Friday, December 31, 2010

Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru 2011...


Salam Maal Hijrah! (walau sudah terlewat utk post entry ni,. semangat kne ade..hehe, insha'Allah.)
Berada di awal-awal Muharam terasa menyegarkan. Selalunya, apabila melangkah ke tahun baru, kita akan terkenang kembali peristiwa hijrah Rasulullah solallah alaihi wasallam dan para sahabat radhiyallahu anhum dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Sungguh hijrah Rasul dan para sahabat bukanlah sekadar hijrah jasadiah (fizikal) akan tetapi hijrah yang disertai dengan ruh keyakinan kepada Allah, hijrah untuk memantapkan aqidah dan tauhid saat dakwah Rasulullah ditentang hebat oleh musyrikin Makkah, hijrah demi kelangsungan penghayatan agama yang mana disambut baik oleh penduduk Kota Madinah.

Betapa hijrah Rasulullah dan para sahabat merupakan sebuah manifestasi agung meninggikan syiar agama Allah! Rasulullah solallah alaihi wasallam berhijrah kerana taatkan perintah Allah dan mengharapkan redha-Nya. Maka, bagaimana pula dengan kita.. penghayatan kita kepada makna hijrah. Sudah berhijrahkah kita? Hijrah minda dan keyakinan, hijrah sikap dan akhlaq, hijrah identiti dan peribadi agar semuanya berada di dalam bingkai yang diredhai Ilahi. Usah takut dan gentar untuk memulakan langkah hijrah. Usah ragu dan risau akan duri-duri yang mungkin menyucuk apabila berada di atas jalan yang lurus.




Salam tahun baru 1432H. Moga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lalu.


Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup anda dan cahaya jalan anda melalui Tahun Baru. Harapan Tahun Baru ini Kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari kemarin Berharap anda dan keluarga anda selalu selamat dan bahagia. Selamat Tahun Baru 2011.






Monday, December 27, 2010

MIMPI yang indah! -> by: mestica..




Telah ku lalui jalan berduri 
Sejuta harapan terus ku pertahankan...

Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan

.............

Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar 
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan!

Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan.
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah kau cuba untuk mengerti...








Saturday, December 4, 2010

Hubbul Akhirat... (Cinta Akhirat)



Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya. Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (Surah al-Syura 42:20)



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi sesiapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali dalam sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Riwayat al-Tirmizi)



Mereka yang cinta akhirat diberi kemudahan menikmati dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu. Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya dan hanya kepadanya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (Surah al-Mulk 67:15)

Sumber : majalah solusi isu 18 hal 13,

sekadar peringatan kpd diri & sahabat semua..^^...fikir2kanlah...