Kalimah yang semestinya sangat menarik hati manusia kerana cinta adalah sisi yang tidak dapat dipisahkan oleh hati anak cucu adam. Cuba tarik nafas sekejap dan hintunglah kecintaan yang berada dihadapan kita sekarang ! Sungguh Maha Cinta Allah hadirkan segalanya dengan penuh berhikmah dan menurut apa terbaik yang tertakdir. Bermula alam ciptaannya yang mendamaikan , keluarga yang melengkapi, jambangan cinta dengan sifat belas ihsan dalam diri kita…subahanallah, tidak terhintung apa yang telah kita ada.
“Dan Dialah yang mengurniakan kepada kamu daripada tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Sekiranya kamu menghintung nikmat Allah pasti kamu tidak dapat menghintungnya (satu persatu). Sesungguhnya manusia itu sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya serta tidak menghargai nikmat tuhannya”
[Surah Ibrahim 14:34]
Melihat kepada tafsir ayat Al-Quran
diatas, diri ini juga terasa terpukul dengan keterangannya kerana sebagai
seorang hamba yang penuh khilaf dan dosa teramat malu dengan diri sendiri.
Perjalanan hidup kadangkala tanpa sedar mengutip sekadar dosa dan noda dan
terkadang jauh dari mengingati Allah, semoga Allah selalu menuntuni hati agar
berpegang teguh pada jalanNya.
Walau bagaimana hebat kita dalam
merencana, hanya Allah dapat mengizinkannya terjadi. Jadi bagaimana kita merasa
gah dengan segala yang kita lakukan wahai sahabatku? Mulai terfikir matlamat
asal segala cinta didunia ini sebenarnya untuk ke syurga yang segalanya penuh
cinta! Ya, pernah juga saya mendengar kisah tentang keindahan yang sebenar
dalam ceramah agama di kampung dahulu, yang terindah di dunia adalah yang
diciptakan oleh yang Maha Terindah iaitu Allah. Jadi perkara yang paling perlu
kita kejar ialah untuk melihat Pencipta itu, yakni Allah! Yang Maha Indah…
Benar istiqamah dalam memujuk hati ini
amat sukar dididik. Terkena juga pada diri saya sekadar hamba yang hina ini.. (nak
update blog pun kadang malas, ishk3..) Padahal kenyataan kebaikan yang
hendak dilakukan itu tidak pernah mengambil masa yang terlalu lama, contohnya
solat tidaklah sampai berjam-jam lamanya, membaca novel atau majalah terkadang
lagi banyak helaiannya daripada AlQuran yang terkadang separuh helai pun sudah
mengeluh panjang bacaan..apa nak jadi dengan kita kan, pun sama dengan diri ini
yang terkadang hanyut juga dengan fatamorgana dunia yg menjanjikan kelazatan
yang sementara. Jom lah pakat-pakat insaf..
-.-‘ Mak saya selalu berpesan, ‘Dohh2 lah duk jahil tukil sokmo..’
Moral: Jangan biarkan diri hanyut dengan
godaan syaitan, cuba terapkan kembali nilai islam, barulah nanti jadi insan
terbilang, membanggakan makayah di hari kemudian.
Cekedout!