Saturday, September 24, 2011

Nilaian Kasih



Kebergantungan bukan pada hamba.
Terus menjurus pada yang Maha Pencipta.
Jangan terlalu merintih nasib, kelak kau akan merasa dunia ini sungguh sepi.

Selalulah menghintung segala kurnia..
Teruslah bersyukur dengan nikmat demi nikmat,
tak kunjung putusnya padamu.

Bertimpa-timpa ujian itu tandanya kau terpilih,
Insan di sayangi kerana kekuatannya.
Bukan sekadar keluhan andai terlalu berat beban perihnya.
Bertahanlah, nur rahmat di hadapan menantimu.

Wajah2 tersayang,
Bening kasih melambai meniupkan kekuatan kasih padamu.
Bekal semangat di perjalanan tika jatuh segala daya kudratmu.

Yakin Allah tahu apa yang terbaik buatmu.
Kasih sayang Nya terlalu besar buatmu.
Ingatinya dengan bersungguh2 akan membawa ketenangan,
Seperti lautan menyimbah seluruh hati mu.
Itulah lambang kasih abadi.

Tuesday, August 2, 2011

Peringatan DariMu ~

Kelu seribu bahasa.
Rasa diri penuh cacat dan cela.
Bagai luluh segala kekuatan.

Bila ucap keramat itu terluah,
Aku kaget
Bagaikan aku berada di dunia kedua
Terasing.

Malam ini,
Sungguh lama ku berfikir,
Cara alir ku merungkai, 
Rasa yang aku lalui,
Rupanya berbeza.
Terlalu~

Hilang aku dalam laut resah.
Memutar kembali apa yang telah aku jalani,
Ternyata ada titik lompang di situ,
Tidak seharusnya terjadi,
Namun masih yakin segalanya adalah tanda.
Peringatan yang maha tertusuk di sudut hati.

Muhasabah.
Seharusnya menjadi pendindingku.
Jangan lalaikan  aku  lagi,
Maaf atas segala kekhilafan.
Aku mohon padaMu~

Jangan palingkan aku lagi setelah ku tersedar~

Friday, July 29, 2011

Ramadhan Ku Tunggu-Tunggu ...


Aku tidak mengerti langkah ini,
Kudratku makin lelah menghimpit..
Jerih makin galak mengusik.
Sungguh tercorot riak wajah ceriaku.

Namun,
Berita mengenai kedatanganmu melakarkan senyum di hariku,
Yakin sesuatu kekuatan terbentang,
Bisa membuatkan semangatku menjulang-julang,
Itulah isinya Ramadhan,
Mampu memecahkan segala kekusutan.
Kuasa jahat akan di cengkam biar x mampu berdamping,
Semoga roh-roh akan makin berseri,
Dengan putih berkilauan menolak segala noda hitam.
Aku dengan seribu pengharapan.

Moga ini bukan Ramadanku yg terakhir,
Kerana aku rindu saat bersua,
Aku tagih sepenuh cinta~
Lailatul Qadar mu aku tidak mengerti gerak masanya,
Begitu indah jika memilikinya,
Tiada kata mampu lagi terucapkan...



Ramadhan yg ku rindu, bawalah barakah mengiringiku.

Sunday, July 24, 2011

Yakin.



Sering hembusan disalah tafsir,
Mata dipejam rapat.
Mengamati luka itu dengan penuh nikmat.
Bukankah segala adalah kurnia?
Jadi mengapa harus ada sedih dipenghujung rasa?
Syukur biar ada.
Baru hidup akan selesa.

Ahhhhh...
Lega sungguh jika jawapan dihadapan,
Berbanding kekusutan selalu mencengkam~

Usah mengeluh menunggu,
Kerana destinasi itu pasti..
Telah Dia siapkan kita sesuatu terindah,
Tapi memilih buat sang tabah,
Tempuh hidup dengan amanah.

Senyuman terukir ketika sukar,
Menjadi tanda kecekalan terlakar..
Yakin dengan takdir yang berjalan.
Kerana di situlah kekuatan.
Ayuh, jangan berhenti melangkah.

Teruskan dengan berani!



Thursday, June 23, 2011

Malam ~~~


Malam bukan pengukur sepi yang ketandusan,
Ia bererti buat yang faham,
Sangat bermakna buat yang rancak mengejar ilham,
Itu erti malam buat sang pencinta kedamaian.

Bukan menuju pada yang tak setia,
Mengganggap malam bagai tiada bermakna.
Jangan marah pada yang berbeza, kerana itulah citranya dunia.
Tempat percaturan untuk perhintungan.


Wednesday, June 22, 2011

SuperHero ku..


Ayah,
Kebiasaan dengan caramu.
Letihmu tiada pernah kau mengadu, 
Tanggungjawab sselalu kau tegaskan,
Biar ia selalu berpadu,
Kekal dalam jatidiri seorang insan.
Akan ku ingat itu.

Walau kita berbeza...
Tapi syg telah sebati dalam satu jiwa,
Mencintaimu sepenuh kasihku seorang anak,
Seluruh soleh ku harap moga akan menerangimu,
Di suatu masa nanti.
Aku selalu berdoa.
Tanpa jemu.

Segala yg terindah,
Aku harap menjadi milikmu,
Kerana telah terlalu lama kau pendam,
Segala jerih yg menyapa,
Dalam keadaan sungguh di lemma.
Aku tahu itu.

Superheroku,
Aku jua ingin berjiwa kental sepertimu,
Menongkah badai dengan langkah yg tak pernah mengalah,
Agar aku menjadi serikandi,
yang mampu memberikan mu senyuman berpanjangan.
Dalam gembira mahupun duka,
Kerana,
Aku bangga adanya Ayah sepertimu.




TerimaKasihAyahAtasPengorbananmu.

Tuesday, June 14, 2011

Perjalanan ini...


Aku terdiam.
Sebuah janji telah termetrai
Sebuah harapan telah tumbuh
Sebuah penantian telah bermula.

Hitam putih telah aku corak ia,
Telah berlalu musim demi musim...
Pergi dengan arus caranya,
Mencari pelangi sama warnanya..

Dalam perjalanan,
Gelita jua adalah peneman,
bukan semua gelap itu menakutkan..
Jadi tiada pernah ku pergi tanpa menoleh...
Kerana kenangan itu pengalaman,
Sentiasa hidup dan sukar di usir,
Bahkan sebati dalam darah sang pencinta,
Jangan tipu diri lagi...
Aku ternyata terlalu lelah.

Suara itu,
Aku tahu ia perungkaiku,
Ketenangan abadi di balik riakku yang cemas...
Coretan yang bisa membuatkan aku terlena,
Mengalir air mata dalam jiwa yg gembira...
Terlambatkah aku?

Sayu dan begitu shahdu getarnya..
Ku tahu Sang Segala tidak pernah mungkir,
Azimat itu telah ku gengam! Tuntunilah sepanjang jalan..
Terima kasih atas nikmatmu tak kunjung padam.



Hanya Hamba Allah yg kerdil: