Wednesday, August 28, 2013

Benteng ~


Segala hamparan yang terbentang
Bukan semua perlu kita tadahkan
Pun bukan untuk kita curahkan..
Berfikirlah sejenak wahai peminjam dunia ! 

Hintung karma sejarah yang lalu…
Agar tidak tersesat dalam ambilan.

Kita berdiri bukan seorang
Terjadi kita penuh konflik perjuangan
Hayunkan langkah demi langkah memotong kebatilan
Terserlah nanti cahaya kebenaran..

Aduhai,Jangan sesekali kau tertipu 
Maksiat itu sementara nikmatnya
Sedangkan janjiNya adalah nyata.Tanpa dusta!

Wujudkan benteng cinta,
Berikan sempadan pemisah.
Agar tidak bercampur yang hitam dan putih
Barulah harmoni dalam membatasi..
Indah dalam berhikmah
CaraNya halus…
Tak terbayang sang mata,
Tak terfikir dek akal
Tak ketahuan masa ketika
Hanya halawatul iman bisa merungkai segala.
Perkukuh segala senjata.
Doa itulah utama.






 Puisi lama yg duk je dlm draft...huhuhu.. =)

Monday, July 29, 2013

" Himpunan Kasih Ramadhan "

Alhamdulillah... Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana keizinanNya membuatkan programku julung-julung kalinya ini berjalan dengan lancar. "Himpunan Kasih Ramadhan". Allah terimakasih sangat2, sungguh segala kurniaMu tidak pernah putus buat hambaMu.. Sayang Allah <3

For VIPs

Segala kenangan serta pengalaman akan tetap terpahat 27/JULAI/2013 bersamaan 18 Ramadhan pada tahun ini memberikan ubat hati yang amat manis buatku. Semoga Allah memberkati segala usaha ini. Amin.

*************************************************

Gift dari Kak zayda, so suwett.. Tmksh.


Persiapan awal. Semangat naa...

Ketibaan Ibu2 Tungal, Anak Yatim dan tetamu y lain... ^^

Menyambut para tetamu dengan sesantun mungkin, In shaa Allah.

Before program bermula. Posing dulu kayyy..

Menunggu waktu berbuka. =.='

Maajlis Penutup



 ****************************************************************
Para Jawatankuasa Pelaksana, TQ so much.. y'all suweet ok. =)

Biarlah gambar yg bercerita, subahanallah.. Indahnya berada di Masjid Selat Melaka.

Indah Himpunan Kasih Ramadhan,
Tempat cantik di Selat Melaka,
Disini bermula kasih dieratkan,
Semoga ukhuwwah sampai ke Syurga.


[Pantun spontanku time bagi ucapan yg mcm hape ntah..hahaha]
Walaupun pelbagai kesukaran terpaksa dilalui, sungguh..kemanisannya terasa. Moga setap inci pengalaman menambahkan lagi kekuatan hati menempuhi pancaroba dunia ini yang senantiasa melelahkan. Majulah Islam untuk negara ! Jom , kejar malam LailatulQadar pula, dunia-dunia jugak, Akhirat paling utama ye anak-anak...


Cekedout ~









Sunday, July 21, 2013

PengertianNya



Sedalamnya udara ku hirup..
Nyaman tiada tara.
Indah dan sempurna segala ciptaanNya.
Subahanallah.

Tangan aku gengam erat.
Khilaf yg berkali-kali aku lakukan
Masih Dia memberi peluang untuk ku kembali.
Suka duka hidup ini..padaNya juga aku mencurah cerita.
Tanpa sebarang suara, Dia mengerti setiap perkara.
Aku tenang.

Tarbiahnya,
Keyakinanku teguh padaNya.
Dia aturkan segalanya terbaik.
Pembelajaran buatku.

Tak perlu aku berkata apa-apa lagi.
Semuanya jelas.
Allah izinkan semua berlaku menurut takdir terindah.
Terlalu pasti.




Tersenyum dalam hikmah pengalaman.
Terima kasih Allah.



 


Sunday, July 14, 2013

My Ramadhan Story .

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan nikmat kesihatan kepadaku setelah demam yg teruk hampir seminggu. Kifarah untuk hapuskan dosa kecilku yg maha banyak tu T.T , aku cuba untuk mengumpul kekuatan dibulan Ramadhan ni. Moga-moga segala urusan ku di permudahkan. Pelbagai perkara lagi mencuri setiap genap masa-masa ku yang tersisa. Cuba lakukan terbaik dibulan ibadah ini..


"Ramadhan tiba ! Ramadhan tiba ! Ramadhan tiba !
Marhaban ya Ramadhan , marhaban ya Ramadhannn..."
Lagu opick berkumandang setiap hari dlam keretaku.

^___^
Excited. 
Harapan Ramadhan bermula.
Kumpul pahala banyak2.
Tenang.

********************************************

Tiga hari sebelum puasa aku , Zara dan Nor pergi ke KL kerana urusan Interviewku, casting dan sebenarnya lebih kepada berjalan-jalan mencuci mata di KLCC. Bahagia sangat aku tengok si Nor dengan Zara bergumbira begitu. Tapi aku sedikit sayu, mungkin mood demam masih ada. Hambar semua pemandangan bagiku, dengan kekuatan yang ada aku cuba tersenyum dan bergelak ketawa agar mereka akan lebih seronok berjalan-jalan. Da macam photographer aku meng'snap' gambar dorang tanpa henti. [Aku sekali. Huhuhu] Padahal di Melaka esok macam-macam perkara aku kene kejarkan, x apalah ... dunia2. Tak pernah sudah melelahkan. Dengan jem dan kesesakkan KL, bersyukur sangat aku bukan membesar di kota, love my kampong !



Program untuk berbuka puasa amat membutuhkan kerja keras dari segi semangat masa dan tenagaku, moga Allah memberkati. Pelbagai perkara harus disegerakan, ke hulu kehilir aku dibuatnya. (Macam dah kurus rasanya...huhuhu) Hikmahnya, segala kerja dan pembelajaran agak mudah aku fahami, serta banyak benda baru yang aku belajar..syukur sangat2. Betul kata tokwan ku merangkap penasihat setia, Man Jadda Wa Jada ! Segala benda yang kita buat, kene berusaha sehabis baik kerana Allah tidak melihat dan menilai hasilnya sebaliknya Dia menilai kerja keras kita ye anak2.. [Bajet macam makcik-makcik dah sekarang, keh3..] *Sengeh terpakse.

Ramadhan kali ini aku lebih suka memasak, seleraku kurang sedikit. Berat badanku juga susut sedikit. Selsema belum sembuh sepenuhnya kot. Zara adik yang menjadi penghiburku di sini, melayan kerenahnya membuatkan aku mengerti betapa besarnya kasih sayang seorang Mak. Dan adanya Zara disini, aku lebih kuat membebel, menjerit, dush2, rajin, concern bla, bla, blaaa... besar hikmahnya. Yang pasti , kenapa saya suka rumah saya, sebab dia BEST !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! [Tetibe.. =.=']

Kalau di Terengganu, aku akan  bersama-sama tokwan tersayang ke surau berdekatan, tp sekarang my tokwan tengah di uji dengan Strok, Allah rahmatilah tokwan . Aku mencintainya. Namun jauh di perantauan nim, aku akan ke surau ngan tokwan juga ! Tapi tokwan jiran sebelah rumah kananku.. Tokwan Melaka ni banyak persamaannya dengan tokwan di Terengganu. Suka sangat memberi nasihat, gaya bercakap pun sama..subahanallah. Rindunya kat tokwan Ganu. Paling cumil adalah apabila masuk je jam 8.20, tokwan Melaka ni akan terpacak depan umah aku serta dengan merdunya melaungkan namaku serta salam yang membuatkan aku x tentu arah.. Biasala kalu dah bercakap ngan adikku memang leka laa ceket.. [Adikku S.Zaharah tinggal bsamaku di sini, menghilangkan sedikit rinduku pada keluarga] Dan kami beriringan ke surau berdekatan bersama-sama. Banyak perkara yang berlaku padaku, moga Allah tabahkan hatiku. Allah bersama hambaNya yg sabar.... <3 Allah.



Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna ~
Agar dapat ku lalui dengan sempurna...


Jenis Tingkahlaku Langsang






Gambar diatas sekadar gambaran ceket mengenai tingkahlaku langsang, btw saya sekeluarga suka sangat2 drama korea nim. Happy day kejap kalo tengok si Sakaki Makio nim berlakon...Lawak. Ianya adalah dibawah topik yang telah saya pelajari dalam Psikologi Sosial. Orait, secara lebih senangnya ianya adalah tingkahlaku yang x bagus kerana lebih bersifat negatif. Tingkah laku langsangan berbeza antara satu dengan yang lain . Sebagai contohnya, ada orang menyerang balas orang yang menyerangnya, ada yang memukul berkali-kali isterinya ketika bergaduh tanpa belas ehsan dan ada juga yang memaki hamun ketuanya kerana tidak dinaikkan pangkat atau seumpamanya. Dalam erti kata yang lain tingkah laku langsangan ini mempunyai dua jenis :-


1.Langsangan Emosi dan Langsangan Instrumental
Dalam kes-kes yang tertentu langsangan dirangsang oleh emosi yang kuat. Seseorang itu akan bertindak ganas dan diluar kawalan apabila berada didalam keadaan yang terlalu marah yang biasanya bertujuan untuk mendatangkan keederaan dan kesengsaraan kepada mangsa. Langsangan emosi ini juga dinamakan sebagai langsangan yang bersifat permusuhan, afektif, kerengsaan, impulsive dan kemarahan. 

Sementara itu untuk langsangan instrumental terjadi apabila manusia menggunakan keganasan untuk mengawal dan mempengaruhi orang lain. Misalnya, seseorang yang menembak orang lain boleh menyebabkan orang berkenaan tercedera,tetapi tindakanya itu adalah cara beliau untuk menyelamatkan diri. Dengan kata lain tingkah laku lansang itu merupakan cara atau alat seseorang untuk mengawal dan mempengaruhi orang lain,dan bukanlah disebabkan emosi beliau (marah atau benci)


2. Langsangan sah atau langsangan tidak sah.
Kita biasanya tidaklah mengutuk atau mengkritik semua bentuk langsangan. Misalnya,kita tidak akan mengutuk polis yang membunuh penjenayah. Begitu juga,kita tidak akan mengutuk tindakan tukang gantung yang mengggantung penjenayah yang dihukum mati. Dalam contoh ini,kita mengetahui bahawa tindakan mereka ini disahkan atau diterima oleh masyarakat. Manusia biasanya akan membuat pertimbangan tertentu sebelum memastikan sesuatu tingkah laku langsangan itu  sah ataupun tidak. 

Dalam kebanyakan kes,kita menganggap bahawa tindakan langsang itu sah apabila pelaku langsangan itu menduduki rol-rol sosial tertentu, misalnya pegawai polis dan askar menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat. Walaubagaimanapun tindakan ini akan dianggap sah apabila ia berada dalam rol yang ditetapkan,sebaliknya pula tindakan langsangan itu dianggap tidak sah. Misalnya,seorang anggota polis boleh menembak penjenayah sekiranya penjenayah tersebut melawan atau membalas tembakan. Sekiranya penjenayah tersebut tiada senjata dan menyerah diri seara aman,maka anggota polis tidak dibenarkan untuk menebak penjenayah tersebut. Sekiranya beliau masih melepaskan tembakan tingkah laku langsang dianggap tidak sah. 

Kita biasanya memikirkan bahawa tindakan kita melindungi diri daripada pengganas adalah satu bentuk tindakan ganas yang sah. Misalnya kita menembak mati seseorang yang cuba menyerang dan membunuh kita merupakan tindakan yang sah. Budaya juga memainkan peranan yang penting dalam pentafsiran kita terhadap tindakan yang boleh dianggap langsang. Misalnya didalam masyarakat feaudal dahulu, tindakan raja yang “mengkasari” atau menghina rakyatnya tidaklah dianggap sebagai agresif. Lebih-lebih lagi apabila rakyat dalam masyarakat tersebut menganggap raja sebagai wakil tuhan di dunia ini. Tapi dalam masyarakat moden sekarang ini (misalnya Negara kita Malaysia),memukul anak dalam bentuk yang agak keterlaluan oleh dianggap sebagai tindakan langsang(penderaan) yang boleh membawa kepada hukuman. 

Namun,lain masyarakat lain penafsirannya terhadap sesuatu tigkah laku yang dianggap langsang. Cekedout !






1st esgmtku ^.^

Friday, July 5, 2013

Terlalu berat ...

Bismillahirrahmanirrahim. "Allah sedang menguji, Allah tengah menduga . Allah sayang hambanya, Dia aturkan yg terbaik. In shaa Allah, pasti ada nanti pengakhiran yg terbaik . " Sehabis mungkin aku bersangka baik, separuh jiwaku melayang sebenarnya. Ya Rabbi, hanya Engkau yang mengetahui apa yang tidak aku ketahui. Sembuhkanlah hatiku, kembalikanlah semangatku. Allah...


Ya Allah jangan lah aku meletakkan hati pada yg salah, andai dia jodohku permudahkanlah. Jika tidak..jauhkanlah dia dari hatiku. Aminn...

Tuesday, June 11, 2013

Keindahan Cinta



Kalimah yang semestinya sangat menarik hati manusia kerana cinta adalah sisi yang tidak dapat dipisahkan oleh hati anak cucu adam. Cuba tarik nafas sekejap dan hintunglah kecintaan yang berada dihadapan kita sekarang ! Sungguh Maha Cinta Allah hadirkan segalanya dengan penuh berhikmah dan menurut apa terbaik yang tertakdir. Bermula alam ciptaannya yang mendamaikan , keluarga yang melengkapi, jambangan cinta dengan sifat belas ihsan dalam diri kita…subahanallah, tidak terhintung apa yang telah kita ada.

“Dan Dialah yang mengurniakan kepada kamu daripada tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Sekiranya kamu menghintung nikmat Allah pasti kamu tidak dapat menghintungnya (satu persatu). Sesungguhnya manusia itu sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya serta tidak menghargai nikmat tuhannya”
[Surah Ibrahim 14:34]

Melihat kepada tafsir ayat Al-Quran diatas, diri ini juga terasa terpukul dengan keterangannya kerana sebagai seorang hamba yang penuh khilaf dan dosa teramat malu dengan diri sendiri. Perjalanan hidup kadangkala tanpa sedar mengutip sekadar dosa dan noda dan terkadang jauh dari mengingati Allah, semoga Allah selalu menuntuni hati agar berpegang teguh pada jalanNya.

Walau bagaimana hebat kita dalam merencana, hanya Allah dapat mengizinkannya terjadi. Jadi bagaimana kita merasa gah dengan segala yang kita lakukan wahai sahabatku? Mulai terfikir matlamat asal segala cinta didunia ini sebenarnya untuk ke syurga yang segalanya penuh cinta! Ya, pernah juga saya mendengar kisah tentang keindahan yang sebenar dalam ceramah agama di kampung dahulu, yang terindah di dunia adalah yang diciptakan oleh yang Maha Terindah iaitu Allah. Jadi perkara yang paling perlu kita kejar ialah untuk melihat Pencipta itu, yakni Allah! Yang Maha Indah…

Benar istiqamah dalam memujuk hati ini amat sukar dididik. Terkena juga pada diri saya sekadar hamba yang hina ini.. (nak update blog pun kadang malas, ishk3..) Padahal kenyataan kebaikan yang hendak dilakukan itu tidak pernah mengambil masa yang terlalu lama, contohnya solat tidaklah sampai berjam-jam lamanya, membaca novel atau majalah terkadang lagi banyak helaiannya daripada AlQuran yang terkadang separuh helai pun sudah mengeluh panjang bacaan..apa nak jadi dengan kita kan, pun sama dengan diri ini yang terkadang hanyut juga dengan fatamorgana dunia yg menjanjikan kelazatan yang sementara. Jom lah pakat-pakat insaf..  -.-‘ Mak saya selalu berpesan, ‘Dohh2 lah duk jahil tukil sokmo..’  


Moral: Jangan biarkan diri hanyut dengan godaan syaitan, cuba terapkan kembali nilai islam, barulah nanti jadi insan terbilang, membanggakan makayah di hari kemudian.

Cekedout!