Adakah kita merindui Nabi
Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid
Nabi? Fikir-fikirkan. Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa
baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan
itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang
memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia
mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia
terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang
berubah warna.
"Apakah maksudmu
berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? "
Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut
fikiran.
"Tidak, wahai Abu
Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku
(ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu,
wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah
menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara,
"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman
denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan
mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua
mereka."
Pada ketika yang lain pula,
Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah
yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab
sahabat.
"Bagaimana para
malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan
Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam
seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi
tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami,"
celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak
beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah
menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya
Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat
lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau
kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka
membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang
dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang
beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,"
ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Sumber:iluvislam.
Ada
berbaur kesayuan pada ucapannya itu.