Subahanallah, jujur aku katakan sepanjang tahun ni pelbagai perkara suka dan duka aku tempuhi. Tapi sangat ajaib, setelah ianya berlalu barulah aku lihat kehebatan hikmah di sebalik apa yang berlaku. Gadis sepertiku yang ala-ala rock la konon ni telah berdepan dengan banyk situasi-situasi besar~menyebabkan aku banyak berfikir dan mulai menghitung arah tuju ku di kemudian hari.
Tidak langsung menjurus ke arah bab kehidupan juga, bab perasaan ku kira amat rapat malahan amat besar pengaruhnya dalam hidup aku. Sejak bila ianya berlaku aku pun sukar memahaminya. Yakin segala-gala yang berlaku atas keizinan Allah. Cuma Allah merahsiakan masa depan adalah di sebabkan Dia ingin melihat aku berusaha dan terus berusaha.
Petikan ini tepat menggambarkan perasan perasaan ku:
Sekuat mana kita setia.Berbalik kepada tajuk yang tetibe terpampang di atas.. Sesuatu, ya aku merasakan ada sesuatu yang berat akan aku lalui, berat sehingga menggetarkan seluruh jiwaku, sesuatu yang akan bakal merubah segalanya. Sesuatu yg kuharap dapat menyinariku. Amin ya Allah. [
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.
Jika takdir Allah menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya.
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya.
Kita tetap akan bersama dirinya.
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan...
akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, Insya-Allah.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah Allah S.W.T ♥
Ya Allah Seandainya dia menjadi milikku Tercipta untukku Dekatkanlah dia padaku Satukanlah hatinya dengan hatiku Tetapkanlah kemesraan antara kami Agar kebahagiaan ini abadi Titipkanlah kebahagiaan Ya Allah! Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan Ku harap dia adalah yang terbaik buat ku Kerana Kau tahu segala isi hati aku Ya Allah Seandainya telah kau takdirkan dia bukan untukku Bawalah dia jauh dari pandanganku dan peliharalah diriku daripada kekecewaan Ya Allah Berikanlah diriku kekuatan Melontarkan bayangannya ke dada langit Agar ku rasa bahagia Walaupun tanpa dirinya Gantikanlah yang telah hilang Tumbuhkanlah kembali yang telah patah Meskipun tak sama dengan dirinya Seandainya dia datang menemuiku Cinta itu adalah cinta sejati dan satu Seandainya dia tidak datang menemuiku Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi.. Ya Allah Pasrahkanlah apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik untukku Kerana Engkau maha mengetahui Bahagia yang terbaik untuk hambamu ini...
Baiklah, sekarang bercerita pula mengenai perancangan aku selepas exam, aku ingin kembali berkarya. Melukis dan start mengumpul kembali koleksi lukisan [setelah semua lukisan ku musnah dek air , T.T~] Yeah! Berusaha Cik Her ,dah tua da aku rupa2 nya. Haha. Walaubagaimanapun, setiap kejadian yang berlaku kat aku sepanjang tahun ni akhhirnya membuatku tersedar bahawa hidup harus terus memandang ke depan dan jangan pernah memberhentikan langkah perjalanan. ^_^
No comments:
Post a Comment