Monday, January 21, 2013

Change !


Ok . First kena mengenali diri saya yang sangat kasar dan rockers ini . Sememangnya kelihatan agak ganas dan disebabkan itu ramai yang ingin berkawan dan lebih tepatnya selesa berkawan dengan saya , even though lelaki sekalipun . Ini akan memberikan kesan kepada bakal suami saya untuk menerima keadaan ini , malah ayah saya sendiri pon dengan konversatifnya mengatakan lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan rapat sangat ok... =.='

Alahai , dengan perwatakan saya yang amat easy going dengan budak2 perempuan mahupun lelaki ini menyebabkan keserasian tu bertambah ketara, still batasannya mestila ada kan . But then , bila memasuki fasa seterusnya yang akan melangkah ke arah alam yang lebih beramanah ... mulai terfikir bahawa harus ada wujud lebih banyak 'gap' with another guy ni dan hal ini adalah demikian kerana  ada seseorang secara psikologinya telah menyedarkan saya . OMG ! Subahanallah ... bantulah dalam mengatasi kelemahan diri ini.

Saya rasa sangat bersalah kepada seseorang tersebut kerana hal yang telah berlaku , walau apa pun alasan saya ... still, apa yang dapat saya simpulkan adalah hikmahnya untuk saya lebih sangat-sangat lagi menjaga bab ni. [Maaf taw . Janji saya akan cuba berubah dan akan buat terbaik dlam misi menjadi yg terbaik ~] Alhamdulillah atas kesedaran ini , secara lapang dadanya saya sedar kelemahan saya ini dan saya akan cuba perbaikinya ...

Mungkin kebanyakan masa sebelum ini saya banyak melihat pada sudut pandang saya sahaja tanpa cuba menilai diri saya ini dari perspektif oarang lain . Jadi bila fikir2kan apa yang telah saya lalui membuatkan saya mulai mengerti mengapakah seseorang akan bertindak dan merasa begitu adalah berpunca dari diri saya . Alangkah bersyukurnya saya kerana diberi kesedaran ini walaupun di penghujung dan khilaf telah berlaku . Kepada seseorang , saya minta maaf sangat2 kerana khilaf tersebut . Mungkin awak mengatakan semuanya ok berikutan sesuatu yang terjadi bukanlah menunjukkan kesalahan yang serius , tapi saya betul memaksudkan ingin melakukan perubahan itu. Saya cuba untuk diri sendiri dan untuk bakal suami saya yang telah Allah pilih . 




Amin , permudahkan segalanya dan tetapkan keimanan dalam hatiku ya Allah ~


Saturday, January 12, 2013

Saya Rindu Awak


Saya tidak pernah menduga jarak antara saya dan awak semakin parah jauhnya. Tak pernah terduga juga ujian maha hebat ini menimpa saya . Tiada kata2 yang terucap tiap kali saya teringat awak dan terpandang gambar awak yang berada di sudut bacaan saya. Ujian maha dahsyat ini membuat saya seakan kosong . Saya sedar banyak khilaf dan kesilapan telah berlaku sepanjang awak dan saya menempuhi masa2 bersama. Sedar bahawa saya tidak akan mungkin akan biasa menjalani hari2 tanpa awak disisi. Dan, naluri saya juga kuat mengatakan awak juga begitu .Bulan berganti bulan , awakdisana nun jauhnya.
Saya sendiri disini merindui . Manakah harus terluahkan,

Jika langit itu luas, 
tetapi bila memandangnya dengan ingatan terhadap awak...langit itu berubah sebaliknya.
Jika lautan itu berombak, 
tetapi bila memandangnya dengan ingatan terhadap awak...lautan itu berubah sebaliknya. 
Jika pulau itu kecil dn indah, 
tetapi bila memandangnya dengan ingatan terhadap awak...pulau itu berubah sebaliknya.
Jika bulan itu mempesona, 
tetapi bila memandangnya dengan ingatan terhadap awak...bulan itu berubah sebaliknya.
Jika bintang itu gemilang sinarnya , 
tetapi bila memandangnya dengan ingatan terhadap awak...bintang itu berubah sebaliknya.


maaf buat awk sedih.
maaf tak memahami
maaf lambat mesej
maaf buat awk kecewa
maaf selalu cuai
maaf selalu wat silap
maaf emosi
maaf diam bila awk tnye
maaf pandai tulis je
maaf jika kurang ajar
maaf buat awak geram
maaf buat awk moody
maaf buat awk stress
maaf slow nak tangkap
maaf kekadang cpt touching
maaf sgt sensitip
maaf suka nangis
maaf cpt down
maaf ikut kpala je
maaf tak sempurna
maaf sukar berkomunikasi lisan
maaf lambat
maaf lukakan hati
maaf buat awak tertunggu2
maaf susahkan awk
maaf bg awk mls nak layan saya
maaf untuk segalanya....


Jarak pemisah ini mengambil separuh semangat saya kakak. Walaubagaimanapun, saya akan berdoa sampai hujung nyawa saya agar pintu kemaafan awak terbuka buat saya. Separuh semangat yang tinggal akan saya gagahi menjejaki cita2 demi syurga saya , ibu dan ayah. Saya yakin dengan mak, dia penuh percaya dengan segala yang berlalu ada hikmah yang baik , manakan lagi ada kuasa menentang segala yang telah Allah takdirkan. Demi cinta terhadap awak Kekanda tercinta, Jamilah Yahaya , hanya untuk awak :

Duhai kekanda , usah membisu... Mengapa kau bersedih?
Duahai kekanda , ku rasa sayu... Mengapa kau begitu ?
Dinihari petang menanti ku kesepian.


Friday, November 16, 2012

Allah , berilah aku kekuatan dalam membuat keputusan ini. 
Jika benar dia adalah pemilik tulang rusukku,
dekatkanlah hatiku & hatinya.

Aminnnn~


Tuesday, October 30, 2012

Raya & Suprise :)

Akhirnya di bulan Oktober bersejarah ini aku di takdirkan pulang ke kampung halaman yang amat-amat ku rindui dan cintai. Sambut raya aidiladha di sana dan juga bercuti sekejap. Walaubagaimanapun, after this aku kene kembali melunaskan tanggungjawabku mencari rezeki. Wah, ayat nak sedih. Koya

Some of my memorable pic:

Fokus adalah terhadap lembu yg kene sembelih tu. Ok, memang meriah tahun ni sebab 7 ekor depan mata di korbankan. Punyalah ramai orang, x sia-sia aku beraya kat kampung.. [Ayat xboleh blah. =.=']

Now, dah hampir mau pulang ke Melaka, ramai member2 lama nak ketemu aku. Tp dengan jem yang tahap gaban di pantai timur itu telah menyebabkan niatku terbantut, haih.. Nak buat macamane xde rezeki. Member kawin pong xleh nak pegi.. waaaaa. :( Moral: Jangan buat majlis kawen time raye k. Seseorang aku harap datang ke rumah tidak kunjung tiba, maybe bukan waktunya lagi. ^^ Apapun, aku tetap bersyukur kerana berkesempatan berada in my home sweet home!


SUPRISE !!! lah konon..haha.


Suprise bestday perancangan adikku , iaitu Datin Zara, Spy Gurlz Eika n Tukijan.. Heyyy, sangat berahsia dorang nih. Sampai terpinga2 aku dan part yang x best aku sakit perut hari tu. Untuk tidak mengecewakan mereka aku cuba tersenyum sambil menahan kesakitan perut yang maha hebat. Maaf Mak, xdapat merasa Nasi Minyak spesel yg mak buat. Fyi, mereka sambut atas boat ok. Mane dapat link utk sume tu pon xku xtahu. Hadiah yang kamu2 semua bagi tu tidak ternilai dari diri kamu masing2 wahai yg tersayangku. So romantik n sweetest moment ever! Thanks everyone. ;'). I Love u~

Organiser yg cun melecun. ^0^


Semangat tuh . Haha ~

My Salt Bestday Cake~ hahaha.


Baiklah, inilah coretan kisah menarik sepanjang pulang ke kmpung. Pic banyak lagi tapi nanti menyampah lak kamu sume nengoknye. Haha. Alhamdulillah. Sungguh aku bersyukur mempunyai keluarga seindah ini. <3



Tuesday, October 23, 2012

Selamat Hari Lahir Cik Her :)


Terima kasih buat Ibu & Ayah, Family n sahabat yg mendoakan. Amin~



Ya Allah makbulkan doaku. :)

Saturday, October 20, 2012

Sesuatu.

Sudah lama rasanya tak mencoretkan apa-apa berkaitan diri di laman sesawang berbentuk blog ni, hehe. Entah, mana arah kekuatan yang telah menyebabkan gerak tangan ku ini laju aje hendak menulis. Apapun di harap perkongsian ini tidak menyentuh sensitiviti sahabat diluar sana.

Subahanallah, jujur aku katakan sepanjang tahun ni pelbagai perkara suka dan duka aku tempuhi. Tapi sangat ajaib, setelah ianya berlalu barulah aku lihat kehebatan hikmah di sebalik apa yang berlaku. Gadis sepertiku yang ala-ala rock la konon ni telah berdepan dengan banyk situasi-situasi besar~menyebabkan aku banyak berfikir dan mulai menghitung arah tuju ku di kemudian hari.



Tidak langsung menjurus ke arah bab kehidupan juga, bab perasaan ku kira amat rapat malahan amat besar pengaruhnya dalam hidup aku. Sejak bila ianya berlaku aku pun sukar memahaminya. Yakin segala-gala yang berlaku atas keizinan Allah. Cuma Allah merahsiakan masa depan adalah di sebabkan Dia ingin melihat aku berusaha dan terus berusaha.

Petikan ini tepat menggambarkan  perasan perasaan ku:

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.
Jika takdir Allah menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya.
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya.
Kita tetap akan bersama dirinya.
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan...
akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, Insya-Allah.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah Allah S.W.T ♥
Berbalik kepada tajuk yang tetibe terpampang di atas.. Sesuatu, ya aku merasakan ada sesuatu yang berat akan aku lalui, berat sehingga menggetarkan seluruh jiwaku, sesuatu yang akan bakal merubah segalanya. Sesuatu yg kuharap dapat menyinariku. Amin ya Allah. [K, dah. Xblh lelebih..huhu]Aku sebenarnya sedang berperang dengan perasaanku, antara membuat pilihan hidup mati, membuat pilihan dunia dan ukhrawi. Pilihan sang khalifahku. Seperti sang puteri menunggu sang putera, aku sangat yakin dengan takdir sang pencipta Dia sedang aturkan yang terbaik. Paling tepat menggambarkan hatiku kala ini:-


Ya Allah
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi

Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah! Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buat ku
Kerana Kau tahu segala isi hati aku

Ya Allah
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan untukku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
dan peliharalah diriku daripada kekecewaan

Ya Allah
Berikanlah diriku kekuatan
Melontarkan bayangannya ke dada langit
Agar ku rasa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tak sama dengan dirinya
Seandainya dia datang menemuiku
Cinta itu adalah cinta sejati dan satu
Seandainya dia tidak datang menemuiku
Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi..

Ya Allah
Pasrahkanlah apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Kerana Engkau maha mengetahui
Bahagia yang terbaik untuk hambamu ini...

Baiklah, sekarang bercerita pula mengenai perancangan aku selepas exam, aku ingin kembali berkarya. Melukis dan start mengumpul kembali koleksi lukisan [setelah semua lukisan ku musnah dek air , T.T~] Yeah! Berusaha Cik Her ,dah tua da aku rupa2 nya. Haha. Walaubagaimanapun, setiap kejadian yang berlaku kat aku sepanjang tahun ni akhhirnya membuatku tersedar bahawa hidup harus terus memandang ke depan dan jangan pernah memberhentikan langkah perjalanan. ^_^

Thursday, October 11, 2012

Karma.


Benar belakalah kata sang pujangga,
Tatkala dulu jika kau purnama...
Dengan redup pandang kau melihat  pungguk-pungguk menagihmu~
Tatkala dulu  jika kau bunga berwarna pawana...
Dengan hairan kau melihat sang kumbang berlari-lari menginginkanmu~
Tatkala dulu jika kau permata yang terbilang...
Dengan segala rimas kau ingin menepis emas dan perak yang cuba merapati~

Namun, hidup ini karma teman.
Apa yang bakal kau lalui selamanya tidak akan sama.
Dunia ini ada pasang surutnya, ada roda berputar berlawanan arah, ke atas dan ke bawah.
Ianya berputar, dan biarkan berputar.
Turutkan kata hatimu dengan sayup bisikan cinta Ilahi.
Kelak pasti kau tersenyum sendiri.
Bahagia dalam redha tak bertepi.
Derita sudah berlalu pergi~
^_^







Puisi yg aku coretkan da lama, 
hari ni baru jumpa dlm buku Tilawah.
0 Allah,  thank you.