Wednesday, October 6, 2010

Sukar bersyukur, mudahnya mengeluh.... :(

"Kenapalah time ni jugak nak sakit perut? kenapa??"
"Matila aku...huh! test mmg xdapat masuk ni.. mesti miss marah, tapi aku xdapat bangun ni"

Alamak, aku da mengeluh. Padahal ujian tu baru sikit. Aku xmenghintung pun hikmah di sebalik semua tu. Mungkin Allah nk aku lebih bertabah dan belajar untuk bersabar....Tapi, itulah manusia, apabila ujian menimpa, keluhan terlontar dahulu, aku ingin berubah menjadi orang yang sering bersangka baik. Terima kasih Allah kerana menyedarkan aku...T_T

Begitu mudah sekali kan melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan. Terus, mengingatkan kpd diri sendiri...Alangkah alpanya aku...

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)

yheberusaha : jgn sedih kene marah, berjuang smp ke akhirnye!!!!

3 comments:

  1. salam ukhuwah persahabatan..
    terima kaseh sudi jadi follower...
    Saidina Ali pernah kata...orang yang paling lemah ialah orang yang tidak mampu mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari..

    blog saya taklah hebat sngt, malu rsanya jika diletak sebaris dgn blog2 hebat tu...

    mengeluh sbnrnya baik...
    dari mengeluh kadang-kadang idea tu terhasil...
    salam.

    ReplyDelete
  2. salam kembali.
    same2.. ^^

    Setiap org punye pendapat msing2, dr idea tulah mmbuatkan kita berbeza dan mampu melengkapi.

    Slmt berjuang sahabat semua!

    ReplyDelete
  3. sama2...
    moga kita sama-sama saling melengkapi.
    InsyaAllah.

    ReplyDelete