Ya Allah, dengan izinMu,Telah banyak yang aku laluiHingga pernah resah jiwa iniHingga pernah gelisah hati iniCinta dunia pernah merantai hatiWalau tidak pernah kuzahiriDalam sederap langkah perjalanan hidupku
Jika dulu telah Engkau izinkanAku merasai kehangatan kasih dalam alpaJika dulu Engkau benarkanAku menikmati rindu adam kepada hawaJika dulu Engkau biarkanAku di dalam bahagia yang sementaraCukuplah wahai tuhanku!
Kerana di sebalik semua ituAku pernah kehilangan cintaMuPernah gersang jiwakuPernah tandus imanku!Derita itu merobek ketenangankuHatiku yang telah retak semakin retakSolatku tiada lagi khusyuknyaRukukku tiada lagi ikhlasnyaSujudku bersama fikiran yang melayang entah ke manaTahajjudku sudah tiada serinyaMunajatku sudah hilang air matanya!Imanku longlai untuk berkata-kata!
Dan Ya AllahSetelah semua itu aku laluiDengan penuh susah, jerih dan payahKugagahi jua langkah lemah iniBerbekal harapan yang tidak pernah matiAkhirnya kutemui cintaMu yang hakikiManisnya kurasaiBahagia dan ketenangan abadi!
Bersama setiap sedutan nafasBeriramalah tasbih, tahmid dan takbirHati ini bahagia dengan mengingatiMuHati ini derita bila melupaiMuEngkaulah Kekasih dan cinta hatikuSekalipun tidakAku berasa kecewa kerana dikecewakanBahkan hati yang retak kembali pulihHati yang merana kembali damaiHati yang sirna kembali menyinar!
Syukurku padaMu tuhan!Atas segala kurniaanNikmat rasa cinta yang cuma sedikit padaMu ini,Jangan Engkau lenyapkan,Jangan Engkau kuburkanTapi, suburkanlah cintaku padaMu tuhan!Biarkan hati iniTerus mengharap, berpaut dan bergantung padaMuKurniakan kepadakuSekeping hati yang kuatAgar ia terus hidup di dalam cahayaMuSelamanya!
(Sumber: note FB sahabat)
No comments:
Post a Comment