Komunikasi interpersonal ialah komunikasi antara individu dengan individu
lain atau individu yang berkomunikasi dengan sekumpulan individu lain. Komunikasi interpersonal adalah dinamik kerana
sentiasa bergerak dan sentiasa mempengaruhi antara satu sama lain. Komunikasi interpersonal merupakan tingkahlaku yang
dipelajari. Ia bukan terjadi dengan sendirinya sebaliknya adalah hasil
pemerhatian dan pengalaman lalu. Selalunya komunikasi interpersonal mempunyai
makna yang tersurat dan tersirat. Tidak asing bagi kita membaca atau mendengar
istilah komunikasi interpersonal ini dalam kalangan masyarakat kita lebih-lebih
lagi pada peringkat alam bekerja.
Istilah ini nampak sederhana. Pemahaman masyarakat luas
mengenai komunikasi, justeru memperincikankan lagi mengenai pengertian
komunikasi interpersonal. Komunikasi interpersonal merupakan suatu proses
penyampaian mesej dari seseorang kepada orang lain atau pihak lain. Menurut
pemahaman seperti ini, komunikasi dikaitkan dengan pertukaran maklumat yang
bermakna atau penting dan harus membawa pemahaman di antara orang-orang yang
berkomunikasi. Komunikasi interpersonal menghendaki maklumat atau mesej dapat disampaikan
dan hubungan di antara orang yang berkomunikasi dapat terjalin. Oleh sebab itu
setiap orang dengan apapun tujuan mereka, dituntut memiliki penyampaian
komunikasi interpersonal supaya mereka boleh memberi maklumat, bergaul dan
menjalin kerjasama untuk meneruskan kehidupan bermasyarakat ini.
Komunikasi interpersonal telah melingkupi aspek kehidupan yang luas dan
dapat membantu manusia bergerak maju ke hadapan. Komunikasi interpersonal
adalah aspek yang paling utama bagi penghantaran maklumat berlaku secara tepat
kepada masyarakat. Komunikasi interpersonal membina percakapan, koordinasi dan
kerjasama masyarakat agar produktif, dinamik dan inovatif sekaligus
menghubungkan tujuan-tujuan organisasi dengan tingkat penglibatan anggota dan
dinamika kemajuan masyarakat. Dalam perkembangan hubungan kerjasama yang makin
efektif dan meluas, konteks komunikasi interpersonal seseorang menjadi
menyeluruh bagi semua kelompok yang lebih besar. Konteks komunikasi
interpersonal, khususnya dalam bentuk diad (dua-orang) selalu melibatkan
tingkat intrapersonal.
Tingkatan dan konteks komunikasi ini mewakili kelompok terkecil interaksi
manusia sebelum beranjak ke dalam tingkatan dan jangkauan komunikasi kelompok,
komunikasi organisasi, komunikasi publik, komunikasi massa dan komunikasi
antara budaya. Komunikasi interpersonal dapat mencakup semua jenis hubungan
manusia bermula dari hubungan yang paling singkat, sederhana dan biasa, yang
seringkali terpengaruh oleh kesan pertama, hingga hubungan yang paling mendalam
dan relatif kekal.
“Allah yang Maha Agung telah
mengajarkan Al-Quran; Dia telah menciptakan manusia; Dia telah mengajar manusia
bertutur.”(Al-Quran, Surah Ar-Rahman: 1-4).
Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran .
Melalui interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi
pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran
berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan dirinya dengan
persekitarannya.Manusia melakukan komunikasi setiap saat dalam kehidupan
seharian. Proses komunikasi yang dilakukan oleh manusia berlaku setiap
masa tanpa disedari. Komunikasi amat penting samada dalam memuaskan
kehendak-kehendak hayat atau biologi seperti makanan dan minuman ataupun
kehendak sosial dan psikologi. Maka komunikasi merupakan satu kehendak
dasar selagi manusia ingin hidup bermasyarakat .
Selain itu, komunikasi juga bertindak sebagai penyebaran dan penyampaian
maklumat di mana manusia sering memberitahu atau diberitahu tentang sesuatu
perkara. Pensyarah biasanya akan memberitahu tentang tugasan yang akan
diberikan kepada pelajar, begitu juga dengan cara melaksanakan tugasan.
Pelajar perlu mendapatkan matlumat melalui komunikasi dengan pensyarah, rakan
sekuliah ataupun dengan pihak ketiga yang lain. Komunikasi interpersonal
merupakan komunikasi antara individu yang berlaku dalam keadaan yang
membolehkan individu itu membalas secara terus antara satu sama lain atau lebih
tepat lagi interaksi dua hala . Ia melibatkan pasangan atau dalam bentuk
kumpulan kecil.
Proses komunikasi interpersonal juga boleh dikaitkan dengan kemahiran
psikomotor yang mana ia meliputi penerimaan dan penterjemahan setiap persepsi,
serta memberi maklum balas yang bersesuaian secara verbal atau non verbal
. Menurut Mohd Hamdan Adnan (1986), perbualan merupakan contoh komunikasi
dua hala yang baik iaitu selepas orang yang bercakap berhenti maka si pendengar
akan terus memberi reaksi terhadap apa yang telah diperkatakan dan
seterusnya.