Monday, November 22, 2010

Raya Korban, Jadikan ianya bererti... T_T

Sadis betul gayanya gadis itu. Senyum, kelat. Ketawa di buat2, namun menjadikan hari itu bercahaya dan bermakna di rasakan satu kewajipan baginya. Wah, bermadah bagai aku di pagi raya bebaru ni, mana tidaknya.. beraya di rantauan, hati mana yg keruan, jiwa sungguh tak tenteram.. Rindu meronta-ronta buat keluarga kesayangan. Korban jiwa, korban raga.




Iduladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah mengenai keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda demi agama Allah SWT. Tanpa pengorbanan agama, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegakkan. Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang.


Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal keseorangan di tanah gersang Mekah, merupakan model isteri mithali yang sanggup mengorbankan jiwa raga semata-mata kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya. Demikian juga kerelaan seorang anak iaitu Nabi Ismail AS untuk disembelih oleh bapanya, semata-mata kerana perintah Allah adalah merupakan isyarat bahawa berkorban sebenarnya tidak melihat kepada usia. Ini bermakna samada golongan tua, dewasa, belia, lelaki dan wanita, perlu bersedia untuk berkorban apa sahaja demi tertegaknya akidah tauhid dan terlaksananya syariat Allah SWT. Inilah intipati pengajaran daripada pengorbanan agong yang diterokai oleh Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya alahimussolatuwassalam.


Ramai dalam kalangan kawan2 aku yang merindui ibu bapa yang beraya kat Makkah, (Destinasi impian aku untuk hantar kedua org tuaku nanti, aminnn….) Sungguh aku mendoakan agar ibu bapa mereka pulang dgn selamat ke tanah air. Mengenang Makkah yg penuh karamah dan sejarah islam terunggul, hati aku teringin sekali ke sana serta melalui pengalaman umrah & haji. Sangat mengimpikan agar suatu hari aku dapat menjejakkn kakiku di Makkah..


Pagi hari aku ikut maksu pergi beraya, kemudian hari yg berikutnya aku pergi kenduri kendara majlis korban lembu. Terpegun, suasana yg x pernah aku alami. Dalam menanti lauk sedang di masak sempat aku mencuri pandang kearah sekelompok tokki2 yg berkumpul di bawah pokok mangga di tepi tasik. Macam nak pegi ambil je gambar diaorang, comel sgt! (Rindu lak kat tokki..) Dalam kerancakkan maksu dan kawan dia berbual (aku tetiba jd baik, diam jer..huhu..) kami terdengar tokki2 tu berzikir dan membaca surah beramai2, di ikuti oleh tokki2 dan pakcik2 di bawah khemah makan, khemah masak.. Suasana yg sguh Islamic… Semua terdiam dan mengikuti rentak alunan zikir itu, termasuk aku yg dalam keadaan yg kekaguman..Sgt mengharukan! Moga2 nilai murni akn menjadi ikutan buat generasi sekarang & akn datang...


Nilaipengorbanan : Insha’Allah, pengorbanan yg dinilai Allah bukan pencapaian dan kuantitinya, yg penting keikhlasan dan usaha yg dilakukan.. Sekadar peringatan buat diri yg penuh dosa & sahabat sekalian… ^^

No comments:

Post a Comment