Friday, October 8, 2010

Mampukah ANDA ????

Mampukah ????

I
I
I
I
V
1o peringatan BuMI kpd manusia,
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa manusia sering alpa dan leka dengan nikmat dunia
yang bersifat sementara. Beliau berkata saban hari Bumi berkata-kata kepada manusia dan mengingatkan kepada manusia mengenai usia mereka yang semakin dekat ke penghujung kehidupan dan peringatan supaya Anak Adam merenung jumlah amalan mereka
untuk bekalan ketika Ajal menjemput....

Katanya sesungguhnya, setiap hari bumi menyeru kepada manusia dgn 10 perkara :-


1.Wahai anak Adam!!!!!!! Berjalanlah diatas perutku, tetapi ingat engkau akan dimasukkan kedalamnya kelak!
2. Engkau melakukan maksiat diatas belakangku, tetapi ingat engkau akan diazab dalam perutku.
3. Engkau ketawa diatas perutku, tetapi ingat satu hari nanti kau akan menangis didalam perutku.
4. Engkau bergembira diatasku, tetapi ingat satu hari kelak kau akan kecewa dalam perutku.
5.Engkau mengumpul harta diatas belakangku, tetapi suatu hari kelak kau akan menyesal kerana tidak mengumpul amal kebajikan waktu didunia dalam perutku.
6. Engkau makan benda yag haram diatasku, tetapi ingat kel;ak engkau akan dimakan oleh ulat didalam perutku.
7. Engkau angkuh dan sombong diatasku, tetapi ingat kelak engkau akan dihina dalam perutku.
8. Engkau berlari dgn riang diatasku, tetapi ingatlah engkau akan jatuh dalam keadaan dukacita dalam perutku.
9. Engkau hidup bersiram cahaya matahari,bulan dan bintang diatasku, tetapi ingat kelak kau akan tinggal dalam kegelapan dalam perutku.
10.Engkau hidup diatasku beramai2, tetapi ingat satu hari kelak kau akan berseorangan dalam perutku.


Ingatilah bahawa kehidupan kadangkala
apa yang kita anggap kita mampu buat bukan lah seperti yang kita fikirkan...
Janji Allah itu nyata, kumpulkan bekalan utk berjumpa Sang Pencipta.


No comments:

Post a Comment