
waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang
berjaya mengubati baginda. Sehinggalah berkat pertolongan yang telah di berikan
oleh Ibnu Sina baginda (Sultan Nuh 11 bin Mansur) telah kembali pulih
sepenuhnya.
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham
terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara
sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana
sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan
ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal
dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles
sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang
letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka
apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang
meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah
apa yang disebut sebagai lembah-lembah."
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi ,
kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A
shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi
sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan penemuan-penemuan
yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa
benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam
terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu
kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia
Muslim.
Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat
beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan
psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu
diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam
masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan .
Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim
(doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu
perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa
para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam
denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini
merangkumi kuat atau denyutan yang lemah, kedua ialah masa antara denyutan dan
terakhir adalah kandungannya lembap diparas kulit dekat denyutan itu dsb.
Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan
tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam
pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan
daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu
melalui cara iaitu untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu
jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak
teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses
tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga
disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat
penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan
syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang
pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah
suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan
tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya.
Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan
telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan
termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak
karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi.
"Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu
dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah
mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman
Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti
Eropah hingga ke abad 17 M.
Present Pengajian Islam, :)
No comments:
Post a Comment