Alahai , dengan perwatakan saya yang amat easy going dengan budak2 perempuan mahupun lelaki ini menyebabkan keserasian tu bertambah ketara, still batasannya mestila ada kan . But then , bila memasuki fasa seterusnya yang akan melangkah ke arah alam yang lebih beramanah ... mulai terfikir bahawa harus ada wujud lebih banyak 'gap' with another guy ni dan hal ini adalah demikian kerana ada seseorang secara psikologinya telah menyedarkan saya . OMG ! Subahanallah ... bantulah dalam mengatasi kelemahan diri ini.
Saya rasa sangat bersalah kepada seseorang tersebut kerana hal yang telah berlaku , walau apa pun alasan saya ... still, apa yang dapat saya simpulkan adalah hikmahnya untuk saya lebih sangat-sangat lagi menjaga bab ni. [Maaf taw . Janji saya akan cuba berubah dan akan buat terbaik dlam misi menjadi yg terbaik ~] Alhamdulillah atas kesedaran ini , secara lapang dadanya saya sedar kelemahan saya ini dan saya akan cuba perbaikinya ...
Mungkin kebanyakan masa sebelum ini saya banyak melihat pada sudut pandang saya sahaja tanpa cuba menilai diri saya ini dari perspektif oarang lain . Jadi bila fikir2kan apa yang telah saya lalui membuatkan saya mulai mengerti mengapakah seseorang akan bertindak dan merasa begitu adalah berpunca dari diri saya . Alangkah bersyukurnya saya kerana diberi kesedaran ini walaupun di penghujung dan khilaf telah berlaku . Kepada seseorang , saya minta maaf sangat2 kerana khilaf tersebut . Mungkin awak mengatakan semuanya ok berikutan sesuatu yang terjadi bukanlah menunjukkan kesalahan yang serius , tapi saya betul memaksudkan ingin melakukan perubahan itu. Saya cuba untuk diri sendiri dan untuk bakal suami saya yang telah Allah pilih .
Amin , permudahkan segalanya dan tetapkan keimanan dalam hatiku ya Allah ~
No comments:
Post a Comment