Monday, March 11, 2013

KUIM Seindah NamaMu :)


Derap langkah bermula kisah anak rantau ,
Semangat muda  menyala bagaikan mentari,
Berbahang dan tetap tinggi,
Sungguh silau dengan gerak penuh berani .

Tatap mata itu tetap pada waqi’ ,
Indah dan terlalu muslim biahnya ,
Syahdu jiwa dalam tenangnya nurani ,
Bagai terngiang mengajak tuntuni fitrah islami ,
Subahanallah , walhamdulillah walailahaillalah wallahuakbar !

KUIM, bukan hanya cita tertera ,
Ianya pemula semangat perjuangan yang membara ,
Menjunjung kembali bangsa rabbani ,
Dalam wasilah penuh dedikasi ,
Matang dan sungguh gah berdiri !

Tersenyum dibumi KUIM ini,
Menghintung dan menilai setiap pengalaman,
Terlalu manis dan bererti ,
Harga untuk bekalan duniawi dan ukhrawi.

Hikmah diungkai lagi. Satu persatu …
Terkesan segala intipati loncatan dalam memaju diri.

Sorotan mata memandang penuh kagum,
Hembusan cinta segenap ruang ilmu,
Mengelamun indah melayari perjuangan,
Rimbun dan berbunga harapan,
Pejuang bangsa tekun dalam pelajari setiap makna,
Moga transformasi diri bakal mengubah dunia,
Daya cinta bercambah dan terdidik di sini,
KUIM pembuka segala.




For my poem competation. Just sweet, In Shaa Allah. Amin~

Sunday, March 10, 2013

Nikmat KasihNya


Lewat malam ini aku tenang.
Nyaman menumpang lalu sambil seakan tersenyum padaku,
Sedar aku dalam keadaan penuh cinta,
Syukur tiada taranya,
Indah tiada bahasanya,
Rindu tiada penghujungnya
Kasih tiada sempadan pemisah garisan,
NikmatMu sungguh sejukkan hati dan perasaan ini,
Maha suci Allah yang menjadikan tiap sesuatu.

Mata kini terbuka,
Yakin apa yang telah disusuri adalah takdir terindah,
Dalam menjalani pengalaman bekalan perjalanan...
Aku x akan pernah berhenti
Apatah untuk berpaling menyerah,
Tidak sama sekali!

"Laa ilahailla anta subahanakainni kuntumminazzolimin "

Masih ada waktu,
Pintu taubat itu luas,
Persembahkan dirimu kembali kepada Dzat yang asal,
Halawatul iman akan mengringi
Di bawah teduhan makrifahnya..
In shaa Allah kamu akan benar merasa,
Ertinya bahagia dalam cintaNya.




Cerita Cinta Seorang Ayah

Bermula lahirnya saya di dunia ini di iqamahkan oleh insan yg bagi saya amat bererti dan tiada tara kasihnya . Ayah . Sungguh anakanda mencintaimu y terlalu seperti mana kasih sayang yang telah kau curahkan tanpa syarat . Mak tahniah dapat kekasih yg hensem, comeyyy dan tabah seperti ayah , bangge lettew ! Hahahaha ...

Ok , sebenarnya saya ingin ceritakan serba sedikit peringkat pemahaman saya terhadap ayah . Saya selalu memikirkan sebab mengapakah ayah saya yg tersayang ni tidak mahu membuka perniagaan secara setempat atau dalam erti kata lain membuka kedai . Pilihan nya cuma satu dan muktamad ingin borong barang meniaga dan menolaknya secara pukal kepada pembeli dan masa yg selebihnya memilih untuk berjaja meniaga masuk ke kawasan-kawasan pedalaman di sekitar Jelapang, Guntung , Bukit Layat dsb. Jika ayah x larat sekalipun ayah rela suruh driver bawak lori TAJ1200 kesayangan nya dan meneruskan rutin meniaga daripada berhenti sehari bekerja. Subahanallah . Cekal nya hati dan semangatmu ayah . Kedai setempat yang dibuka, ayah hanya mengupah orang menjaganya berikutan bukan minatnya nak menunggu, kata ayah dengan penuh gaya muka menunjukkan yang tidak suka keadaan menunggu terbabit. Ayah2, dush kat perut sekali! Hahaha ~

Waktu balik bercuti bulan lepas , sempat saya mengikutnya berniaga . Saje ingin melawat kawasan pedalaman yg masih lagi terpelihara kehijauannya, walaupun orang2nya xberapa nak 'hijau' which mean Islam dan amalan dalam masyarakat di situ tak berapa nak amalkan sangat Islam secara kesuluruhannya , ape taknya suasana agak tidak muslim dengan makcik2 yang suka berkembam serta anak gadisnya yang hanya selesa berT-shirt dan berkain sarung serta tidak bertudung . Kehadiran saya pula bagi mereka adalah seperti asing kerana bertutup litup walaupun rock ok , hehehe .

Berbalik pada ayah , kebahagiaan nya terserlah dan jiwanya seakan hidup apabila rutin meniaganya itu dijalankan. Senyuman ayah pada customer dia yg sedang memilih barang amat meyakinkanku ayah teramat suka dengan pekerjaan begini. Sudah sebati dan berdarah daging . Sekilas sempat juga ku menoleh wajah2 customer ayah yg ceria dan seakan rindu dengan kehadiran ayah yang sememangnya sangat mengamatkan suasana dengan lawak jenakanya dan bahan membahan yg akan tercetus dalam kalangan pakcik dan makcik di situ . Saya hanya memerhati dan turut ketawa dalam gembira . Ayah , sifat mu menjadi kerinduan ku .

Ketika sedang asyik mengambil barang-barang yang diminta saya terdengar suara dari jauh menjerit nama ayah 'Pak Ya datang yeay3 ! ' A few kanak-kanak berkerumun , ayah hadiahkan keropok yang dijual . Kata ayah , mereka adalah anak-anak orang miskin. Ayah bergurau dengan mereka , subahanallah sumpah saya sangat touching . Kasih sayang ayah tak pernah kedekut , <3 u ayah . Moga Allah merahmatimu . Setelah sekian lama meneruskan meniaga , tetiba ayah berhenti di hadapan sebuah rumah yang sangat dhaif keadaannya. Ayah menekan hon berkali2, ada seorang makcik keluar bersama nenek . 'Tak nak !' laung makcik tu berkali2. Ayah tetap turun , seraya saya bertanya mendapatkan kepastian kenapa ayah turun kerana yang pastinya mereka tidak mahu membeli. Ayah explain bahawa makcik terbabit ibu tunggal , menjaga mentua yg sakit serta anak-anak yang ramai . Musim hujan begini di Terengganu sudah tentu sukar mendapatkan bekalan bahan mentah. Ayah mengambil ayam, ikan serta sayur dan beberapa barang lagi. Ayah memberikan barang2 tersebut kpd makcik itu dan menjerit 'Xpayah bayar ! Mu masok ke anok mu bia kenyang, mudah ceket ngaji ...' Makcik tu melaungkan terima kasihnya dengan senyuman yang terukir. . Saya sekadar menjadi pemerhati. Terdiam dengan kemuliaan hati ayah. Subahanallah...


Walaupun kehadiran saya menemani ayah bukanlah banyak membantu (cuma pandai menghabiskan buah tomato yang dijual adalah.. Hahaha) Tapi ayah sepertinya sangat gumbira, yelah rindu dengan saya la tu, cepat ngaku ayahhhh! Hehehe. Dahlaaa pakai baju perwakilan time saya universiti dulu, hamik sekali my name pun ade kat situ okehhh, bkak mata besar2 carik ye. Kat lengan sebelah kiri . "JAWAHER" Pink colour lagilah x menahan. Kesah plak kannnn ayah..Hahaha. Sepanjang perjalanan ayah asyik bercerita, bercerita dan bercerita... Indahnya masa bersamamu ayah. Rezeki yang telah ayah berikan dari saya kecik sampai besar xkan pernah terbalas, begitu jua dengan kasih sayang yg tercurahkan...Semoga saya menjadi anak solehah yg menerangi alam kuburmu nanti..Amin3. Sayang Ayah kerana Allah. 



Saya doakan ayah panjang umur , murah rezeki dan cepat-cepat dapat cucu, hahahaha. XOXO. 
Allah rahmatilah ayahanda saya yang tercinta ini, semoga syurga Allah menantimu. Aminnnn ~



Friday, March 8, 2013

Luarbiasa ~



Ganjil dan terlalu asing .
Sungguh menuntut pengamatan ,
Sekaligus akal seakan sukar bernafas ,
Buntu jalan merungkai ,
Isi istilah yang tidak pernah ketemu .

Jangan silap mentafsir,
Terkadang ia mungkin harus hanya perlu melihat ,
Berdiri kaku mengiyakan kehebatan Pencipta semesta .

Tiada semua yang baru itu adalah titik hitam ,
Malah mungkin loncatan sebuah kejayaan.
Hintung nilai dan pegangan ,
Dunia dicipta bukan lompang!
Dia tahu inci alam karma setiap terjadi...

Bangkit dari sedar kawan ,
Usah kecelaruan beraja lagi ,
Kejar kerlipan yang menjadi fitrahmu ,
Maju ke depan usah kaku lagi ,
Iringilah bersama azimat agung ,
Allahuakbar .

Converse Oh Converse

Minat sungguh hamba dengan jenama nih, hampir setiap keluarannya akan membuatkan hamba tersenyum, Allah yang membolak balikkan rasa.. manalah tahu suatu hari minat kasut macam Pua Chu Kang pulak. (Mintak jauh.. Syuhhh3x...) Hahahaha. Ayah adalah orang yang  sentiasa mengeleng-ngeleng kepala tengok 'dress' pelik ni, katanya orang perempuan pakailah kasut perempuan. Pelik3. Sian Ayah, tak terjangkau dek akalnya mengapakah hamba ni minat pakai sneakers. Ape nak buat... In Shaa Allah ayah... Till times come. Wait2. Hahaha.

Okey, sekarang bercerita mengenai koleksi. Tak lah banyak. Tapi akan pastikan ape yang ada sentiasa terpakai. Berdosa ada barang tapi kita x gunakan . Kan3.. Tapi, sesuatu telah berlaku, again.. Seorang hamba Allah ini telah menghadiahkan sepasang kasut converse yang sangat 'girl' untuk saya . Walaupun da berkali2 saya cakap jangan susah2 belikan pape, sebelum ni pun awak dah langgar , now again.. Ishk3, degil awk yepp.. Pokk pale skali! Huh.  For the 1st time, saya suke sangat dengan design dan colour sneakers tu. Sungguh! Terima kasih sangat2 MKMN yg cumil mcm Garfield! Hahahaha . Moga Allah sentiasa menjagamu . 



Lawa kann ?? Hehehehe. Pandai beliau pilih. Mak da mulai perli2 , cakap saya dah mulai kegadisan melihat corak yang tertera kat sneakers tersebut. Im gurl ok, but Ayah still dengan konversetifnya seperti selalu mengatakan masih lagi KASUT .. Hahaha, ayah dengki. Dush2 perut .. >o<

....................



Cerita saya: Converse Idaman . Saya seperti Cinderella k. Dah lama benar saya mencari beliau, tapi masih tidak ketemu juga. Mungkin belum berjodoh. Di sini ada dua sneakers yang bertakhta di hati. Rock2 :-




Begitu bergaya dan menggoda bagi saya, maybe bagi anda-anda yang membaca adalah sangat menyampah... Hahaha , tak salah jika berkehendakkan dan berimpian nak memiliki. Kata my Mak hok come lote kalau apa yg kita hendak x tercapai tu bermaksud Allah akan bagi yang terbaik. Allah takkan cepatkan, tidak akan lambatkan tapi TEPAT pada waktunya. Wahhh , da jadi cam serius plak. Okehhh, cekedout !




Terima Kasih Allah...^^


Alhamdulillah . Syukur yang teramat buat kurniaan Allah kepada saya, anugerah kasih sayang adik. Adik saya ramai (My sibling is 11. Im da 4rd one..and u can count my adik ada berapa kannn.. Haa, big blissful family I have! XOXO) Tapi now on saya nak cerita mengenai dua dayang saya yang setia mencintai saya dan selalu menghiburkan hati saya dikala saya diruntun kesedihan dan kepenatan serta sentiasa sama-sama bergumbira .Hepi sangat . Bila saya da berumahtangga nanti awak xbolehh nk menggedik sangat dah ngn saya taw3...hahaha.  Menjadi sahabat baik saya yang selalu berkongsi segala suka dan duka. Kamu sangat suweeeet ok. Hahahaha. Macam gula-gula kapas lah !


Secara adat nye adik beradik mestilah akan ada salah faham dan bergaduh. Normal, tapi kami sangat berbeza. Kalo gaduh sekalipun x akan lama sebab perasaan sayang mengatasi marah atau sakit hati. Dan biasalah jika konflik berlaku sebab manusia x terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesilapan adalah pengalaman paling berharga buat kita sebenarnya dalam proses meningkat dewasa sekaligus memahami peranan kita yang tentunya saling melengkapi. Wahh, gambar kat atas tu adalah kami ketika berjimba2 ke pantai untuk amik-amik angin dan sememangnya hobi kami yang wajib dipenuhi.. Harharhar.

Kami memiliki ketinggian yang hampir serupa, saiz yang saya percaya sedikit masa lagi mereka berdua akan mengatasi saya. Tahniah ye... Hahaha , jika kami trio kemana-mana kadang kala mereka-mereka diluar sana akan beranggapan kami adalah rakan sebaya. Part tu yang kadang-kadang membuatkan dayang-dayang saya nim agak koya sedikit. Hahaha. Tapi sumpah best sangat keluar dengan mereka , walaupun keadaan yanng paling sukar adalah untuk mengawal perbezaan pendapat dan konflik antara mereka serta keinginan mereka tahap dewa tuhhh.. Ishk3.. Senyum saya x putus bila teringatkan beliau berdua nih! ^____^

One thing that Im so sure , mereka akan mengangis sewaktu ingin berpisah dengan saya. Saya pon sama. Deep inside subahanallah , berat x tertanggung. Tapi kene biasakan diri, kami kene menempuhi alam kedewasaan yang menunutut jarak berjauhan .Sekarang mereka berdua tengah menunggu result STPM dan SPM. Muga Allah berjayakan mereka dengan cemerlangnya dalam keputusan nanti. Aminnnnnn ~

Masing-masing, sorry to say sangat ramai peminat okeyy. Tapi jual mahal, katenye nak blaja dulu.. bagus3 , pious and gud gurl y'all. Mereka membuatkan saya kagum memiliki adik seperti mereka, sangat rajin membantu ayah berkerja, dan paling penting sangat pandai bantu habiskan makanan mak! Hahaha, kalo berada bersama mereka ade je cerita2 nak dikongsi..dan saya tidak sesekali bosan kerana mereka berdua telah dianugerahkan memasing seorang penstori telling yang berjaya ..Hahaha , Klaka, comel, kadang-kadang xlogik sumelahhh ! Paling penting sangat2 membuatkan saya dan MakAyah akan terbahak-bahak.. Spesis gapolahhh ...Hak3


Doa utk  awk berdua:

Semoga berjaya di dunia dan di akhirat serta di bawah lindunganNya selalu . Mencapai segala impian yang di idamkan dan menjadi hamba , cucu , anak , adik.. [Isteri, coming soon..Lambat g, jangan gedik sangat ok] yang solehahhh...Aminn.

Allah peliharalah hubungan yang terjalin ini sampai syurga . Nak mereka jadi bidadari saya nanti boleh?? hehehe . Cintailah saudara mu sepertimana kamu mencintai diri kamu sendiri.. Peace!

Isu Merunsingkan : Pencerobohan di Lahad Datu


Polis Lahad Datu Sabah 150x150 Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah VS Waris Sultan SULU Filipina : Berita Terkini Dari Sabah?


Anda perlu fahami jikalau mahu semak sejarah semula, Filipina tiada kena mengena dengan Sabah sekarang.
  1. Singkap semula sejarah sekitar 1654 di mana Sultan Brunei yang telah berikan Sabah.
  2. Jadi, jikalau diikutkan Brunei yang lebih berhak menuntut Sabah sebenarnya kerana Sultan Brunei yang telah berikan Sabah ini kepada kepada Sultan Sulu (yang memerintah sebahagian daripada apa yang dikenali Filipina sekarang)
  3. Pada tahun 1878 sultan Sulu memajak Sabah selama-lamanya kepada Syarikat Borneo Utara British
  4. Pada tahun 1946, syarikat itu menyerahkan Sabah kepada Britain.
  5. Sebelas tahun kemudian, Sultan Sulu mengisytiharkan pajakan dibatalkan.
  6. Tetapi Brunei telah reda yang Sabah sekarang sudah berada dalam Malaysia selepas bersetuju masuk Malaysia 1963 dan telah diiktiraf PBB, menjadi sebahagian daripada Malaysia.

PUNCA PENCEROBOHAN LAHAD SABAH OLEH PENCEROBOH SULU?

 

  • Kumpulan 100 warga Filipina lengkap uniform + senjata (M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol). Sekali lagi kami tekankan mereka lengkap bersenjata api
  • Mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu Sabah sejak 12 Februari lepas sebagai waris berketurunan “Raja Sulu” dari selatan Filipina.
  • Mendakwa memperolehi mandat daripada Sultan Jamalul Kiram III dan ekspedisi mereka diketuai seorang tengku mahkota dengan nama Rajah Mudah Agbimuddin Kiram.
  • Pencerobohan Lahad Datu Sabah disebabkan mahu menuntut Sabah yang didakwa dipajak kepada Malaysia
Semoga rakyat sabah tenang dan selamat sepanjang saat cemas yang melanda pada waktu ini. Hanya kepada Allah tempat pergantunggan , Aminn . Secara kronologi anda semua boleh membaca info dari  BERNAMA.