Tuesday, February 28, 2012

Jom Heboh, Aman Palestin~

Jom heboh telah di adakan di Melaka pada 25/26 Feb, jadi sekadar perkongsian pengalaman.. Sekali lagi saya telah menjadi sukarelawan untuk Aman Palestin. Keadaan di sana teramatlah ramai, bersesak2.. Kalaulah begini jugak keadaan orang berpusu2 ke majlis ilmu kan sejok mata memandang~ Hehehe

Turn untuk jaga booth adalah jatuh pada hari ahad yang mana start dari pagi ke malam. [Penuh keseronokan.. ^^] Alamak, tetiba sahaja disana, saya ngn nadia cuba mencari parking2 yg kami boleh selitkan.. Tapi, hamapa. Pusing2, kami putuskan utk park aje kat kwsn park yg di jage dekat dengan Petronas. WHAT?! Terkejut beruk kami bila diberitahu 1 jam kne bayar 10 hinggit, OMG. Kemudian dengan iringan gelak dan geram kami keluar balik dan park kat bowling site. Wahh.. jauh sungguh bjalan.... *.* Akhirnya sampailah dibooth yang agak meriah walaupun xberapa besar keluasannya. Jadi di  sebabkan kekangan masa dan kesibukan mempromote suruh rakyat jelata bumi Malaysia ni menderma, gambar xbanyak diambil.. Haha.
Terik2....
Di malam hari.. ^^
Pagi ke tengahari punyelah terik yang maha hebat, dan pada petang dan malam hari di selangi hujan yang sekejap lebat dan sekejap sepoi2 bahasa. Kawan2 saya pun x dapat nak datang sebab masalah parking dan cuace yang x menentu. But its ok... Banyak jgk jumpa staff dan lecture dulu kat sini, artis yang singgah di sini pon dah xsempat nak cam di sebabkan terlalu busy nak menjual barang. Antara brg yg kami jual adalah, keychain, t-shirt, tabung, buku, banner, ball pen, botton dll. Walaubagaimanapun, still berbangga dengan orang kita yang prihatin dan menderma. TERIMA KASIH~

Malam terakhir tu mereka telah memasang bunga api. Cantik sgt.....


SekadarCoretanRingkasDariSaya:

Friday, February 10, 2012

Renungan.



Purnama yang sungguh jauh...
Aku selalu termangu di jendela,
Mengapa hati sering berlari getarnya..
Sehingga membuat aku megeluh,
agar mampu aku terasa nafas memenuhi ruangku.

Setelah lama aku seperti bermimpi,
Lantas terjaga ku kerana bunyi ingatan,
"...jangan terlalu hanyut dengan perasaan yg bisa membuatmu lemas."
Jangan!

Berlarilah mencari hakikat yang pasti,
Walau kau terasa jauh dan lelahnya,
Sebenarnya kau akan semakin mengerti erti cinta.
Kau akan mengerti sang pencipta adalah segala,
Sebab dan natijahnya.
Itulah jawapan sebenar dalam renungan dunia.
Selagi bernyawa berusahalah.
Dia di sisimu...

Thursday, February 9, 2012

Looking the eyes of Love..


It's everything I am
Everything I want to be
I can see what's mine now
Finding out what's true
Since I found you
Looking through the eyes of love
Now, I can take the time
I can see my life
As it comes up shining now
Reaching out to touch you
I can feel so much
Since I found you
Looking through the eyes of love
And now, I do believe
That even in a storm we'll find some light
Knowing you're beside me, I'm all right
Please, don't let this feeling end
It might not come again
And I want to remember
How it feels to touch you
How I feel so much
Since I found you
Looking through the eyes of love....




Special for: My beloved family.
That always in my heart.
Always....

Thursday, December 22, 2011

Musibah agar lebih TABAH!

Sungguh tidak berdaya sang semangat tatkala berdepan dengan ujian yang maha dahsyat, malahan bertubi2 datang seperti undangan yg telah lama tersimpan. Wahai sang hati, mampukah kamu menanggung segalanya? Air mata, mampukah menahan mutiaramu dari jatuh berguguran bagai kemboja di baham taufan? Subahanallah, hebat pergelutan perasaan ketika berdepan dengan situasi yang tidak pernah kita impikan. Perit.


“Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji
siapakah yang terbaik amalannya.”
(Surah al-Mulk: 3
“Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja,
mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”
(Surah al-Ankabut: 2)


Namun itulah yang biasanya terjadi, ujian untuk menguji tahap ketahanan dengan mengikut kemampuanmu sang hamba! Terimalah dengan hati yang terbuka, lapangkanlah dadamu, yakinlah Allah akan membelanya. Bukankah Allah itu cukup untuk menyakinkanmu terus gagah melangkah?

Berbalik kepada dunia realiti, sama seperti manusia lain kita sebenarnya lemah. Dimana pun mesti ada khilafnya, anggaplah jua ujian itu untuk menghapuskan dosa2mu yg kecil yakni kifarah. Orang lain tidak mampu untuk memahami permasalahan kita, kerana orang yang tepat berdepan dengan ujian itu adalah kita sendiri, jadi bangkitlah dan selalulah bersangka baik. Itulah ubat dan penawar bagi sang hati.

Cerita perkongsian ujian yang melandaku waktu ini jua banyak merenggut kesabaranku, namun setelah mengamatinya barulah disedari rupanya hikmahnya indah dan lebih baik. Allah tidak pernah sesekali menganiayai hambanya malahan mengajar kita erti hidup dan kesabaran. Jika syurga adalah matlamat hidup kita, mengapa di endahkan lagi nikmat dunia yang sementara itu di tarik balik. Cubalah lagi! Berusaha lagi! Insha'Allah Dia pasti menolongmu.

Coretan ini bukan sahaja peringatan pada diriku, malah untuk tatapan sahabat di luar sana yang sedang mengalami kekecewaan serta ujian yang terlalu berat dan terhimpun banyaknya. Jangan bersedih! mohon pertolongan Dia Yang Maha Mendengar,tapi ianya juga bukan lah tiket untuk memendam rasa dan tertekan, menangislah! Itulah tanda lemahnya kudrat sang hamba, merayu lah pada Allah Yang Tidak Pernah Tidur dan Maha Mengetahui..

Setelah habis segala usaha yang telah kita lakukan tawakkallah kepadaNya, redha dengan apa yang telah terjadi. Berikan lah ketengan buat hatimu.. Segala musibah membuatkanmu lebih tabah! berterima kasihlah kepada Allah dengan ujian di beri, itulah tanda cinta dan kasih sayangNya buat hamaba-hambaNya.



Cukuplah ALLAH sebagai pembelaku.

Friday, December 16, 2011

Semangat Berusaha!


Mengejar mampu dalam tepu,
Hati berlari tiada berhenti
Bagai mentari menahan bahang
Bukan bergantung benang seutas
Sejuta rasa benihnya sama
Impian dicita genggam harapan
Kemudi pilihan natijah dihadapan
Sepenuh hati matang kendiri.

Ayuh gagah sang khalifah!
Bangkitlah lagi walaupun rebah
Sepi hati bukan penghalang
Cinta sejati menanti pelangi
Menanti bunga kembang dihari
Bawalah jambangan selangi tangisan
Biar bermakna seribu pengertian...



Ya Allah...
Letakkan DUNIA ini ditanganku,
bukan dihatiku...

Friday, November 25, 2011

What if ...







Ever wonder what would happen if we treated our Quran 
like we treat our cell phone? 





What if we carried it around wherever we went? 


What if we flipped through it several time a day? 

What if we turned back to go get it if we forgot it? 

What if we used it to receive messages from the text? 

What if we treated it like we couldn't live without it? 

What if we gave it to Kids as gifts? 

What if we used it when we travelled? 

What if we used it in case of emergency? 

This is something to make you go....hmm...where is my Quran? 




Oh, and one more thing. 


Unlike our cell  phone, we don't have to worry about our Quran being 

Disconnected because Allah already paid the  bill. 

Makes you stop and think 'where are my priorities? 
And no dropped calls!





From my email,


Wednesday, November 23, 2011

Saat Terindah DenganNya...


SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam.Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.

Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi. Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan. 

Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam. Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya.

Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:
“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji." 
(Surah Al-Israk: Ayat 79)


Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 
“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” 
(Hadis Riwayat: Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. 

Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. 

Kurniaan di dunia ialah:
a. Jauh daripada segala penyakit
b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:
a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.

Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik.

Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.

Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.


sumber:Tazkirah.blogspot