Monday, November 22, 2010

Raut wajah tua, membekas seribu duka...


Petang hari setelah tiba di Melaka untuk mengambil barang sekejap tadi aku pergi keluar makan dengan kakak serumahku. Sambil menunggu makanan yg di order siap di masak, sempat lah jugak aku berbual dan bercerita dengan kakak serumahku di kedai makan tu. Sungguh berbekas cerita yg di sampaikannya, hampir menangis aku di situ. Ceritanya begini…




Seorang ibu y sudah kematian suami membesarkan seorang anak lelakinya, betapa sayangnya ibu tersebut kpd anak lelaki tunggalnya, di hantar ke sekolah agama dengan harapan nilai dunia dan agama seimbang dalam melayari kehidupan ini. Harapan seorang ibu. (Beliau juga merupakan ibu angkat kpd ibu kakak serumahku..)

Sebermulanya, anak yang di tatang bagai minyak yg penuh itu telah berjaya seperti yang di cita. Sehingga khutbah di kampung pun kepercayaan di berikan kepada pemuda bertuah itu. Anak sang ibu di hormati orang kampung kerana ketinggian ilmunya. Berbungga2 hati sang ibu tersebut.

Namun, segalanya berakhir apabila anak lelakinya itu mengahwini seorang wanita yg mana menjadi ‘Queen Control’ dalam segala hal. Lebih menyayatkan dan merobekkan hati sang ibu apabila anaknya tunduk kepada titah perintah sang isteri. Ya Allah, fitnah dunia telah berlaku, anak yg tinggi ilmu agama tergamak membuang ibu kerana seorang perempuan yg sungguh membawa malapetaka. Sungguh tidak tahukah hukum dalam agama wahai sang anak?! Membiarkan ibu tanpa jagaan, tanpa belaian dan tanpa kasih & sayang.

Lagi menyedihkan, rumah sang anak ibarat istana dan ibu adalah setinggan yang hanya mencacatkan suasana. Tergamak sungguh memperlakukan sedemikian rupa taranya. Iringin khabar dan tanggunngjawab langsung tidak singgah dalam diri sang anak lantaran isteri tidak mengizinkan. Khalifah apakah kamu wahai sang anak?!

Hinggalah kini, sang ibu terlantar sakit di hospital, namun kelibat anak tidak kelihatan. Hati mana tidak terhiris, selalu aku dengar ungkapan ini “seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, nmun 10 orang anak itu belum tentu dapat menjaga seorang ibu..” Allah akan mempersoalkan kembali tanggungjawabmu di akhirat nanti.. Wahai perempuan, jangan menjadi manusia yang dilaknat di sebabkan keterlanjuranmu mengkianati amanah sebgai isteri membelakangi mertuamu, dan para lelaki pemimpin keluarga.. jangan terikut ikutan nafsu, dahulukan ibumu dan jangan sesekali mengguris hatinya.

LAFAZ YG TERSIMPAN 

Luluh hatiku yang sayuMenatap wajahmu tenang dalam lenaKasih zahirkan lakuSedangkan bibirku jauh dari lafaznyaDan raut tuamu membekas jiwakuMeredakan rindu mendamaikan kalbuTak mungkin kutemu iras sentuhanmuBiarpun kuredah seluruh duniaMencari gantimuBetapa sukarnya menyusun bicaraMeluahkan rasa menuturkan sayangKasih yang terlimpah hanya sekadar tingkahCuma ungkapan kebisuan yangmelindungkan kalimah rahsiaMasih kubiarkan waktuMelarikan lafaz kasihku padamuMengapakah sukar menyusun bicaraMeluahkan rasa menuturkan sayangKasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsiaApakah yang hilang andai dilisankanBait penghargaan penuh kejujuranTak mungkin terlihat cinta yang meronaJika hanya renungan mata yang bersuaraBukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapanAndai akhir nafas di hujung helaanSebelum mata rapat terpejamUsah biar kehilanganMenggantikan lafaz yang tersimpan...



Tidak cukupkah segala pengorbanan mengandungkanmu, membesarkanmu dan tidak pernah memenuhi segala hasratnya kerana mu? Sedarlah sang anak. Jika ada lelaki yang terbaca entry ni, harap mengambil iktibar dan didiklah isteri anda dengan penuh hikmah agar ibumu adalah ibunya jua…Jadikan isterimu bidadarimu yg memahami segalanya, bukan mengarah dan membuatmu lalai tentang tanggungjawab. 

Kaum ADAM ketua keluarga, INGAT!!!


1 comment: